The Day I Look Back and Smiled, Laughed and Cried.
Pssttt… Jom Jadi Alien! :p
A quick update on what's new in STORE. Yes, store. *giggles*
Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age
Susun, Kunci, dan Bintangkan
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
Hari Isnin yang macam hari Ahad

Gambar ni tak tau nak credit pada siapa. Hihihi.
Selalunya people hate Mondays. Sebab mood syok bermalas-malasan di hari minggu masih belum kata nak balik lagi (literally lah…). Semalam hari Ahad saya berusaha sehabis boleh tak nak tidur waktu siang, sebab takut kena Monday blues :p . Bila bangun pagi Isnin, kepala sudah sakit, badan sudah panas, penangan makan tempoyak 3-4 kali sehari semalamnya. Hambik kau. Berlagak tak nak bermalas-malasan di hari Ahad, sudahnya hari Isnin dah jadi macam hari Ahad – asyik tiduuuuuuuuuuuurrrrr je sampai kalau bantal boleh bercakap mesti dah kena maki kaw-kaw sampai boleh nangis… Hahahaha…
Heishh..Kalau saya masih bekerja dengan orang lain sekarang ni, dah tentu saya ada dalam bos punya black list sebab selalu MC dalam 1 bulan. Tolonglah, bukan pintaku jadi begini.Hahaha, emo pulak. Betul ni, tak tipu. saya rasa antibodi saya ni agak kureng sikit, memang dari zaman sekolah lagi. Abah or Emak selalu kena tulis surat sebab anak dia tak pergi sekolah. Tiap-tiap bulan sekurang-kurangnya sekali. Saya ingat Doktor Mak (bukan Emak saya, tapi nama dia Mak ) pernah cakap yang saya memang mudah demam, sebab apa tah saya tak ingat sebab rasa tak perlu tumpukan perhatian apa doktor tu cakap selebihnya, sebab yang penting saya dapat selalu demam dan boleh cuti. Wiiii…. Buruk perangai kau!
Bila saya masuk asrama, saya masih selalu juga demam/sakit, tapi tak berani nak cuti sebab takut tinggal kat asrama sorang-sorang. Kalau pergi sekolah boleh perasan glamer kat ‘Lorong Candu’ (tak tau kenapa laluan tu kami panggil lorong candu, padahal bukan ada siapa-siapa jadi tokan candu atau buat apa-apa berkaitan candu di situ). Lepas tu, kalau pergi sekolah walaupun demam/sakit, masih boleh tidur dalam kelas sebab duduk ‘kat bawah hidung cikgu’, jadi cikgu selalu tak perasan kalau tidur dalam keadaan duduk sambil berpeluk tubuh. Hahahaha.. Tapi selalu kantoi dengan budak kelas seberang, sebab diorang boleh nampak kami buat perangai tu. Hahahahah. Kawan saya yang duduk sebelah saya, memang juara dalam acara tidur bawah hidung cikgu. Hahahaha, Baby, kau ingat lagi tak? Jangan risau, aku rahsiakan nama kau, supaya anak murid kau tak tau (Ya, cik Baby adalah seorang cikgu sekarang
).
Tapi yang bestnya, bila tinggal di asrama, bila saya sakit/demam, saya selalu dapat layanan first class, sebab ada kawan akan tolong buat ‘langsir’ kat sekeliling katil saya menggunakan selimut supaya saya tak kena silau cahaya lampu. Baik kan kawan-kawan saya..? Lepas tu saya akan dapat bertin-tin air 100 plus dari cikgu yang digelar ‘ayah angkat’ saya sebab nama dia sama dengan nama Abah. Kadang-kadang dia belikan sup lepas tu kirimkan pada warden asrama saya. Wiiiii… Best tak? Iskk..isk.. teringat pulak pada cikgu a.k.a ayah angkat tu, and mungkin saya ni anak angkat yang derhaka sebab dah lama tak tanya khabar berita dia. Huhuhu…Raya dah nak dekat, nanti nak pergi jumpa ayah angkat, minta ampun. Iskk.isk..
Popularity: 9% [?]
1 Comment
One Commentleave a comment
Leave a Reply
You need to log in to vote
The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.
Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.
Powered by Vote It Up




















































dulu2 aku slalu gak kencing warden cakap demam/sakit kepala/pening/nk muntah atau kombinasi benda2 tu supaya leh escape perhimpunan ko-k hari khamis.
kosser aku kena pakai uniform segala bagai. aku just masuk kelas yg ada lab je utk hari tu (biology dgn chem mmg takleh miss!).