The Day I Look Back and Smiled, Laughed and Cried.
Pssttt… Jom Jadi Alien! :p
A quick update on what's new in STORE. Yes, store. *giggles*
Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age
Susun, Kunci, dan Bintangkan
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
It’s All About YOU!
Jangan kata “Saya tak ada masa”, nanti betul-betul tak ada masa, padan muko ekau.
Manusia memang tak pernah cukup, kan? Elok-elok dibagi 24 jam sehari, masih lagi kata tak cukup masa. Berangan pulak kalau sehari ada 48 jam. Eh eh, pandai pulak kau nak kata 48 jam tu terbaik untuk memenuhi semua keperluan kau dalam sehari. Owh..tidak…bukan saya. Kalau saya rasa tertekan kerana kesuntukan masa, saya tak menyalahkan sehari ada 24 jam. Saya salahkan diri sendiri lah. God is Super Duper Genius, thus, He knows whats best for us. Hence, 24 hours in a day.
As for me, I blame myself for having both Perfect Melancholy and Powerful Choleric temperament dominantly. Apa tu? Go read Personality Plus by Florence Littauer. In a way, saya bersyukur saya memiliki kedua-dua temperament itu, sebab ia sangat mengimbangi antara satu sama lain. Cuma, kadang-kadang I got carried away with the Perfect Melancholy temperament, yang membuatkan saya berkata ” kalau tak sempurna, lebih baik tak payah”. Macam, nak tulis blog pun, kalau selagi idea tu tak muncul seketul bulat di belakang minda saya (at the back of my mind, that is..haha), saya tak akan mula menulis. Padahal, kalau saya dapat mengatasi tekanan perfect melancholy tu dan terus mula menekan papan kekunci tanpa menunggu idea itu lengkap di belakang minda, eventually, the idea will form completely as I continue typing. Kan? Kan? Kan? Sila jawap betul x3 :p.
Saya malu untuk mengaku saya seorang perfectionist walaupun hasil pembacaan buku itu membuktikan itu, kerana saya rasa saya tidak cukup perfect untuk menjadi perfectionist. Lihat saja layout/theme blog ini, masih lagi berupa cendol basi sebab terkandas pengubahsuaiannya di tengah jalan. Maybe I’m not perfectly a perfectionist like those out there, tapi ada lah sedikit tempias-tempiasnya, dan kerana itu, mujur saya juga memiliki temperament Powerful Cholleric. Oh yes, did I mention that a Perfect Melancholy personality mempunyai hati yang ‘halus’ dan mudah tersentuh. Hahaha…DIAM KAU KAWAN-KAWAN, mesti korang nak kata “Ye ke kau ni? “, hahaha.. Sebab tu lah saya kata, Powerful Choleric dalam diri saya mengimbangi kelemahan itu. Hahaha..Owh, adakah itu kelemahan, atau kelebihan? Errmmm..
Senang cerita, begini. If I only have a dominant Powerful Choleric temperament, anda mungkin tidak suka saya menjadi bos anda, saya mungkin sangat degil, saya mungkin adakalanya terlalu mendesak, but I have tendency to become a good leader dan sangat confident (aauuww..kipas-kipas diri sendiri), dan boleh dikatakan seorang yang management-oriented type. On the other hand, if I only have a dominant Perfect Melancholy temparament, anda mungkin akan rasa saya bijak (auuww lagi…sila bergegas ke tandas untuk muntah :p), musically/artistically gifted (see? I didn’t make it up myself, occay? :p) saya mungkin memiliki banyak senarai itu dan senarai ini yang tak berkesudahan, saya selalu berfikir dan menganalisis walaupun ketika sedang memakai eyeliner sampaikan ex-roommate saya pernah kata “Janganlah serius sangat kalau nak pakai celak pun”, hahahaha…

Brief description of all 4 temperaments
Well, sebenarnya tidak salah memiliki mana-mana temperament tersebut (2 lagi adalah Popular Sanguine dan Peaceful Phlegmatic), cuma setiap temperament mempunyai upside and downside tersendiri, dan hanya selepas kita mengenali which temperament we belong to, barulah kita betul-betul faham why we are like this, and why other people are like that. True! Sebab, saya, a Powerful Cholleric and Perfect Melancholy, tertarik dan (sedang) mempunyai hubungan dengan seorang yang Peaceful Phlegmatic, dan saya ngam dengan seorang rakan yang Popular Sanguine. I mean, how complete is that, weh?
Jadi, which group of temperament do you belong? Care to have a short test of your own personality before getting yourself a copy of the book for further reading? Check this out , yeah! By the way, ini bukan macam kuiz-kuiz mintak pelempang macam di FB tu yang bertajuk “Siapa jodoh anda”, atau “Bila anda akan berkahwin”, atau “Which Supermodel Are You”, atau “Are You A Fashionista?”, atau even worse, “Ramalan Tok Nujum” ok? So, tak perlu nak maki hamun Tok Nujum kerana meramalkan anda akan break up dengan boyfriend anda kerana dia ada skandal dengan mak datin. (Hahaha, rasa nak lempang tak orang yang gatal buat kuiz tu lepas tu emo tak tentu pasal? Yang kau percaya sangat kuiz tu apa pasal?)
Owh, when I first ’studied’ myself after reading the book, I discovered that I am a balanced Choleric/Melancholy. But today, I tested myself (again) and guess what?

Well, people change with time, which is so true..! I hope it’s a good sign, because saya sedar saya memang perlu memperbaiki the downside of my choleric temperament. Now, mungkin saya perlu belajar menjadi sedikit Sanguine. Nani, di mana kamu? Jom lepak mamak! Hahahaha..
So, kalau kamu selalu rasa kamu ada masalah dengan masa yang tak cukup, atau hati yang tak bahagia, atau perancangan yang tak pernah siap, atau belanja rumah/harian yang tak pernah cukup, atau kawan-kawan yang tak pernah menyenangkan hati, atau boyfriend yang tak pernah memahami, atau seluruh dunia yang tak peduli; saya dengan kuatnya menyarankan (I strongly suggest, lah. :p) kamu cari dan baca buku ini, sebab kamu perlu pertama sekali mengenal diri kamu, sebelum kamu mengenal dan menerima diri orang lain. I first read this book like 8 months ago masa saya pergi bercuti di Pulau Perhentian, dan saya tidak dapat berhenti berkata “ooh, patutlah..” setiap kali saya habis membaca mengenai setiap temperament. Bacalah wei…!!!Tapi kalau kau malas membaca, hinggakan suruh baca profile page kat Facebook pun kamu kata “Letih lah nak baca”, I rest my case lah. Dasar pemalas sungguh kamu! Dah la malas baca, lepas tu nak ‘chatting’ kat wall macam nak berkenalan dengan budak sekolah tingkatan 1. Budak sekolah pun dah tak berkenalan cara macam tu lagi, weh… Eh, eh, saya patut simpan hal Facebook tu untuk entry yang lain.
So, friends, kalau anda betul-betul mahu mengenali kelemahan dan kelebihan diri sendiri, dan bersedia membuat perubahan untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup anda, consider reading this book, and start making a change, like, NOW!
Wooohh… Aku berjaya menghabiskan entry ini, woh… woot!woot!
No comments
You need to log in to vote
The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.
Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.
Powered by Vote It Up



















































