The Day I Look Back and Smiled, Laughed and Cried.
Pssttt… Jom Jadi Alien! :p
A quick update on what's new in STORE. Yes, store. *giggles*
Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age
Susun, Kunci, dan Bintangkan
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
Dilarang Menyentuh Apa Yang Tak Sepatutnya Disentuh.
Muahahahaa…Hello orang-orang cantik dan kacak sekalian, selamat kembali membaca blog yang berhabuk dan bersawang ni. (Ok, sila setia membaca blog saya walaupun kadang-kadang berhabuk, sebab saya kata kamu cantik/kacak. Ngeeheheeheee…). Beberapa hari kebelakangan ni, saya dok menahan diri daripada menyentuh blog ini. Draft post dah ada dekat 5 kut, tapi semuanya sekerat jalan, sebab sambil menulis blog, otak rasa macam nak di’partition’kan macam hard disk supaya boleh asing-asingkan penggunaan.
Sekarang ni pun, saya kiranya dah melanggar etika sendiri, sebab tulis blog waktu siang, yang sepatutnya waktu produktif saya, tapi saya nak tulis jugak sebab semalam waktu produktif saya berlanjutan sampai ke malam. Eh eh, betul lah, bukan alasan, excuse je :p . Tak kira, nak tulis jugak, walaupun terngiang-ngiang lagu MC Hammer – “You Can’t Touch This”. Macam budak kecik Juliana ni yang penuh dengan curiosity nak touch jugak, nasib baik air liur tak menitis tapi takpe sebab dia comel sangat. Nasib baik dia baru acah je nak touch.

Tak pun, macam kembar dia Chris yang tak main lagi acah-acah, dengan comel terus sergah nak pegang lense, then muka bersungguh-sungguh macam nak cabut terus lense.

