The Day I Look Back and Smiled, Laughed and Cried.
Pssttt… Jom Jadi Alien! :p
A quick update on what's new in STORE. Yes, store. *giggles*
Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age
Susun, Kunci, dan Bintangkan
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
Bacalah…baru kau tahu
Bacalah..baru kau tahu
Bila dah tahu, baru kau berilmu
Bila dah berilmu, baru kau senang
Bila dah senang, baru kau bebas hutang
Bila dah dah bebas hutang, baru kau kaya
Tapi semuanya tak akan bermula, selagi kau tak membaca
Pergghh…tiba-tiba pulak dapat idea tulis sajak picitan..opps..picisan.Waaahhh…hebak mung nih (sila baca dalam slang Ganu, sebab saya terpengaruh dengan Nani dan housematenya. Hahaha). Owh ya, sajak ini bukan bercerita tentang kekayaan dunia, semata-mata, tapi juga untuk bekalan di sana juga. (perghhh, ayat aku di jam 4 pagi). Saya sedang bekerja sambil-sambil membaca e-book , tiba-tiba macam terdengar suara kata “Aziel..update blog, update blog…” . Suka tau, macam tu. I tak nak, dia panggil-panggil. Tak baik sangat.
Yang sebenarnya, sebab ada bahagian dalam e-book yang saya baca ni yang mengingatkan saya kepada beberapa orang kawan. Jadi sangat sukalah saya menulis blog entri ni untuk panduan diri sendiri, diri kamu, dan diri mereka (itupun kalau mereka kisah la. Kalau mereka kata “ada aku kisah?”, saya pun peduli apa? =p ) . Sengaja nak tulis, walaupun dah banyak orang tulis, tapi apa salahnya kalau kita refresh balik perkara-perkara ni.
Jadi, pelajaran kita pada hari ini ialah, Bagaimana Membezakan MLM dan Skim Piramid? :
- Kalau kamu terlibat dalam MLM yang sah dan betul, kamu sepatutnya menumpukan kepada penjualan produk. Tapi kalau kamu lebih banyak menambahkan/mencari ahli daripada penjual produk, haaa, itu skim piramid lah maknanya
- Kalau kamu terlibat dalam MLM yang sah dan betul, kamu tidak seharusnya diwajibkan membeli produk sewaktu kamu mendaftar. Tapi, kalau masuk-masuk je kamu dah kena beli produk (sedangkan kamu belum lagi tentu ada pembelinya), maka bersedia untuk tampar diri sendiri, sebab ini bukti kedua bahawa kamu terlibat dalam skim piramid
- Kalau kamu terlibat dalam MLM yang sah dan betul, kamu akan diberi komisyen berdasarkan hasil jualan. Tapi kalau kamu ‘mengutip’ komisyen daripada jumlah downline yang berjaya kamu daftarkan/taja, cuba tengok ada orang tak kat sebelah kamu. Kalau ada, mintak jasa baik dia untuk pinjamkan penampar dia pulak, sebab ini bukti ketiga bahawa kamu terlibat dalam skim piramid. Mungkin penampar dia penampar sulung, mujarab kut. =p

Dah, dah.. bagi sesiapa yang rasa dah lebam muka sebab tertampar (padahal takde sape tampar pun), tak usah nak jawab balik kat saya “Ok, kalau betul pun skim piramid, kenapa? Semua orang kerja dalam skim piramid what? Dalam pejabat, ada berapa kerani? Atas kerani ada berapa pegawai? Atas pegawai, ada berapa pengurus? Atas pengurus…..bla..bla..bla..”. Eh-eh, bijak sungguh la yang cakap gitu. Terpesona I dengan kebijakan itu. Bijak tahap boleh buat dokumentarilah!
Soalan saya, kamu (yang terlibat dengan skim piramid ni) tahu membaca tak? Kalau tahu, rajin-rajinkanlah mencari dan menambahkan ilmu, kalau mahu cepat kaya. Tak ada jalan senang nak senang. Saya tahu, kamu tahu itu, tapi kamu lebih rela tutup mata dan pekakkan telinga. Kesian dek nonn… Allah dah bagi lengkap sifat, tapi tak digunakan sebaik-baiknya. Bagi buta/pekak betul-betul baru tau. Boleh sambung cerita Intan kat Astro tu, sekejap laki dia buta, sekejap dia pulak buta, sampai naik stress nak tunggu habis.! Ish!Eh, apahal masuk cerita Intan pulak daaa…
On a different note, why do I sound so serious for the past few blog entries…?Tanda-tanda peralihan umurkah…? Tidaaaaaaaaaaaakkkkkkk!!!!
Popularity: 19% [?]
No comments
You need to log in to vote
The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.
Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.
Powered by Vote It Up



















































