Sep 23 2009

Kami Tak Hadap Sangat Sebab Kami Tak Perlu Tahan Kentut Untuk Berusaha Kelihatan Cantik

Post ni sebenarnya dah ‘berendam’ lama dalam baldi draft sejak bulan puasa. Agak-agak masa tu dah nak hampir minggu terakhir Ramadhan. Masa mula merendam idea-idea dalam post ni, rasa terbakar macam nak meletup. Siap dah janji dengan Geng Pichang supaya tunggu entry ni. Hahahaha wtf. Tapi sebabkan tak nak kerugian pahala bulan Ramadhan, memandangkan pahala terkumpul yang sedia ada pun dah memang sedikit, maka saya rendamkan dulu dalam baldi draft. Hari ini, sudah masuk Syawal 4, pasti kebakaran tempoh hari sudah reda sedikit tapi still ada bau hangit-hangit tahi lembu. Jadi boleh keluarkan entry ni dari rendaman, bilas dan sidai di blog. :p

Saya dah perasan (as in noticed) lama dah. Minah kekwat seorang ni memang ada isu dengan saya. Tak tau lah kenapa. Aku ni saingan kut bagi dia..? Ouucchh… Pleasee… Kita tak setaraf untuk disaingkan bersama. Sebab aku lebih tinggi dari kau. Hahahahahaha…. Ok. Ok. Sambung cerita.

Sebelum tu, sila ambil perhatian bahawa nama-nama (itu pun kalau ada) di dalam blog post ini telah ditukar untuk kesejahteraan bersama kerana dikhuatiri jika nama sebenar digunakan, nanti seorang Cik Kaduk tak dapat nak naik junjung lagi seperti selalu dan terpaksa menahan kentutnya 2 kali lebih hebat dari biasa untuk menjamin wajahnya sentiasa kelihatan in control. Wooaahahahaa…Ini tidak boleh berlaku, sebab jika ini berlaku, nescaya Facebook nya tidak akan ada lagi gambar-gambar wajahnya, tetapi akan cuma ada gambar-gambar signboard kedai, paper cup & paperbag kedai makanan yang hanya dia saja yang pernah pergi-orang lain tak pernah pergi, dan juga kad-kad ucapan (terutamanya ucapan hari raya) kiriman kenalan Dato’s/Tan Sris yang hanya dia saja ada kenalan seperti itu-orang lain tak de. *Note the bold sentences, its suppose to be sacarstic, if you’re wondering, that is.* Duhh… Dak Ajeel, kau ni buat as if orang tak reti lawak pulak. Kau jangan nak jadi macam Cik Kaduk yang selalu fikir cuma dia saja yang hebat. Sila nyanyi “Please, please, please,….kamu jangan nakal”. Choii…!

Dulu pernah, masa saya baru berjinak-jinak belajar asas html dan punya banyak masa makan gaji buta ketika bekerja dengan sebuah badan berkanun, saya pernah encounter situasi di mana bila saya tanyakan kepada beberapa orang kawan:

“Macam mana aku nak buat (macam ni, macam tu), dengan html?”

..kemudian ada salah satu reply yang sah-sah tentulah dari Cik Kaduk yang sedang dibincangkan ni, yang berbunyi begini :

“Aku yang belajar Computer Science (err…atau pun IT, ataupun programming, tak berapa ingat the exact reply) ni pun tak boleh buat, tak kan kau nak buat pulak!”

..and I was like…Whaaaa..?? Lebih kurang begitulah situasi reply secara virtual berlaku ketika itu, dan seingat saya, saya pun telah ‘menampar’ nya (secara virtual) dengan ayat balasan yang tak kurang hebatnya  seperti ini :

“Laaahh… Habis tu, kalau aku yang tak belajar Computer Science ni pun boleh buat basic html coding, ape cerite?”

(Disclaimer : perbualan virtual ini tidak 100% menyerupai perbualan asal yang berlaku ketika itu, tapi as long as you get the idea of what happened, oklah tu).

