The Day I Look Back and Smiled, Laughed and Cried.
Pssttt… Jom Jadi Alien! :p
A quick update on what's new in STORE. Yes, store. *giggles*
Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age
Susun, Kunci, dan Bintangkan
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
Kamu Rockstar Tak ?

Photo by Syed Fadhil
Saya penatlah nak cerita lagi panjang pasal cerita ni. Sebab kat luar dah cerita, dalam forum dah cerita, kat CP pun dah cerita. Tapi saya rasa PERLU SANGAT untuk kongsikan hal ni dengan kamu. Kamu peduli nak tahu tak? Kalau kamu peduli, ini saya bawakan khas untuk kamu, sebahagian daripada babak cerita (lapuk) ni. Sebahagian yang sangat seciput dan ’secoet’, yang mana ceritanya yang lebih besar boleh didapati (kalau kamu peduli) di SINI , dan cerita yang besar lagi sikit boleh didapati pula di SINI, sedangkan ceritanya yang lebih BESAR TAHAP TRANSFORMER II yang bakal ditayangkan tak lama lagi (sempat jugak. Jom tengok!) ada di luar sana, di sekeliling kita (bagi yang MAHU melihat dan memahami).
Saya perasan (bukan, bukan perasan yang macam tema blog super-perasan ni) memang ‘artikel’ ini antara yang paling hit dalam laman CHERITA PICTURES sejak mula ia di’cedok’ dari forum Photomalaysia ke dalam laman CP. Tak kisah, sebab tujuan kami untuk membantu semua pihak faham kenapa ‘begini’ dan kenapa ‘begitu’. Tak kisah poooowwnnn (sebut dengan mata pandang ke atas tapi bibir menjuih dan muncung sedikit. Hahahahaa…korang buat jugak, buat ape? :p ) . Dalam dunia CELIK IT ni, boleh dikatakan tidak ada ilmu yang tidak boleh didapati dihujung jari. TAPI, bukan bermakna setakat celik saja, Kak Odah ye? Dalam celik tu, kena membaca juga, baru boleh buat kesimpulan yang betul. Bukan setakat celik, tengok, tapi tak meneliti….bukan setakat celik gosip artis mana pukul bini siapa, atau pelakon mana tangkap khalwat dengan siapa. Sebab sama ada kita sedar atau tidak, setiap perkara yang kita tahu dan baca adalah ilmu. Sama ada ilmu dalam kehidupan seharian mahupun ilmu yang suatu hari nanti bakal berguna untuk kita.
Kalau dah rasa tak cukup teliti, ‘lu fikirlah sendiri’ sama ada kamu wajar berkata-kata lebih lanjut tentang sesuatu yang you barely understand. Nanti jadi salah faham, Kak Odah saman saya pulak. Last-last baru sedar Kak Odah tersilap saman, jadilah saya tak makan saman!
Teheheheheheee…..
Ayu Says:
June 9th, 2009 at 12:57 pmGood info but i also have a few thought….Wedding picture are basic needs or not depends on different person….Everybody want prefect wedding…Perfect definition different for each person…
“The thing is, we should know how to ‘ukur baju di badan sendiri’. If we can’t afford the luxury, the wedding can still go on.”…the statement was very very hash…who are you to judge their life??? if they only can afford Rm500 let it be if they can afford RM2000 good for them…dont judge them by saying ‘ukur baju di badan sendiri’….You the one that should “Ukur baju di badan sendiri”…Do your service worth RM2000??? You as a human being can think logicly if you can get same product quality as RM2000 when you just pay only RM500 which one you will pick…
when im survey for wedding photographer i keep asking my self..why i should pay more when the quality product is same??? like im buying the brand not the service….put your self as a customer not as a photographer….most of us “Celik IT’ now not like old days…they know how much afford needed….If you think you should get pay by RM2000 make sure your photo worth it every single sen of it….