Parents dia mesti bangga kan, anak-anak dia comel sangat (owh, mak dia memang sangat cantik tau. Bila tengok mak dia terus rasa macam nak berlakon dalam Mis Tres Hermanas.
)
Eh, kejap, kejap, nak kena send very important email. Kan saya kata I should forbid myself from touching this blog now…:p
.
.
.
Hah, ok, dah settle. Yang lain boleh tunggu dulu. Kat mana kita berhenti tadi? Potong stim betul lah. Melencong jauh sikit ni, sebenarnya teringat kisah 1 minit semalam, terjadi semalam di stesen minyak. (Ahahaha, ayat dalam kurungan ni ditulis selepas saya keluar sekejap pegi bank. Aha! Tak tau kan? Kan?Kan? See, saya tetap bekerja walaupun saya tak mengambil gambar. Bukan macam ‘tuduhan’ sesetengah orang yang kata “Kalau tak de job, ko tak keje lah ek?” Rasa nak jadi dragon ball bila dapat ayat macam tu. Eh, terlebih cerita pulak, itu bab lain, nanti cerita
).
Bukan perkara luar biasa kalau kita jumpa kanak-kanak pakai baju melayu dengan songkok (atau kalau kanak-kanak perempuan, baju kurung dengan tudunglah, obviously), datang masa kita tengah isi minyak dalam kereta/motor, jual kalendar untuk tujuan tabung rumah anak yatim. Biasanya rumah anak yatim yang diwakili pulak jauuuuuhhhh kat utara sana, nama pun tak biasa dengar. Bukan pula tak pernah kita dengar orang kata kanak-kanak ni tak wajar dikerah untuk menjual bahan-bahan itu, walaupun tujuannya untuk tujuan kebajikan sebab kanak-kanak sepatutnya tidak disuruh bekerja. Bukan juga tak pernah kita dengar orang kata ada kemungkinan ada orang lain yang ‘berkepala naga’ yang berselindung di sebalik semua ini, dan menjadikan kanak-kanak itu sebagai hamba mereka untuk mengutip derma untuk poket manusia berkepala naga itu sendiri. Tentang cakap-cakap orang ni, saya tak berani nak kata saya percaya, dan tak berani jugak nak kata tak percaya langsung.
Tapi kalau terlalu sangsi pulak, mungkin kita tak akan menderma/menyumbang langsung kepada kanak-kanak ini. Maka kesianlah mereka, sedangkan mereka mungkin betul-betul memerlukan sumbangan kita. Bukan nak bincang pasal wajar/tak wajar menderma kepada orang-orang seperti ini, tapi saya nak cerita apa yang saya rasa semalam bila kanak-kanak perempuan bertudung dan baju kurung datang minta sumbangan ikhlas dengan menjual CD lagu berunsur dakwah. Katanya, dakwah. Tapi bila belek bahagian depan, gambar seorang lelaki sekitar 50-an berbaju melayu, senyum menyeringai sambil peluk bahu seorang perempuan muda sekitar 20-an berbaju kebaya jarang nampak lengan tidak bertudung. Ok fine, saya mula rasa nak uugghh ketika itu (ugghhh adalah eksperesi saya untuk rasa macam nak tampar pun ada, nak marah pun ada tapi jugak ada rasa macam patut kah. :p ) . Eh, eh, jangan terlajak cerita pasal isu tudung, I’m not worthy to discuss about it.
Fine, saya fikir, tak pelah, saya beli (sebab saya nak juga tahu isi kandungan CD tu).Yang buat saya tertarik sangat nak beli sebab adik tu mukanya tulus sangat. Rasa macam bercahaya je, lepas tu dia senyum je, buat kita rasa macam sejuk je hati macam kau kunyah chewing gum Mentos lepas tu rasa sejuk sampai ke hati dan satu badan sejuk macam iklan Eno yang orang Jepun kepedasan tu. Cakap pun memang teratur, lemah lembut sangat, macam dah lama tak jumpa orang yang cakap sopan dan teratur macam tu, dengan nada suara yang sangat lembut. Rasa macam tengok teletubbies, eh silap, telemovie Sumpah Bunian kat TV3, yang Nora Danish jadi puteri bunian tu. Adik ni kalau orang cakap puteri bunian pun saya percaya. APSAL MACAM BANYAK SANGAT MACAM DALAM PERENGGAN NI, EH?
Lepas duit dan CD bertukar tangan, dan saya selesai isi minyak, saya ingat adik tu akan cuma cakap “Terima kasih, kakak” lepas tu terus pergi, macam selalu budak-budak tu buat. Tapi adik tu ada bagi ‘pakej tambahan’ pulak lagi dan saya rasa pakej tambahan dia tu sangat ikhlas. Fine, ikhlas atau tidak hanya Allah yang tahu, tapi memang straight kena ke jantung dan sanubari lah. Adik tu kata “Terima kasih, kak. Allah saja yang dapat membalas jasa kakak, semoga Allah murahkan rezeki kakak” sambil senyum yang sumpah sangat manis dan ikhlas, sampai saya serta-merta rasa sebak. Cara dia cakap ayat tu, bukan macam telemarketer cakap kat telefon, yang ayat die dah siap skrip yang dah hafal melekat dalam kepala, bukan macam kebiasaan budak-budak jual kalendar ni yang bila cakap terima kasih pun macam sebab terpaksa cakap je.
Saya masuk kereta dan perhatikan adik tu pergi kat pelanggan lain di stesen minyak tu. Waktu tu saya harap all those people jugak akan rasa touched, macam yang saya rasa. Rasa touched sampai bila drive pun masih senyum dan sampai cakap sorang-sorang. Tiba-tiba…isk..isk… saya jadi sebak sampai menitik air mata. Saya teringat satu situasi masa saya kat rumah ASDAF satu masa dulu. Apa you all rasa bila tengok gambar di bawah?

White board di dalam surau Rumah ASDAF

Salah seorang kanak-kanak yang menghuni Asrama Damai, Kuang
WALAU APA JUGA MOTIF ASAL ADIK MANIS TU DIHANTAR UNTUK JUAL CD TU, SAYA HARAP ALLAH AKAN MEMBERIKAN KEBAHAGIAN DI DUNIA DAN AKHIRAT UNTUK DIA, DAN AKAN SELAMATKAN DIA DARIPADA DIPERGUNAKAN ATAU DIANIAYA OLEH SESIAPA PUN.
Note : Entry saya kali ni emo sikit, sorry. Huuuuuuuuuuuu…..
Popularity: 7% [?]
No comments



















































