Selalu rasa macam nak berdiam diri tanpa menulis apa-apa di sini. Selalunya bila keluar rumah atau pergi mana-mana, ada saja idea nak menulis, rasa macam itu jam jugak mau tulis. Tapi bila dah menghadap komputer, lari lintang pukang semua idea tu. Ada mobile blogging apps dalam phone pun, tak ingat jugak nak gunakan sebaik mungkin. [...]" /> Entry Kedekut : Fail To Plan or Plan To Fail? You decide. | AADA
Nov 10 2009

Entry Kedekut : Fail To Plan or Plan To Fail? You decide.

Selalu rasa macam nak berdiam diri tanpa menulis apa-apa di sini. Selalunya bila keluar rumah atau pergi mana-mana, ada saja idea nak menulis, rasa macam itu jam jugak mau tulis. Tapi bila dah menghadap komputer, lari lintang pukang semua idea tu. Ada mobile blogging apps dalam phone pun, tak ingat jugak nak gunakan sebaik mungkin. Mungkin sebab dah terbiasa dengan handphone as a handphone. Sejak zaman handphone pertama, Motorola yang tebal dan padat tu, kemudian beberapa siri handphone lain seperti Nokia 3310 a.k.a handphone pemadam (sebab memang besar kan, macam pemadam papan hitam/white board tu), sampailah handphone yang sebelum ni Sony anak Eric (entah handphone yang ke berapa), a handphone was just a handphone to me.

Selepas Bucacit menghadiahkan Nokia E71, my handphone is everything to me. Eh eh, cerita pasal handphone pulak lebih.

Nak blog sikit saja hari ini. Just sharing a reminder with you :

fail-to-plan-inspiredmommiedesignsIt’s true, tau. Ramai antara kita suka kata “Just go with the flow”, tapi why go with the flow if you can plan wisely? Tak kan mudah sangat kita nak kata “kalau dah nak jadi, nak buat macam mana? Dah takdir?” Wah, wah…

Ada satu cerita yang saya dengar, kisah suami-isteri yang sedang dalam proses perceraian. Bila hakim tanya si suami, apa halnya dengan rumahtangga mereka, si suami mengadu isterinya tak dengar cakap, lalu lari balik ke rumah orang tua. Bila hakim tanya si isteri, si isteri mendedahkan perihal suaminya ‘mengkaki-tangan’kan dia. Itu belum lagi kisah si suami yang mengamalkan konsep “Duit aku, duit aku. Duit kau, duit aku”. Eh, bukan isteri kah yang selalunya berkonsep begitu?

Kemudian hakim tanyakan kepada si suami, “Kalau bercerai hari ini, apa kata kamu?”. Si suami jawab “Terimalah, dah takdir”. Lalu hakim bagi ayat yang paling best kepada si suami : ” Kalau sekarang kamu nak makan, dan suakan tangan kamu ke mulut untuk menyuap makanan, tapi tak ada nasi dalam tangan kamu. Takkan kamu nak kata “Dah takdir”…?” ”

Ambik kau ubat…! :p High-five sikit kat tuan hakim! Hahaha…

Jadi, dalam apa-apa jua perkara dalam hidup, kita mesti ada perancangan. Kalau tak mampu merancang yang besar dan hebat, cukup merancang apa yang patut dan perlu. Jangan tak merancang langsung. Dan bila dah merancang tu, work your plan. Jangan rancangan tinggal rancangan, kau ingat ini rancangan TV?

Saya juga sedang menambah 1 lagi perkara dalam senarai perancangan saya.Minggu lepas saya tengok ‘This Is It!’, kemudian esoknya berjalan-jalan di Ampang Point, terjumpa 2-3 buah buku yang buat saya kata “This is it!” pada diri sendiri. Eh eh, macam petanda pulak. O yes, sometimes in life, kita akan jumpa petanda-petanda, cuma samada kita perasan atau tidak, je. Open up your heart, and you’ll see.

So, apa plan saya untuk sekarang? Plan saya sekarang adalah, untuk tidur! :D . Bye…! (entry bikin panas je kan?Hahahaa..)

Advertisement
Related Posts with Thumbnails

   

Popularity: 3% [?]

Love it? Share it.
de.licio.usdiggemailfacebookfriendfeedgoogle bookmarkslinkedinmixxmyspacenetvibesnewsvineposterousredditrssstumbleupontechnoratitumblrtwitteryahoobuzzyahoomywebadd to favoritesmisterwongprint friendlyPDF

One Commentleave a comment

Leave a Reply

Back to Top