Hah. Menggelupur lah tu nak baca. Tengok tajuk je masing-masing buntang biji mata. Mengantuk jadi segar. Hihihiiihi… Baguslah, saya suka dapat bantu kamu segarkan minda untuk seketika waktu siang-siang begini. Setidak-tidaknya dapatlah re-charge tenaga yang mula beransur malap, sementara nak menunggu ke petang, dan sementara nak tunggu 1 hari lagi ke hujung minggu. Kan? Ya, [...]" /> Work-At-Home-Mom | AADA
Jul 09 2009

Aziel Pencuri!

Hah. Menggelupur lah tu nak baca. Tengok tajuk je masing-masing buntang biji mata. Mengantuk jadi segar. Hihihiiihi… Baguslah, saya suka dapat bantu kamu segarkan minda untuk seketika waktu siang-siang begini. Setidak-tidaknya dapatlah re-charge tenaga yang mula beransur malap, sementara nak menunggu ke petang, dan sementara nak tunggu 1 hari lagi ke hujung minggu. Kan?

Ya, saya pencuri. Pencuri masa. Hikhikhik… Kalau berdasarkan jadual kerja, saya tak sepatutnya menulis blog pada waktu siang begini. Tapi saya cuma nak bercerita tentang seorang ‘hot mama’ yang sangat saya kagumi dedikasinya mengasuh anak-anaknya, dan dalam masa yang sama mengurus rumah tangga dan menyumbangkan kepada sumber pendapatan keluarga.

Dikenali sebagai MAMAFIZA, beliau adalah seorang ibu muda (berumur 25 tahun, tahun ini. Diulangi, 25 tahun) kepada 4 orang cahaya mata yang comel dan bijak, dan beliau menjalankan homeschooling untuk kesemua anak-anaknya. Anda patut lihat bagaimana kaedah asuhan yang beliau terapkan kepada anak-anaknya, sehinggakan anaknya yang sulung berusia 5 tahun sudah boleh melakukan kerja editing imej! Saya sangat tertarik dengan usaha yang Mamafiza lakukan, sebab secara peribadinya saya rasa inilah contoh yang perlu diikuti oleh raaaaaaaaamai ibu-ibu di luar sana. Sudah tiba masanya kita kaji semula adakah berbaloi kita bekerja berhempas pulas di luar dan menyerahkan sebahagian besar tugas asuhan dan didikan anak-anak kita kepada pengasuh atau guru-guru semata-mata?

Dengan kesibukan Mamafiza mengasuh keempat-empat anaknya sendiri, Mamafiza juga adalah pemilik perniagaan LittleKittle.com yang menawarkan khidmat  hosting dan rekabentuk laman web  dan Mamafiza bekerja dari rumah. You should go see the sidebar of her blog/website, where she states her daily working hour. I bet kamu pasti makan hati. Hahahaha. Mind you, dengan bekerja dari rumah (dan hasil kerjanya sangat menarik), dan menguruskan 4 orang anak yang kecil-comel belaka,  Mamafiza masih mengamalkan breastfeeding untuk kesemua anak-anaknya, dan rata-rata anak-anaknya breastfeeding sehingga umur lebih kurang 2 1/2 tahun. Maknanya, dari anak pertamanya, sehingga kini!  Isn’t she the real wonder woman, or what.

Saya jadi insaf. Maka saya berazam untuk meningkat kemahiran mencuri. Ya, mencuri masa. Aziel si pencuri masa. Mari kita curi masa sama-sama. Sekian (oleh kerana saya mencuri masa, maka blog entry ini tidak sepatutnya panjang berjela. Boleh blah sekarang. Terima kasih. :p ).

Fakta comel: Kesemua anak-anak Mamafiza mempunyai nama yang bunyinya berunsur nama Jepun. Saya dengar Mamafiza merupakan peminat anime. Sangat comel, tau….. ;)

Related Posts with Thumbnails

   

Popularity: 9% [?]

Love it? Share it.
de.licio.usdiggemailfacebookfriendfeedgoogle bookmarkslinkedinmixxmyspacenetvibesnewsvineposterousredditrssstumbleupontechnoratitumblrtwitteryahoobuzzyahoomywebadd to favoritesmisterwongprint friendlyPDF

3 Commentsleave a comment

  • i work at home by using Google Ads on the blogs and websites that i created. blog monetizing is really a good way to earn money and work at home..

  • That was wonderful information. You did a good job communicating your message. Keep up the good writing.

Leave a Reply

Back to Top