The Day I Look Back and Smiled, Laughed and Cried.
Pssttt… Jom Jadi Alien! :p
A quick update on what's new in STORE. Yes, store. *giggles*
Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age
Susun, Kunci, dan Bintangkan
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
Setuju? Tak Setuju? Adakah Saya ‘Kisah’?
I’m currently updating this entry;) . So, do come back later. Promise? xoxo
Pheww… Hari ini, saya senaraikan 5 perkara dalam senarai Untuk-Dibuat (To-do) saya, dan setakat ni, saya baru selesaikan 2 dengan jayanya dan waktu menulis ni saya juga sedang buat yang ketiga, dengan kembang hidungnya
. Yang 5 tu, untuk hari ni je, kalau nak ikutkan ada banyaaakkk lagi, tapi takut tak tercapai target, jadi dahulukan apa yang patut, oleh itu masukkan 5 saja untuk hari ini (waahh..’oleh itu’). Macam juga kalau kamu nak set target untuk turunkan berat badan. Siapa suruh letak target tinggi sangat??? Nak sukat peluh dalam sehari pun susah, ada hati nak target turun berat 10 kg dalam masa 2 bulan? Lepas tu bila target tak capai, ayat biasa “aku dah puas cuba diet, tak menjadi jugak…”. Situasi yang sebenarnya, lepas 2 bulan, kamu tengok kamu tak capai target, kamu rasa frust dan rasa ‘pengorbanan’ kamu menahan lapar sia-sia. Kamu mungkin cuma turun 2-5 kilo dalam 2 bulan tu. Kesimpulannya, kamu kecewa, dan berhenti berdiet. Takyah salahkan badan. Salahkan diri sendiri.
Oleh itu (oleh itu lagi…;) ), saya buat 5 target je per day, kalau ada ruang baru tambah lagi. Supaya saya selalu dalam momentum yang positif, and keep myself motivated. Wuhuuuu…! Macam bagus je! :p
Ok, kat website CP dah cerita secara skemanya bahawa ada press conference pelancaran album Disagree, 30 Jun yang lalu. Saya suka band ni. Saya suka lagu Crumbs (album ‘At The End Of The Day’). Saya suka suara Zahid. Owhhh..seksi gitu :p . Maka, sampailah saya dan Encik Padil ke press conference mereka tempoh hari, selepas menerima jemputan. Terima kasih kerana menghargai blogger ‘cikai’ seperti saya
.
Sebelum kami bertapak ke Hard Rock Cafe pada pukul 3 petang tu, kami sempat buat showcase kami sendiri. Hahaha… Siang hari itu adalah siang hari yang sangat santai. Kami singgah ke Redbox Low Yatt untuk ’sound check’ (waahhh..ayat kalah rock star!). Saya dan Encik Padil ’sound check’ sambil makan. Mulut penuh disuap makanan, tapi hati menggeletik-geletik nak menyanyi. Sempatlah kami buat rakaman 1-2 lagu untuk memenuhi keperluan nafsu keperasanan sendiri. Hahaha…
Dalam pukul 2.30 kami beransur dari tempat ’sound check’ ke HRC menaiki monorel. Sangat bijak mengelak kesesakan lalu lintas
. Kami pun tiba di HRC, mendaftar di sudut media, dan dibawa ke tempat makan media (err..maksud saya, tempat makan untuk wakil media. Bukan makan media). Waktu tu baru rasa macam “Alaa….. kenapa aku makan tadi? Lupa la…..”. Sementara menunggu makanan sedia ‘diserbu’, kami siap-siap keluarkan senjata menembak. Pasang punya pasang, baru saya sedar yang saya tak bawa CF card. Satu pun tak ada. Semuanya ada dalam pouch hikmat yang selalu saya pakai waktu bekerja. Wtf. Encik Padil pun hanya bawa 1 CF card. Benci betul. Kedekut! :p
Nampaknya Encik Padil sajalah yang menembak (which clearly explains why the following photos are not mine). Terpaksalah juga saya buat muka chicky-rasa-nak-lempang sebab nk pinjam pen dari one of HRC staff. Sebabnya, saya nak belajar jadi journalist. Waaahhhh… Tiba-tiba :p .
Sementara tunggu the event starts, kelihatan anggota band Disagree berjalan dari satu meja ke satu meja lain, bertegur-sapa. Dan teka siapa datang ke meja kami? Owwhh..sudah tentu si suara seksi – Zahid (sila jangan buat spekulasi. Nanti Haley marah. Hihihi..). Malu saya bila ditanya “Where are your from?” oleh Zahid. Jawab saya “Actually I’m a blogger”, walaupun sebenarnya profession saya sepenuh masa adalah photographer , bukan blogger. Habis tu, cuba fikirlah. Soalan itu secara panjangnya bermaksud begini “I know you are a media representative, but from which one?”. See? Cuba kalau saya jawab “I’m a photographer”, tentu tak akan menjawab soalan Zahid yang asal tu. Ye ke tak? Setuju? Tak setuju? Tapi tak apalah. Zahid kata “Owh.. That’s good. We are expecting more bloggers to join us here” lebih kurang macam tulah ayat dia, saya tak sempat salin :p . Tapi macam tulah maksud dia. Hihihi…
Hey. Cerita banyak-banyak, apa cerita terbaru Disagree? Ni hah :