Apa motif di sebalik flashback ini? Motif ini dipanggil motif awan larat, atau kalau suka boleh juga guna motif batik jawa. Wtf, aku mengarut sekejap. Tak..tak..tak..Motifnya adalah, untuk menyedarkan kita semua (ya, kita semua, termasuk saya sendiri), bahawa, jangan sekali-kali kita rasa diri kita bagus sangat, atau hebat sangat, atau cantik sangat, atau tinggi sangat, sebab kita tak tau bagaimana pandangan orang terhadap kita. Mungkin kita sangka diri kita sudah cukup hebat, sedangkan orang lain melihat kita tak lebih dari setakat sisa makanan celah gigi selepas berbuka puasa. Hohohohooo…Merry Christmas. Errmm..in advance.. :p

Tak perlulah nak buat statement ‘jongket hidung bagi tinggi sikit’ seperti itu, sebab zaman sekarang budak sekolah belum/tak bersunat pun sudah pandai hack laman web korporat. Silap-silap, Mak Nah Selemah hujung Kampung Sejambul tu pun dah tau macam mana nak manipulate Twitter untuk memajukan bisnes kerepek ubi nya yang meletop tu…. Hahahohohohoiiiii…(Oh ya, nampak link pada perkataan ‘Twitter‘ tu? Sila follow, sila, silakan…).

But then, saya anggap perbualan virtual itu biasa-biasa saja. Well, we gotta accept the fact that sometimes we  easily misunderstand what we read online, sebab tak ada intonasi yang boleh didengar dan bahasa tubuh yang boleh dilihat. So, fine, I’m willing to forget. TETAPI …Hah, ambik kau, tebal dan besar sungguh tetapi itu! Kalau sangka diri hebat, itu satu perkara, people change. Period. Tapi kalau sampai lupa diri, lupa yang tahap mengeluarkan ayat yang bila didengar kita rasa macam nak bagi penampar kapit (kau mesti lebih arif bagaimana rasa penampar kapit, kan Cik Kaduk?) , itu memang agak over limit lah semestinya.

Tahun lepas bermula penjejakan kasih secara besar-besaran di kalangan kawan-kawan sekolah, di Buku Muka saya. Seronok tidak terkata dapat jumpa semula kawan-kawan lama, ada yang dah bertahun-tahun tak jumpa. Bila dah jumpa (di Buku Muka), lebih seronoklah kalau dapat imbas semula gambar-gambar lama masa sekolah dan saling bahan-membahan sesama sendiri. Masa ni lah kalau bagi yang melayari Buku Muka waktu office hour, muka boleh sekejap jadi lonjong sekejap jadi empat segi waktu menghadap komputer, sebab takut bos perasan anda sedang gelak sambil buat kerja, padahal sedang melayari Buku Muka dengan khusyuk. Syabas! Wiiiii..tepuk tangan dan kaki..Hihihihiii..

Dan untuk memastikan setiap hari kami boleh buat senaman muka dengan lebih kerap dan konsisten, saya dan kawan-kawan suka memuat-naik kan (upload lah bahasa orang putih nye), gambar-gambar lama dalam album yang ditetapkan privasinya hanya boleh ditonton oleh orang-orang yang berkenaan sahaja. Siap suruh kawan lain cuba cari album tu dalam profile, untuk memastikan  privacy setting tu boleh dipercayai atau tak, dan jawapannya memang “saya yakin betul Abg Aznil, saya kunci lirik ini…!”. :p Maksudnya, memang  confirm orang yang tidak tersenarai tak akan tau kewujudan album tu, walaupun kawan mereka di tag berulang kali. Jadi, saya antara ahli geng pichang yang sangat rajin men’tag’ kawan-kawan lain, supaya kami dapat sama-sama berkongsi kebahagiaan mengingat kembali zaman-zaman wajah selenga masing-masing. Hahahaha..

