The Day I Look Back and Smiled, Laughed and Cried.
Pssttt… Jom Jadi Alien! :p
A quick update on what's new in STORE. Yes, store. *giggles*
Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age
Susun, Kunci, dan Bintangkan
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
Gila tak boleh tidur!
Dah pukul 3 pagi dah. Esok awal pagi ada appointment dengan doctor. Kalau macam ni gaya tak tidur lagi, harussss esok terbabas appointment. Jawabnya I see you next time, doc. Macam-macam gaya dah buat, kuak lentang, kuak katak, katak terbang, gaya bebas. Mata tak nak mengantuk jugak. Takkan nak kena cakap dengan mata macamm masa kecik-kecik dulu bila excited nak bangun pagi-pagi esok sebab nak pegi jalan or pakai baju baru or 1st day pegi sekolah? Kena pejam mata lepas tu cakap dengan dia “Mata, mata… esok bangun awal tau, sebab nak (isi tempat kosong)______. Kalau tak bangun awal, nanti aku pukul kau”. Hah, ini seriusss (sila nyanyi versi Wonderpet :p ).
Takkan lah nak kena buat yoga sekejap pulak, walaupun yoga matt tu dah sekian lama terbentang dalam bilik sebab saja nak bagi bilik nampak macam bilik orang yang selalu bersenam, padahal tujuan sebenar nak membangkitkan motivasi untuk selalu bersenam. Dengan harapan bila tiap-tiap hari nampak depan mata, mesti tak lupa bersenam. Hah! Sumpah, tak ingat jugak. Boo diri sendiri.
Dah puas golek-golek, cakap-cakap dengan Spongebob pun tak boleh jalan jugak, terus bangun bukak lampu bilik dan on computer. Pergi dapur buat air Milo kaw-kaw dengan harapan coklat akan buat saya mengantuk. Lepas tu bila masuk bilik balik, tengok lampu putih bilik ni terang benderang, tutup lampu, pasang pulak lampu malap kat tepi katil. Harapan (lagi), supaya mood tidur datang. Tinggal nak bakar scented candle je, tapi malas nak cari sebab computer dan turned on jadi tak boleh tunggu lagi, terus taip blog. Hahahahaha.. Alasan! Dasar pembuat alassssaannn!!
Lepas tu, sambil-sambil tunggu segala macam web page loading, sesi pelacuran kamera berjalan dengan pantas. Sempat teringat nak pakai hood tu, sebab lepas gaya bebas atas katil tadi rambut dah tak boleh nak guna jari je… :p . Weh, sweater tu memang dah siap pakai haaa..bukan diselongkar dari dalam almari semata-mata untuk tujuan pelacuran kamera, ok..?

Sangat vain. Bukan salah ibu saya mengandung. Towards gambar yang ke-3 tu, baru saya perasan kening 'lurus' sebelah, hasil daripada basuh muka sebelum tidur. Jadi sempat 'betul-betulkan' susunan bulu kening kemudian teruskan melacur kamera. Hahahaha..
Kenapa saya tak boleh tidur? Macam masalah negara kan? Takpe, rupa-rupanya Kevin Zahri pun baru saja terjaga dari mimpi dan dia baru saja lepas twit. Hihihihi..Aziel, kau nak cakap apa sebenarnya ni? Sebenarnya maksud tambahan dalam ayat tu ialah, saya juga tweet , jadi marilah meng’twit’ bersama-sama. Tak tau Twitter tu binatang apa? Hello, where have you been…? Ihikihikihik….
P.s : Jangan berani tanya kenapa theme colour blog ini macam cendol atau ABC. Konon-konon tak boleh tidur, nak modify theme, lepas tu ada syaitonirrojim bisik “malas…malas”..Kurang hajar! Hence, sekerat jalan. Kesian. Eh, bukan. Sekian. :p
Popularity: 12% [?]
2 comments
2 Commentsleave a comment
Leave a Reply
You need to log in to vote
The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.
Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.
Powered by Vote It Up




















































salam persinggahan.
ko kenal ke kevin zahri tu?
ke ko mcm aku yg suka kumpul twitter2 artis n saje suka2 amek taw perkembangan diorang?
ahaks…
ubat tido aku senang je sis…
minum susu dan kendian amek nota psycholinguistics (aku budak tesl btw) dan baca. sure 10 minit di perenggan kedua aku dh zzzz….
ngee….
Hi Shandye,
Tak kenal pun, cuma kawan Facebook. Hahahaha..Tapi pernah sekali jelah KZ komen kat status aku bila aku ckp aku bersungguh nak kecikkan badan. Hahahaha..Tahap bangga tak cukup kerusi nak kembang. Lepas tu baru follow die kat twitter, saja kasi banyak jumlah ‘following’. Ahahahaha..
Nota psycholinguatics????? Gegegege… I bet, kalo aku mesti tak sampai 2 minit je dah ‘hilang’. Thanks for dropping by…! =)