Jun 22 2009

Pesta Malam Indonesia 3 – Mengantuk Yang Disorongkan Bantal…Indahnya….!

Saya dah pernah kata, kan? Saya baru tahu macam mana rasanya nak kena histeria lepas dapat tahu PMI kali ini ada 4 band yang terunggul pujaan saya – Gigi, Padi, Dewa 19, dan Andra & The Backbone (bacalah lagi kalau belum tau cerita). Sebaik saja saya tahu yang PMI 3 akan menampilkan kesemua band² tersebut, saya punyalah melompat macam beruk, dari ruang tamu masuk ke bilik dan keluar balik ke ruang tamu. Bayangkanlah ke’happy’an saya pada masa tu (Cheh, saja nak guna guna bahasa kacukan, boleh je sebut kegembiraan, tapi tak COOL.. hahahaha…booo lahhh..tak heran).

Demi PMI3, saya sanggup pergi ke Alamanda (yang tak pernah menjadi tarikan kepada saya), mencari kaunter Axcess Tickets yang tersorok kat level P2 (Eh, ke P4? Ke P1? Entah….lupa dah).  Kawan saya Nora, yang saya ajak jumpa di Alamanda hari tu pun kata “Apa benda yang si Aziel ni cari sampai ke Alamanda ni…Kalau tak dia tak akan sampai ke sini..” Haaaa…bayangkan betapa lemahnya tarikan Alamanda tu terhadap saya, walaupun jarak cuma setengah jam dari rumah saya. Eh, apa pasal sekarang dah masuk cerita pasal tarikan Alamanda nih..???

Berbalik kepada tujuan sebenar cerita ni (jangan balik rumah. Aku tau ramai yang baca blog ni dari office. hahahaha…Mesti pagi-pagi Isnin bukak blog dan perkara-perkara lain dulu, nak meredakan Monday blues ala Garfield tu…Oihh..Aziel, boleh jangan suka potong cerita, tak?). Saya beli tiket pada 12.06.2009 (waahh..dulu sekolah belajar Sejarah, malas..).

The tickets
The tickets

Seminggu lah dok menghafal lirik lagu, macam-macam. Kalau boleh tak nak salah satu perkataan pun. Rajin ‘benor’, kalah sekolah dulu! Pada suatu hari, pada tarikh 14.06.2009, saya terima satu mesej pendek menjemput saya ke PMI3. Chewah, mula-mula dengan berlagaknya saya jawab “I dah beli tiket dah…terima kasih lah..” macam tulah lebih kurang. Ah korang ni, nak baca, baca tu hah kat shoutbox kat sidebar blog ni haa…. Lepas tu, saya email lah orang yang menjemput tu. Rupa-rupanya saya diberi jemputan sebagai wakil media untuk PMI3. Mak aiiihhh…kalau boleh loncat lepas dari siling rumah ni, mesti mak saya tak habis-habis berleter sampai hari ni sebab bumbung rumah bocor gara-gara anak dia melonjak ke’happy’an (lagi).  Kepada Encik Wan, terima kasih. Pleasure to meet you and co-operate with you. I hope to work with you again in future ;) . So, people… This is another prove that bloggers do have social obligations, hampir sama dengan media cetak dan elektronik yang sudah kita sedia maklum (note the word hampir ).

Persembahan dimulakan dengan opening act oleh our very own Jinbara dan Aku .  Tapi untuk tujuan blog ni, saya tak dapat letakkan gambar-gambar mereka, sebab saya menghadapi masalah CF card tak cukup haritu. Hahahahah..Jadi terpaksa kedekut sikit bila ambil gambar (ingat perkataan hampir yang saya gunakan tadi? Hahahaha..saya bukan wartawan…). yada..yada..yada….. Ahhh..mesti kamu boleh jumpa banyak lagi blog lain yang sudah atau akan tulis tentang perjalanan konsert ni (punyalah malas nak tulis, sebab nak tidur cepat, esok  kena bangun awal)

Jadi, ni saya share a few photos from the concert. Nanti ada masa saya tulis lagi panjang lebar:

Fadly (Padi)
Fadly (Padi)
Piyu (Padi). Dan Encik Padil telah berjaya mendapat pick gitarnya. Demm..
Piyu (Padi). Dan Encik Padil telah berjaya mendapat pick gitarnya. Demm..
Encik Padil dan pick gitar kepunyaan Piyu. Bukan, Encik Padil tak perform pun kat konsert tu. :p
Encik Padil dan pick gitar kepunyaan Piyu. Bukan, Encik Padil tak perform pun kat konsert tu. :p
Andra sewaktu perform dengan Anda & the Backbone. Andra I lap u....!
Andra sewaktu perform dengan Andra & the Backbone. Andra I lap u….!
Armand dengan gaya agresifnya di pentas.
Armand dengan gaya agresifnya di pentas.
Al Ghazali, anak Ahmad Dhani juga perform dengan band adik-beradiknya - The Lucky Laki.
Al Ghazali, anak Ahmad Dhani juga perform dengan band adik-beradiknya – The Lucky Laki.
The last band yang perform - Dewa. Yuke ni kali ni hensem pulak aku tengok. Mungkin aura band baru (Yuke juga buat side project....)
The last band yang perform – Dewa. Yuke ni kali ni hensem pulak aku tengok. Mungkin aura band baru (Yuke juga buat side project….)

Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar lain. Saja letak gambar-gambar kurang best kat sini..bikin panas.. Nak tengok lagi gambar-gambar lain, sila lawat Flickr saya .

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 82% [?]

Love it? Share it.
de.licio.usdiggemailfacebookfriendfeedgoogle bookmarkslinkedinmixxmyspacenetvibesnewsvineposterousredditrssstumbleupontechnoratitumblrtwitteryahoobuzzyahoomywebadd to favoritesmisterwongprint friendlyPDF
Posted in Featured, My works on Jun 22 by Aziel Azhar | PrintText Resizer Text Resizer 3 comments

3 Commentsleave a comment

  • aduhhhh….cantiknya gambar2. nnt i nak buat entry pasal pmi3 then i link kt sini bleh kan?

Leave a Reply

Back to Top
 
close

You need to log in to vote

The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.

Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.

Powered by Vote It Up