Photographer that get job for Rm2000 have their own target customer….for RM500 have different target customer…rezeki masing-masing….Just make sure your end product worth every single sen customer paid…dont keep whinning cheaper price like ‘menabur pasir di periuk nasi sendiri’,killing the industri….You not always be at the top of the game….once you also start from below taking job with cheaper price…
remember if your product make customer happy they will sell your name to all their frenz…MAKE SURE you product very unique and very rare not equal to RM500 pictures.Think alternative ways to find customer if you guys want all photographer get paid rm2000….you are the one killing the industri…RM2000 target customer equal to all the “Org Berada”….we that not so “Berduit” just use compact camera to capture our special moment and put in plastic case….Thank you for the comment that really draw line between people that have money and people dont have…
“After all, according to Islamic teaching, a wedding must not be as ‘luxurious’ as what we can see nowadays”
…very funny without that kind of people you will not get job for RM2000…..But who am i just one of the people that pay RM500 for my wedding pictures…one of the people that should “Ukur baju di badan sendiri”…. May Alllah bless you alwizz…Semoga rezeki anda tak pernah putus…
…dan Si Aziel yang perasan Rockstar ini pun membalas…
Aziel Azhar Says:
June 10th, 2009 at 3:33 amTerima kasih cik Ayu, atas masa yang saudari luangkan untuk menulis pendapat saudari. I have also helped giving paragraph(s) into your reply, so that it will be easier for other readers to read through from start till end of your reply and will not miss any points. Saya akan cuba untuk TIDAK mengulas lanjut mengenai isu ini, sebab saya sudah sarankan di peringkat awal lagi supaya, pembaca blog ini merujuk terus kepada sumber asal perbincangan ini. In case you or others did not notice the link, here it is : http://www.photomalaysia.com/forums/showthread.php?t=57929
Sekiranya Cik Ayu, atau pembaca lain tidak perasan, dalam tulisan saya di atas, saya nyatakan
“Here’s a part of the discussion, quoting myself.” , bermakna, suka atau tidak, pembaca yang ingin mengetahui cerita lanjut asal-usul berputiknya tulisan entry ini memang SANGAT PERLU MERUJUK KEMBALI KEPADA SUMBER BERKENAAN.Saya rasa, Cik Ayu mungkin tidak merujuk kembali kepada forum asal yang membincangkan isu ini atau mungkin tidak membaca habis sumber rujukan tersebut, and that perhaps makes your reply sounds like you are jumping into conclusions too soon. Because, if you really have read and understand the discussion on the forum thread, you could see that the discussion has took somewhat like 13 pages of long discussion, where some parts/reply could have deviate from the original objective of the discussion. That is why, earlier, I STRONGLY RECOMMEND THAT YOU GO STRAIGHT TO THE SOURCE OF THIS DISCUSSION, which is the forum (again, mind the link reposted above).
Sekiranya Cik Ayu sudah merujuk kepada sumber tersebut, saya yakin saudari tidak akan mudah menuduh saya memberi statement yang ‘very very harsh’, sebab, tujuan saya menyatakan “ukur baju di badan sendiri” itu bukan untuk menghina atau merendahkan martabat sesiapa, tetapi sebaliknya hanya untuk membetulkan semula tujuan / objektif perbincangan di dalam forum tersebut. Ayat “ukur baju di badan sendiri” itu timbul apabila diskusi dalam forum itu mula menyimpang daripada membincangkan isu perbezaan harga RM500 dengan RM2000 kepada membincangkan obligasi sosial photographer RM2000 kepada golongan yang berpendapatan rendah. Tidak ada kena mengena dengan sebarang cubaan untuk membezakan kelas atau kedudukan sesiapa, sebab saya sendiri berasal dari orang miskin dan sedar kedudukan saya. Again, silalah rujuk sumber berkenaan, sebab dalam dunia Celik IT ni, dengan segala pengetahuan dan informasi di hujung jari, rugi rasanya kalau kita hanya memilih untuk membaca/memahami perenggan-perenggan tertentu dalam sesebuah tulisan atau hanya melihat bahagian-bahagian tertentu saja dengan harapan kita akan terus dapat pemahaman yang mendalam tentang perkara tersebut.
Cuma seperkara penting yang suka saya katakan adalah, sekiranya Cik Ayu berminat untuk menyertai perniagaan fotografi ini secara serius dan sepenuh masa (ya, sepenuh masa as in making it your main source of income) sebagai karier tetap Cik Ayu mengikut asas perniagaan yang tepat dan beretika, saya amat berbesar hati untuk meminjamkan worksheet pengiraan kos saya yang menunjukkan how we ’simply suka-suka hati’ came up with the approximately/average RM2000 price tag on our Quotation documents/agreements, invoices & DOs. And mind you, we did not start our photography service business with a price tag of RM500 for a complete package of service (inclusive of the deliverables such as albums, photo print/enlargements and frames) because from the moment we decided to get involve in this business, we clearly understand why it cost more than that.