Yo Soy Betty La Fea

Yo Soy Betty La Fea - Gambar cedok dari mana-mana entah :p

Malangnya,  Cik Kaduk telah menulis di wall saya bahawa dia kurang senang gambarnya di tag sebegitu banyak sehingga dia keletihan untuk remove kesemua tag tersebut. Kesiaaaannnn sungguh kau Cik Kaduk kerana paranoid tak tentu pasal. Besides,  it’s not like ada gambar bogel atau aksi terlampau pun dalam tu. Cuma gambar beramai-ramai dalam dorm dengan aksi-aksi cool-lah sangat zaman remaja (ketika itu) saja. Itu pun dah cukup baik kami sedia maklum akan kemaluan..oopss, I mean, kami sedia maklum tentu kita semua segan kalau orang lain tengok gambar-gambar muka sememeh tu, jadi awal-awal lagi kami dah customize privacy setting nya. Mind you, kami tak perlu belajar Computer Science untuk tahu cara bagaimana nak customize privacy setting, ya? Ooppss…

Oklah, lagi sekali, saya bersangka baik lah. Eceh.. Maybe I should, again, just forget. No biggie… Tapi rasa meluat dah mula nak tumbuh masa tu, baru tumbuh macam kulat je, sikit-sikit. Hahaha..Lepas tu, makin lama, I noticed that Cik Kaduk ni makin menjadi-jadi naik junjungnya. Contohnya, obses untuk  let other people know yang dia selalu bercuti ke negara jiran, walaupun saya tak tanya. Mesti kau rasa ‘oh ini ada chan aku nak up lebih-lebih’ bila kau tanya “Have you been to Medan?” dan aku jawab “I’ve never been anywhere, dear“. Hahahaha.. Hello, aku sememangnya suka  play along dengan tabiat kaduk naik junjung seperti yang kamu ni. Sengaja aku cakap begitu, supaya aku dapat ‘baca’ sendiri apa tindakan kau seterusnya dan terbukti…Need I say more? Hahahahaha..Boooo…Booo..Booo…

Lagi satu contoh obsesi Cik Kaduk ini, adalah memuat-naikkan gambar objek yang (diharapkan) akan menampakkan ‘kononnya’ dia tergolong dalam kelas atasan (kut). Seperti kad ucapan hari raya yang diterima dari Dato’/Tan Sri ’si fulan’ sekeluarga, kepada Cik Kaduk sekeluarga. Atau, contoh lain, bila diajak get together di hari raya, Cik Kaduk memberitahu dia tidak dapat  join kerana perlu balik ke rumah parents nya, dan tidak lupa menyebut dia telah menerima undangan untuk ke ke open house seorang Dato’/Tan Sri . Perlukah fakta tambahan itu? Kalau jawap soalan peperiksaan pun, fakta tambahan yang tidak relevan  tidak diberi markah lebih pun.  Hahahahahahaha…Kau tak tau orang lain yang melihat/mendengar tu bukan  impressed, tapi sebaliknya gelak besar melihat kau menyerlahkan sifat kaduk naik junjung tu. Hahahaha.. Apa? Selama ni kau tak tau? Sekarang kau tau kan? Syukur, Alhamdulillah. Belum terlambat lagi untuk kau sedar.

Again, I should just forget that. Sehinggalah dalam minggu pertama Ramadhan tahun ni, saya noticed yang saya sudah di remove daripada senarai kawan-kawannya di Buku Mukanya. Saya bertanya geng pichang yang lain adakah mereka mengalami perkara yang sama, tapi malangnya tidak. Jadi ok, sekali lagi, I decided to forget. Besides, it’s not like the world is gonna end if you remove me from your friends list, kan? Fine.

Kemudian, dalam pertengahan bulan Ramadhan, KC (bukan nama sebenar) pun mengalami nasib yang sama, maka barulah yang lain-lain sedar mereka pun telah diremove juga. Tapi melalui penyiasatan lanjut (chewahhh), kawan-kawan lain yang tidak pernah tinggal sedorm dengan Cik Kaduk dulu rupa-rupanya masih ada dalam senarai kawan-kawan Cik Kaduk. Hahahahaha..Fine. Jadi geng pichang sudah mula panas bontot tak puas hati. Eh. Eh… Hati yang tak puas kenapa bontot pula yang panas? Takpe, lain kali kita fikirkan hal tu….. Akhirnya, SW (nama tipu-tipu jugak) telah ‘berdepan’ dengan Cik Kaduk di YM bertanyakan kenapa. Maka sukalah saya menempelkan perbualan itu di sini seperti berikut (Ya Allah, ayat surat rasmi sungguh ni, hahahaha) (Disclaimer : perbualan telah saya edit flownya untuk memudahkan pemahaman & pembacaan. SW, kalau salah tolong beritahu. Yang warna biru/ungu adalah perbualan asal, yang warna hitam tu analisis lanjut dari saya. Just to help you get the picture clearly *wink*) :

SW: N****, ko delete aku dr fb ker???

