Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age
Susun, Kunci, dan Bintangkan
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
Perlukah Ucapan Happy New Year 2010?
Entry serius : Sedalam Mana Cintamu. Wahh…
A Part Of Me That I Have Not Given Enough Focus To.
Music keeps me moving. Kalau buat kerja, menghadap komputer tanpa bunyi-bunyian, rasa sangat sunyi dan sangat kosong otak tidak beridea. I’m a universal music lover. Saya tak punya satu genre tertentu yang saya minati. Bila saya rasa rebellious, saya suka muzik yang bising. Tapi bukan yang bising menjerit tak tentu nada dan butir liriknya. Bila saya rasa lost, saya dengar saja lagu apa-apa atau entah apa-apa. Bila saya rasa perlukan inspirasi dan motivasi, saya dengar lagu ermmm..tak payahlah cakap, nanti kamu tak percaya atau mungkin kata saya making up story. Bila saya rasa nak berkreativiti, saya suka muzik jazz. Owh, jazz tak pernah gagal mengstimulate saya. Pendek kata, I listen to all sorts of music/song from, Al Jarreau, Dave Koz, Nirvana, Metallica, Tokyo Ska Paradise, or even Anuar Zain and Estranged (to name a few). So, please don’t judge me by what I listen to, coz you might not know why I choose to listen to certain song/music. I am fussy, and when it comes to music, I’m a little more fussy than I already am. hahahaha…Fussy lah sangattt…Tak ada taste langsung, as some of you may say, kut?
Di rumah saya ada electronic organ, flute, saxophone, gitar, drum stick (bukan peha ayam), tamborine, dan apa nama yang macam gendang tu. Semuanya saya tau main-main. Aha, sila faham dengan betul, main-main saja.
Organ/piano : Saya pertama kali sentuh piano masa umur saya 7 tahun, ada sekolah muzik buat preview, anak-anak ajak mak bapak datang untuk sesi belajar main organ percuma selama 1 jam. Lepas tu kalau berminat boleh sign up. Tapi keluarga kami tak mampu ketika itu, tak mungkin saya dihantar belajar kelas tambahan yang memerlukan belanja tambahan (Kelas taekwondo pun saya minta berhenti walaupun dapat double promotion dan sangat banggga kembang kempis hidung kena puji dengan cikgu taekwondo woohh, sebab saya rasa tak mahu bebankan Abah dengan belanja tambahan. Shhhh..jangan beritahu bapa saya, sebab saya kata saya nak berhenti sebab sakit perut lepas kena sparing dengan budak 3 tahun lebih tua dari saya). Masa tu di rumah saya pun belum ada organ, tapi saya tau bapa saya boleh bermain piano. Jadi, tanpa piano/organ di rumah, macam mana saya nak belajar dari Abah. Kan? Hasrat belajar piano bersama kawan-kawan punah di situ. Haishh, nak berkawan-kawan yang lebih, sebenarnya.
Tapi, bila pergi beraya rumah kawan-kawan abah, atau saudara, kalau mereka ada keyboard/piano di rumah, sudah mesti itu jadi tumpuan utama saya. Kuih raya warna-warni kah, baju raya kau beropol-ropol macam lapik meja kah, semua saya tak layan, terus tuju ke keyboard sambil buat muka comel minta pakcik/makcik tolong pasangkan suisnya. Saya main dengan hati je. Ecewahh.. Yelah main dengan hati, sebab saya tak belajar secara formal dan saya tak tahu nota apa yang sedang saya tekan. Yang penting, bunyinya menjadi dan boleh diterima telinga dan akal. Kalau sekarang kamu suruh saya baca ‘taugeh berirama’ tu pun, mungkin hujung minggu nanti baru saya bole hum irama-irama taugeh tu dengan sampai habis, sebab saya ‘buta taugeh’. Erkkk, agaknya sebab saya tak suka makan sayur taugeh ke?
Tambah pula, abah tak suka spoon-feed anak-anaknya. Bila rumah kami sudah ada organ, Abah beri saya buku untuk belajar sendiri bermain piano (kalau saya mahu). Tapi sampai ke sudah, tak pandai juga. Haish.. Sampai sekarang masih lagi main organ dengan hati, dan main-main. :p
Saxophone/flute : Saya rasa tak pernah sekali saya cuba tiup saxophone kepunyaan Abah tanpa menghasilkan muka merah padam. Azabnya nak tiup sampai rasa boleh terkeluar segala yang boleh terkeluar. Cuma bunyinya saja yang tak keluar seperti yang diharap. Saya tak cukup kesabaran untuk belajar meniup sehingga betul, kut. Atau tak cukup simpanan angin di dalam perut untuk meniup saxophone seperti Abah :p :

Gitar : Lewat tahun 2002, saya beritahu Abah saya berminat nak belajar main gitar. Seminggu selepas itu, Abah bawa pulang sebuah gitar Santa Cruz tangan kedua (2nd hand lah), yang di beli dari seorang kawannya yang menjual peralatan studionya. Sudah tentu, kena belajar sendiri juga, sebab masa tu saya masih belajar di Skudai, internet pun tak ada, yang ada cuma buku chord lagu harga RM5.00. Boleh la sikit-sikit, tapi sikit-sikit tu masih sikit-sikit sampai sekarang. Azrul, adik lelaki saya yang belajar main gitar selepas saya, pun dah lebih pandai dari saya.
Drum : Ahaaaa..ini cita-cita yang masih belum tercapai. Kalau ada masa terluang (dan duit terlebih, of course), saya nak belajar asas bermain drum pula.
And why am I writing about this today? Well, I guess it’s part of who I am and I’m part of my dad, so these facts deserve an entry (or several) in this blog. My dad is neither a part-time nor a full-time musician, he’s a LIFETIME MUSICIAN for he has been a musician for as long as I can remember. He sings for corporate and royal events, and he also plays saxophone. He learned music the hard way, and I’m proud of him. He is a loving father and husband, a talented musician and singer, and a dedicated wealth consultant. He’s my hero, now and forever.
Setiap manusia dilahirkan dengan bermacam-macam anugerah. Bukan hanya satu. Cuma, semakin manusia sibuk bekerja dan dilalaikan dengan segala permasalahan harian, kita lupa untuk memberi tumpuan kepada anugerah yang lain-lainnya. Saya bukan hanya bercakap tentang anugerah bakat, tapi saya juga cakap tentang segala anugerah lain – hidup, keluarga, dan segala yang ada di sekeliling kita. Dan bila satu hari nanti kita kehilangan salah satu daripada anugerah-anugerah ini, masa itu kah nanti baru kita sedar kewujudannya? Ok, Aziel. Pergi sambung kerja kau…. Daaaaa…
No comments
You need to log in to vote
The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.
Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.
Powered by Vote It Up



















