Again, if you really did read the source thoroughly, I hope you noticed that saya tidak pernah menyebut atau bersetuju (di dalam forum itu mahupun di dalam blog ini) bahawa photographer yang memberi produk yang sama tapi dengan harga RM500 adalah ibarat “menabur pasir di periuk nasi sendiri”. Sebaliknya, (merujuk kepada tulisan saya di dalam sumber forum berkenaan) saya menyatakan sama ada photographer itu meletakkan harga RM500 atau RM2000 untuk hasil produk yang sama, kedua-duanya tidak salah dan mempunyai justifikasi mereka tersendiri. Yang menjadi salahnya adalah apabila ada yang mempertikaikan “Kalau dia boleh caj RM500, kenapa kau caj RM2000?” tanpa mengetahui dengan dalam apa sebenar-benarnya perbezaan servis di antara kedua photographer berkenaan. Dan mungkin juga yang menjadi salah adalah photographer yang mengambil kesempatan mengenakan caj RM2000 tetapi hakikatnya hanya ‘memetik harga itu dari langit’ tanpa mempunyai justifikasi yang bersesuaian. Also bear in mind that when we are talking about the PRODUCT, it does not refers only to the pictures, but the whole process involved in the service and the deliverables that comes together with the service.
Saya juga tidak pernah menyatakan atau bersetuju (di dalam forum itu mahupun di dalam blog ini) bahawa “we want all photographers to be paid RM2000″. Hmmmm..agaknya Cik Ayu sudah membaca beberapa sumber lain tentang perkara yang sama sebelum menulis komen di sini, dan akibatnya Cik Ayu tersalah merumuskan atau secara tidak sengaja mencampur adukkan pendapat saya dengan pendapat orang lain. Saya tak salahkan Cik Ayu, mungkin Cik Ayu emosi dengan pandangan-pandangan orang lain dalam sumber-sumber rujukan Cik Ayu yang lain.
Kesimpulannya, (ya, ini kali pertama saya menulis reply yang begini panjang, mungkin wajar saya menulis/salin dalam blog peribadi saya sendiri nanti)
, pemahaman tentang sesuatu perkara yang mendalam samada di luar bidang kita mahupun di dalam bidang kita sendiri sekali pun, menuntut masa. Tidak ada jalan pintas untuk memperoleh pemahaman/ilmu, melainkan kemahiran teknik ’speed reading’ kita berkadar terus dengan kebolehan minda kita memproses maklumat yang diterima oleh otak.
P.S.: Saya juga ada menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara sambilan menjual beg tangan dan aksesori wanita , yang mana beg dan aksesori yang saya jual adalah sama dari segi rupa, bentuk dan kualiti (dalam erti kata lain – ’sebijik’) dengan beg yang dijual di booth²/kiosk² yang terdapat di pasaraya-pasaraya besar. Tetapi saya menjual barangan tersebut dengan harga yang jauh lebih murah berbanding yang dijual di booth²/kiosk² berkenaan. Bezanya, saya menjalankan perniagaan itu dengan cara menjual terus kepada pelanggan, tanpa membuka/menyewa booth/kiosk, tanpa mengupah pekerja, tanpa membayar/memperuntukkan kos-kos permulaan modal yang lain seperti yang dibuat oleh peniaga di pasaraya. Kerana itu, saya boleh menjual dengan harga lebih murah. Bolehkan pelanggan saya pergi kepada peniaga di pasaraya tersebut dan menyatakan ketidakpuasan hatinya kerana produk yang dijual adalah sama tetapi pada harga yang berbeza? Bolehkan pelanggan saya menasihatkan peniaga tersebut menjual produk lain yang lebih ‘rare’ sekiranya peniaga tersebut ingin terus mengenakan harga sedemikian, tanpa melihat kepada perbezaan kos-kos yang terlibat?
Tepuk orang sebelah, tanya apa selera dia….
Dah lebam membaca? Taip ON ROCKSTAR atau OFF ROCKSTAR dan hantarkan ke 32999.
Popularity: 100% [?]
No comments
You need to log in to vote
The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.
Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.
Powered by Vote It Up



















