Kaduk : aku ade fb ko ke?
ntah tak perasan (cover line tak berapa cemerlang di situ… :p )
if ada pun ko bukan penah tgur pon
baik takde kan
(hmmm..mungkin dia ni diva kut)

SW : aku ader buat salah ker ngan ko

Kaduk : salah apa nye S**** ?

SW : mana la tau
SW : kite ni da bertahun pun x jumpa
SW : mmg btul aku tak tegur ko tapikan kiter kwn sejak sekolah
tapi naper ko delete aku
aku buat salah ngan ko ker
smp ko nk delete aku

Kaduk : tak la

SW : aper yang tak la
bkn stakat aku jer ko delete
bebudak bilik pun ko delete
aper salah kiter org

Kaduk : mana ada salah, aku je bercadang nak deactivate FB nye account
jgn risau
ko takde salah
n sume2 tade salah

mmg aku bercadang nk cancelkan account FB tp delete slow2 (Gotcha! Eat your own words. Kalau nak delete account, kamu tak perlu bersusah payah delete your friends in the list. Well, I guess you should know better coz you’re the Computer Science student here. Oopss..)

SW : kalau kiter org tak buat salah ngan ko
naper blok kiter org
jgn risau, aku nak tau jer
naper blok kiter org
(fyi, SW ni memang dikenali di antara kami yang paling sabar dan paling mulus hatinya tau. Jadi bila kamu teruskan baca ni nanti, kalau kamu rasa SW agak kasar, please be reminded yang itu bukan kebiasaan SW. Bermakna, tentu situasi tu sudah agak tegang)

Kaduk : kan aku da ckp tu :
“jgn risau
ko takde salah
n sume2 tade salah
mmg aku bercadang nak cancelkan account FB”
got it darling?

SW : tapi naper bebudak bilik lain ader dalam list ko
bebudak lelaki pun ader

Kaduk : yang rapat dengan aku je la
aku mana rapat ngan ko pun
(Whoooaaa…. sampai di sini saya HARUS boldkan. Mungkin setakat saling exchange /pinjam baju tu belum dikira cukup rapat. Mungkin setakat tumpang tidur sekatil berasak-asak tu pun belum cukup rapat. Mungkin setakat study sama pun tak cukup rapat. Mungkin setakat tolong tadahkan gayung/cebok masa kau termuntah-muntah sakit dulu tu pun belum cukup rapat. Mungkin setakat tolong tapaukan makanan dari dewan makan masa kau sakit-sakit dulu tu pun tak cukup rapat.  Ya, kau memang betul Cik Kaduk, memang kami tak rapat dengan kau. Kawan-kawan lelaki yang tinggal di blok/dorm lain tu lagi rapat gile dengan kau. Walaupun kau pun baru kenal mereka sama macam kau baru kenal kami waktu tu. Err..Anyway, jangan perasan dulu, ya. It’s not like kami ni hadap sangat nak diklasifikasikan rapat dengan kamu. Puhleaaseeee..! Kami tak perlu ‘ala menahan kentut’ untuk kelihatan cantik, dan kami tak tergugat setakat dengan gambar zaman sekolah ditonton oleh kawan-kawan kami sekarang. We don’t mind mengaku yang itu adalah wajah-wajah kami dulu dan sekarang, isn’t that the real beauty, Miss Plastic?)

SW : masalah nyer kiter org jer yang ko blok

Kaduk : yg ko nk sgt FB aku tu napa? (Whhooooaaaaaa lagi! Excuse me, diva in the house! Dah berapa ribu yang pernah request untuk berada dalam friends list kamu? Wow! :p )

SW : aper salah kiter org
kalau kiter org tak rapat ngan ko, dari awal naper accept kiter org
?

