The Day I Look Back and Smiled, Laughed and Cried.
Pssttt… Jom Jadi Alien! :p
A quick update on what's new in STORE. Yes, store. *giggles*
Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age
Susun, Kunci, dan Bintangkan
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
Perginya Seorang Patriot. Tolong beritahu saya yang saya baru sedar dari mimpi ngeri

Allahyarham Yasmin Ahmad
Innalillahi wa inna ilaihi roji’un.
Pukul 1.18 am, saya tersedar dari tidur bila handphone saya berbunyi. Yana hantar SMS kepada saya berbunyi begini ” Al-Fatihah to my lovely boss. Allahyarham Yasmin Ahmad passed away a few minutes ago.” Sejak dari membaca SMS tu, ‘darjah kemengantukan’ saya beransur hilang, dan saya akhirnya bangun sendiri tanpa bantuan alarm clock pada pukul 5.00 pagi.
Cuaca agak panas, saya terus ke dapur mencari air kosong yang nyaman. Saya masuk semula ke bilik, dan hidupkan komputer, maka di sinilah saya sekarang, menulis tentang perginya seorang patriot yang amat saya sanjung. Di luar hujan mulai renyai. Saya menulis dengan perasaan sebak, di belakang otak saya terbayangkan betapa saya akan merindui tulisan beliau di blognya, yang selalu menjadi inspirasi saya. 22 Julai 2009 adalah hari terakhir beliau menulis blognya DI SINI, dan pada jam 11.25 malam 25 Julai 2009, beliau sudah tiada lagi bersama kita. Wikipedia pun dengan pantas telah dikemaskini datanya, seperti mana pantasnya sewaktu berita MJ disahkan.
Yes she is beautifully imperfect as a human being. In fact everyone is. And her imperfections menjadikan beliau seorang insan yang mempunyai jiwa yang sensitif terhadap bermacam-macam perkara yang boleh dikatakan ramai di antara kita kurang sedar atau mungkin juga pura-pura tidak sedar.
Astaghfirullah. Saya tak dapat dan tak boleh nak terus menulis blog ini lebih panjang. Terlalu sebak. Iklan di bawah adalah karya Allahyarham Yasmin Ahmad, untuk kerajaan negara Singapura. Untuk kerajaan Malaysia, tolonglah jangan selepas ini baru meratapi dan menyesali kehilangan ini dengan menganugerahkan segala pangkat Datuk/Tan Sri kepada seorang patriot yang sudah hilang. Pergilah hargai dan anugerahi si pembuat filem yang hanya membuat penggambaran di Malaysia tetapi tidak berasal dari malaysia dan tidak ambil pusing pun perihal negara ini. Lepas ini, ada isteri mana-mana menteri yang ingin menjadi peminat setia Allahyarham Yasmin Ahmad?
Popularity: 8% [?]
No comments
You need to log in to vote
The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.
Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.
Powered by Vote It Up



















































