The Day I Look Back and Smiled, Laughed and Cried.
Pssttt… Jom Jadi Alien! :p
A quick update on what's new in STORE. Yes, store. *giggles*
Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age
Susun, Kunci, dan Bintangkan
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
Dududuuu…Tidurlah…
When I was a kid, kalau esok hari saya ada acara istimewa sangat-sangat, contohnya nak bangun pagi-pagi sebab terlibat persembahan dikir barat, atau nak bangun pagi-pagi sebab esok hari raya, malam tu mesti saya susah nak lelap mata. Golek kiri, golek kanan 18 hingga 80 kali pun belum tentu boleh tidur. Golek jatuh katil dan masuk terus bawah katil pun, tak boleh tidur jugak. Excited mengalahkan orang nak kawin.
Bila anak Encik Azhar ni dah besar, sindrom golek-golek datang lagi…(sila baca dalam nada iklan Tora-”Tora datang lagi…!”). Setelah bertahun-tahun melarikan diri dari alam kanak-kanak, sindrom golek-golek muncul lagi dengan pendekatan yang berlainan. Saya mengalami sindrom golek-golek lagi bila saya mula bekerja dengan Hasegawa (wahhh, sebut nama ex-boss terang-terangan. Mujur dia tak faham bahasa Melayu..hahahahahahaha). Bekerja dengan Hasegawa, saya terpaksa belajar perkara yang saya tak pernah belajar in detail. Daripada town planner, kepada ID planner (interior design ye, bukan ID macam kad matrik atau kad pengenalan tu), tak ke jauh benar ‘melancong’ tu?
Maka, sindrom golek-golek saya mula muncul sebab tiap-tiap masa otak saya dipenuhi dengan hal-hal kerja, samada hal-hal yang saya tau buat, atau tak tau buat, atau pun yang pura-pura tau buat, atau pandai buat, mahupun buat-buat pandai. Hahahaha…seriously.. Sebab, makin lama saya kerja di situ, job scope saya makin bertambah lebar, macam daripada telephoto lense, kepada wide angle lense, kepada ultra-wide. Gituuulah…
Kalau ikut gaji, tahap officer je, tapi responsibility dah tahap senior/general manager. Tak tipu ni..ini bukan dongeng, ini benar-benar kejadian. Kalau staff department lain, jangan haraplah tahap officer boleh jejak Board Room. Usahkan jejak, jenguk ke dalam pun hareem. Tapi ID planner, yang memang sah-sah tahap officer hingusan hijau meleleh, boleh dalam meeting senior management. Walaupun boleh bangga kembang kempis hidung, sampai hingusan hijau dah tak meleleh lagi, tapi apa ada pada hingus? Eh..bukan…apa ada pada kebanggaan tu? Job scope bertambah, populariti meningkat (ecehhh..), stress bertambah hebat, objective semuanya achieved dengan jayanya, tapi paycheck tetap amount yang sama jugak. Tak berbaloi saya menderita sindrom golek-golek, sebab sindrom tu makin bertambah kronik.
Tidur tak boleh, mandi lupa nak sabun, makan tak ‘hengattt’ (versi modifikasi “tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang”. Errr..macam terbalik je, what ever….!) Isk..isk…sedih woo…TAPI, that was among the best working experience I had in my life. Pengalaman tu yang banyak mempengaruhi who I am now – the way I think, the way I talk, the way I move, the way I work. Pengalaman tu yang membuktikan pada saya, even though kita tak tahu langsung nak buat sesuatu, tapi kalau kita betul-betul push ourself to the limit, mesti boleh.
Ada bagus/baiknya juga dia tak pandai jadi senior manager/GM (ahahahah..mengumpat terang-terangan lagi), sebab, dapat juga saya peluang merasa tanggungjawab yang besar, sedangkan orang lain kena tunggu kalau naik pangkat baru tau langit tinggi rendah (itu pun KALAU).
In other words, pengalaman tu yang menambah-jadikan sifat cerewet saya sekarang, yang tidak dinafikan kadang-kadang orang boleh sampai tahap nak maki berbakul-bakul. But the good thing is, oleh kerana sifat cerewet tulah, saya sangat concern tentang every detail dalam proses kerja saya sekarang. Daripada costing, ke meeting, ke execution, sampailah ke completion. (Woi.. Apa ni, dah start tulis macam politikus dan selebritus dan idolus pulakk..)
Punyalah panjang saya tulis, yang sebenarnya kaitannya dengan tajuk tu ada sikit je. Iaitu, saya sekali lagi mengalami sindrom golek-golek (walaupun dah tak kerja dengan Hase lagi), disebabkan oleh 1 job yang bagi saya, not coordinated properly. Yang membuatkan saya tak boleh tidur, sebab I wonder how some people claim that they are involve in business, but they don’t even posses the right ethic. Haiyooo..ni sindrom Air Asia lah pulak -”Now Everybody Can (isi tempat kosong dengan apa saja yang difikirkan sesuai) “…wtf….
WHAT????4.30 am??? Tidurlah, mata ooiiii….!!!
This entry was originally written through a mobile application. Beberapa jam selepas tu, baru saya tengok kat PC and baru saya sedar, BETAPA PANJANGNYA KARANGAN INI…. hahahahah. Padan muka korang…
Popularity: 9% [?]
2 comments




















































hehe~
entry nie best..
lots of memory =D