Kaduk : ke ko nak aku block ko kat YM lak? (Waahh..ugutan? Mak! Takut…! Tolonglah jangan blok saya, you are my idol! Gue ngefans banget ama lho :p)

SW : Bukan ko dah blok sesetengah org ker dlm ym?
kalau ko nak blok pun aku bukan kisah (Ni dah kira paling brutal yang  SW boleh jadi. Kan saya dah cakap, SW ni paling mulus hatinya antara kami semua. Sumpah. )

n** n**** is offline. (WHOOOOOAAAAAAAA….ambik kau, huruf besar terus aku bagi. Tak boleh handle pressure dah, Cik Kaduk terus offline sebelum sempat membaca ayat SW yang seterusnya)

Haish..Lap peluh kat dahi sekejap. Fuh.Fuh. People change, I do admit that. I mean, I changed too. Tapi jangan lah lupa diri. Bila kita lupa diri, kita tak sedar yang kita mungkin boleh bertukar menjadi UltraMan. Eh. Bukan, bukan. Kita mungkin boleh bertukar menjadi bongkak. Dan lepas tu, diikuti pula dengan jenis-jenis penyakit hati yang lain. We never know, when and where we might cross path again, and we never know what God planned for us in the future. Siapa tahu, di masa depan nanti mungkin kita akan memerlukan orang-orang yang kita lupakan satu ketika dulu? Jangan pandang remeh, Allah kan maha adil dan maha bijaksana.

Tak mengapalah, Cik Kaduk. Saya yakin kamu tak pernah melupakan orang tua dan keluarga kamu. Alhamdulillah, kamu anak yang baik. Tapi ingat, di dunia ini bukan hanya ada kamu dan keluarga kamu. Buktinya, waktu kamu sakit dulu dan keluarga kamu tiada di sisi, kamu ingat lagi siapa yang menggantikan keluarga kamu? Tidak, sikit pun tiada niat mengungkit. Cuma, jujurnya, saya meluat. Kami meluat.  Period. Sempena bulan Syawal ni, saya minta maaf sebab terlalu jujur dengan entry ini, honesty is always the best policy, anyway. Setidaknya saya tidak berniat memalukan sesiapa sebab nama sudah saya sembunyikan.  Cuma geng pichang saja yang tahu siapa yang diperkatakan, face it, we all know. Lega, tak perlu simpan lagi. Terserah kamu untuk terima atau tidak. Saya juga dah maafkan kamu kerana menyebabkan tumbuhnya kulat-kulat bernama meluat selama ini. Eid Mubarak darling !

Related Posts with Thumbnails

   

Popularity: 44% [?]

Love it? Share it.
de.licio.usdiggemailfacebookfriendfeedgoogle bookmarkslinkedinmixxmyspacenetvibesnewsvineposterousredditrssstumbleupontechnoratitumblrtwitteryahoobuzzyahoomywebadd to favoritesmisterwongprint friendlyPDF
Posted in Featured, Rojak on Sep 23 by Aziel Azhar | PrintText Resizer Text Resizer 3 comments

3 Commentsleave a comment

  • susunan ayat yang menarik..plot cite yg teratur..
    gaya cerita untuk watak cik kaduk mantap sbb diolah dengan begitu baik (tidak lari dari watak asal)..mmg mantapppp…

    tribute to cik kaduk..cik kaduk baca harus menonggeng nangis sbb tak sangka kisah benar cik kaduk telah di’blog’kan…

    harus mintak royalti ni bagi meneruskan title cik kaduk-nya…wahahahaha!!!!

    • Itupun nasib baiklah aku ‘rendam’ dulu, jadi ‘kotoran’ mudah di tanggal. Cuba bayangkan kalau aku tak rendam dulu, kan susah nak tanggalkan ‘kotoran degil’? Silap², sental bagai nak rak, ‘kotoran’ tak hilang, tapi ‘baju’ koyak. Kurang berkesan kan…?

Leave a Reply

Back to Top
 
close

You need to log in to vote

The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.

Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.

Powered by Vote It Up