Disagree album-cover
Kalau kamu pergi ke website Disagree, di situ kamu boleh dengar single pertama dari album ni, berjudul Osaka. Dengar single tu saja saya dah macam waahh ho yeh ho yeh. Apa lagi lepas mereka persembahkan 6 lagu dari album ni waktu press conference tu. Saya dan kawan baru yang saya kenal di sana, Anne dari Hot Magazine beberapa kali angguk-angguk dan kata “Hey, this is good.” Apa lagi selepas saya ulang-ulang dengar full album di dalam kereta dan di rumah, lagi laju saya angguk-angguk
.
Sebelum showcase, ada Q&A session between the band and media reps. Waktu ditanya soalan yang memang confirm akan ditanya “Why after 5 years?” (album debut mereka diedar pada tahun 2004), mereka kata mereka sibuk dengan pembikinan lagu-lagu, dan dalam masa yang sama mereka juga sibuk membesar. Membesar as in menjadi lebih matang lah. Berkait dengan hal menjadi lebih matang, saya suka dengan lagu ‘Haley’ dari album mereka ni, sebab Zahid kata lagu tu dibuat khas untuk anaknya. Ya, Haley adalah nama anaknya. So sweet…
Ada juga soalan yang bunyi dia lebih kurang macam ni, “What’s with the album title – ‘To prevent the earth from moving with us’ “. Saya memang tunggu jawapan untuk soalan tu. Sekali mereka cuma kata yang bermaksud lebih kurang begini, “Keep on guessing…”. Alaaaaa…mystery lah pulak. Disebabkan mystery tu, saya jadi tak keruan (waahh..ayat bomplastik lagi!) lalu asyik mengulang-ulang lagu-lagu mereka sambil cuba memahami gambar/grafik yang mereka paparkan dalam lembaran lirik lagu mereka. Dah lah comel. Tak percaya cuba tengok ni :

babyincasket
Tapi bagus juga dibiar mystery begitu. Supaya lebih apresiasi terhadap muziknya dan mesejnya. Bukan setakat ‘nah-aku-campak-kau-lagu-ni, sila-lah-jadi-fan-aku-kerana-indie-adalah-cool ‘. Hahaha.. ada yang tak setuju? Owhh..adakah saya kisah :p .
Hah, sudah. Ini saya kongsi sedikit gambar milik Encik Padil :

The band

Hamka (drummer)

Hamka (lagi)

Zahid (si suara sexy. Gosh)

David (rhythm)

Zahid (lagi
)

I suka gambar ni dengan yang lepas ni. Tengok kiri; Hamka terpejam mata.

Tengok kanan, tapi Hamka tetap pejam mata jugak. Tertidur agaknya
Untuk gambar lain, waktu mereka perform, silalah jenguk Flickr Encik Padil.
To Disagree band, good luck guys. You guys are awesome.
P.S : I do support local music scene, as much as I support others. But that doesnt mean I have to be a blanket, if you know what I mean. Ada teman berkata “Aku tak tau kau layan local music scene“, mungkin kerana anda lihat saya layan Pesta Malam Indonesia. Mind you, saya dah katakan, saya bukan ’selimut’. I’m being selective. And in local music scene, the selective method does applies as well. Saya tidak layan sesuatu kerana ia cool atau in trend. Tetapi kerana I appreciate it. Setuju? Tak setuju? Well again, adakah saya kisah…
Popularity: 15% [?]
3 comments
3 Commentsleave a comment
Leave a Reply
You need to log in to vote
The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.
Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.
Powered by Vote It Up




















































aku taw psl launch date album disagree tuh. cuma takde kaki nk pg. hahaha….
btw, its about time-la diorang ada new materials. dh lama sangat on hiatus. aku dh naik jemu dengar lagu2 dari band ‘iklim cuaca’ dan ‘bertemu pakcik orang’ tuh.
ngee…
Ahahahaha…aku suka komen itu..OOppsss.. nanti ada lagi yang cakap kat aku diorang tak sangka aku support local scene…. =p
is the funniest thing i have ever seen…here i was thinking “oh i’ve seen all this compilations, they are the same videos over and over again…but i had never seen that one literaly LOL