Nov 06 2009

Cuba Uji Otak Sendiri Di Kala Mata Sedang Layu dan Katil Memanggil-manggil Sayup

Macam yang baru saja saya tweet di Twitter saya sekejap tadi, sekarang ni kalau boleh nak letak batang mancis kat mata. Tapi, takdenye saya nak buat macam tu, ingat kelakar? Hahaha…dah mengantuk mula rasa nak marah. Dah lah 2 hari ni, Lightroom ‘bergurau’ dengan saya bila dia hang masa saya sedang bekerja dengan penuh dedikasi dan konsentrasi yang jitu! Kalau Lightroom ialah seorang manusia, saya dah cekak leher dia can kata “Tak kelakar, tau?”. Hahahahaa..(Ketawa sendiri walaupun kamu tak ketawa bersama saya, tolonglah ketawa. Ketawalah…. Aku mengantuk ni, weyh..!)

Nasib baik saya sedang mengedit gambar-gambar graduasi kanak-kanak 17 tahun. Ahahaha…padan muka kau orang, aku panggil kau kanak-kanak. Ok lah, up sikit, REMAJA lah.. Dulu zaman saya seumur mereka 4 tahun dulu (eceh) saya memang masih boleh dipanggil kanak-kanak. Sebab masa tu, masing-masing memang sumpah tak akan pakai lipstik. Kasut pun jangan harap kami sanggup nak pakai yang tapaknya cuma tinggi di bahagian tumit tetapi tidak di bahagian lain. Mungkin ada jugak yang teringin nak pakai, tapi takut kena bahan dengan budak lelaki. Mulut diorang, Masya Allah, bahan orang sampai rasa tak nak keluar pegi sekolah lagi.

Tapi adik-adik sekarang yang seusia saya 4 tahun dulu (uuuu..muda remaja lagi aku tau… :p ), dah pandai pakai lipstik merah keluar pegi pasar malam. Dah pandai pakai kasut tumit tinggi 5 inci, yang mana saya cuma berani pakai masa umur saya 21 tahun masa convocation pertama saya di UTM.   Itupun, lepas selesai majlis convocation dan sesi bergambar-gambar poyo dan lacur-kamera di luar dewan, terus saya cabut kasut dan sanggup jalan kaki ayam. Jauh tu, kena turun bukit lagi. Huh, bukan Elyana si penyanyi tu saja yang cool sebab berani jalan kaki ayam, tahu? Saya dah buat dulu, tak heran pun.. Booo.. :p

Selepas insiden pertama tu, taubat tak pakai kasut tumit tinggi lagi, sehinggalah roda hidup saya berputar ke bawah, bila saya terpaksa bekerja sebagai kerani dan tak mampu bertukar ganti baju baru selalu-selalu. Jadi, tukar kasut sajalah dapat buat saya rasa happy sikit, sebab merasa juga membelikan diri sendiri sesuatu dengan gaji lebih kurang RM700++ sebulan ketika itu. Bermulalah kegilaan saya terhadap kasut tinggi.

Eh??? Lightroom ni dah habis eksporting?? Hoyeaahhh… Nak tidur…!! Hahahaha..sengaja aku nak tinggalkan korang tertanya-tanya apakah motif blog entry kali ini? Hahahaha…. Motif nya saya cuma nak cakap :

Kasut amoi masa graduasi sekolah tu, sangat cantik, dowh…. Sampai cikgu pun jeling sama, takut kantoi anak murid tahu cikgu suka kasut dia. Hikhikhik…Tak apa, cikgu, saya pun suka kasut tu. Hihihihi…

P.s : Malas nak letak gambar. Entry bodoh  penuh muka taip semata-mata. Menunjukkan saya betul-betul mengantuk dan tak sabar nak tidur. Sekian. ZZZZZZzzzzzzzzzzzz

Popularity: 15% [?]

No related posts.

Love it? Share it.
de.licio.usdiggemailfacebookfriendfeedgoogle bookmarkslinkedinmixxmyspacenetvibesnewsvineposterousredditrssstumbleupontechnoratitumblrtwitteryahoobuzzyahoomywebadd to favoritesmisterwongprint friendlyPDF
Posted in My love on Nov 06 by Aziel Azhar | PrintText Resizer Text Resizer 3 comments

3 Commentsleave a comment

  • okeh… selalu nk tanya tp tak berpeluang.
    ape beza lightroom dgn photoshop?
    best tk guna lightroom. aku dapat taw ramai photographer nk edit lite2 gambar pakai lightroom, klu nk buat heavyduty editing baru guna photoshop. hurm…

    • Lightroom dgn photoshop lebih kurg sama je objektif die-utk edit gmbr. Tapi advantage lightroom utk buat batch processing.so kalo gambar2 beribu2, takdelah masak nk edit 1-1 dlm photoshop. Lightroom pun boleh jugak buat ‘heavy duty’ editing, cuma ada certain works yg maybe kena jugak guna photoshop utk lebih detail. Pastu kat LR boleh terus buat catalog, keywording, n browsing of all photos yg kite pernah edit, so senang nak ‘korek’ balik kat mana kita simpan gmbr2 lama. Mcm aku, 90% kerja aku guna LR skrg, sbb mmg advantage gile, like all in one. Demikianlah kelas kita utk hari ini. :p

Leave a Reply

Back to Top
 
close

You need to log in to vote

The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.

Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.

Powered by Vote It Up