Nov 24 2009

Kawan-kawan Adalah Macam Bintang : Tak Selalu Kelihatan, Tapi Sentiasa Ada

Note : Blog entry kali ini mungkin menggunakan ejaan dan bahasa yang tidak menepati piawaian blog ini seperti selalunya. Sekali-sekala myols nak guna bahasa uols jugak… :p

Jangan tanya kenapa namanya Pichang. Aku pun tak ingat macam mana istilah Pichang ni jadi glamour masa zaman sekolah dulu, tapi memang itu saja nama yang paling catchy yang boleh di-relate-kan dengan geng ni. Perjumpaan terakhir masa bulan puasa yang lepas. Kali ni, perjumpaan julung-julung kalinya, chewah, disertai oleh Sasri, our friend yang duduk ‘London’ 10 tahun sampai dah tak kenal jalan sama ada kat Seremban mahupun KL. Hahahaha… London lah sangat! :p

Lepas siri perbincangan panjang berjela di kotak masuk FB, termasuklah siri latihan berkomunikasi sesama sendiri menggunakan nama sendiri untuk kelihatan lebih manja, akhirnya menjadi jugak gathering yang tak disangka-sangka ni. Best tau Ros, Yan & Shima. Isk..isk.. Takpe, lain kali kita jumpa lagi.

Aku sayang gila geng Pichang ni, sebab sepanjang zaman sekolah, inilah kawan-kawan yang masih selalu keep in touch sampai sekarang.  Walaupun aku sekolah MGS dari darjah 1 sampai awal tingkatan 4, dekat 12 tahun uols, tapi geng pichang yang aku kenal 2 tahun je kat sekolah yang paling ramai pelajar yang cun² tu jugaklah yang paling happening sampai sekarang. I tell you, perangai masing-masing tetap sama macam dulu, especially bab ketawa dan buat lawak bagai nak rak, tahap tak cover langsung dengan ahli Kelab Kipas Geng Pichang yang terdiri daripada para suami dan boipren.  Owh, not to mention, ketawa si Salwa yang paling mahal sebab dari jauh orang boleh kenal dan confirm tak silap orang. Kelas, uols. Hahaha…ampun, Salwa ;) . To all members of the fan club(lah sangat), weols luv uols so much lah sebab sangat sporting, sudi menjaga Pichang juniors dan berborak sesama sendiri sementara weols berlonggok-longgok berjam-jam membincangkan topik-topik hangat dewan undangan Pichang seperti isu Pasah Sandah dan Pasah Sandah version lelaki.

Minggu lepas ada orang tanya aku, masa aku lepak mamak dengan Sasri “Korang ni teman sepermainan ke sepekerjaan?” . Kitorang pun jawab, macam-macam se – sepanjat bumbung hostel, seseludup masuk dewan makan tengah-tengah malam, setidur kat jalan tar sebab kena denda, macam-macam se lagi ada. Macam-macam perangai ada dalam geng Pichang ni. Bergaduh, panjat bumbung asrama pastu main coin spirit, seludup ikut longkang besar sebab nak beli mee bandung kat gerai depan sekolah lepas tu  jenguk kepala keluar dari longkang je, tu dia, Ustaz Pok Ya ada di sittew. Ahahaha. Curi main beskal anak ketua warden pastu pakat tak nak ngaku, menyorok ramai-ramai dalam 1 bilik mandi bila ponteng kelas prep pastu warden buat spotcheck, segala macam bagai kenakalan ada. Owh, belum lagi cerita berlakon ‘teater musikal pendek’ berkonsep Back Street Boys walaupun event tu digam sekeras-kerasnya oleh para cikgu-cikgi masa tu, still buat selamba kodok jeww..Sumpah kalau anak-anak masing-masing tengok gambar mak-mak diorang masa sekolah, mesti kena kutuk kaw-kaw :.

Masa zaman tu memang kitorang lah dorm yang paling banyak create problems. nama je dorm yang paling banyak Exco dok ada dalam tu, tapi paling banyak juge syaitonirrojim. Hahahaha. But, biarlah ape pun kisah dulu-dulu, weols sekarang dengan bangganya maintain muda dan ceria sampai sekarang walaupun ada yang dah jadi mak orang, thanks to all the gelak-gelak tak hingat :p . Rahsia tu, uols.. Jangan tua sebelum waktunya!

So, hari Sabtu lepas kitorang pergi serang rumah End, walaupun ada sebahagian ahli geng Pichang tak dapat join, takpe, there will be next time, and you are always welcome, kan? Lagipun, korang tak join bukan sebab ‘korang tak rapat dengan kitorang’, kan? Ouchhh! Siapa terasa teww…? Ahaks.  So, siapa yang hadir dalam perhimpunan tu, chekidaut :

Ad,Aziel bangga Ad yang paling awal datang.... :p ..haikkk tuihhh....

Perempuan ni nak bangga lebih-lebih sebab dia yang paling awal sampai. Sila simpan bangga kau dalam poket, sebab obviously kau yang paling dekat sekali dengan rumah End. Myol tak impress langsung uols.. :p. Ok, aku letak gambar kau yang paling decent dalam simpanan aku nih, so don't worry you can still brag on the gym membership, hoccay...?

Lepas Ad, aku dengan Sasri pulak yang sampai, diikuti dengan Zaiha dan...

Lepas Ad, aku dengan Sasri pulak yang sampai, diikuti dengan Zaiha. Zaiha ni maintain je dan makin dabom pulak aku tengok. Jeles myols.. :p

...dan Inn & juniornya. Inn tak bawak pulak ahli baru kelab sokongan Geng pichang..amboi amboi...baru nak welkam to d club... :p

Inn datang dengan juniornya (owhh...juniornye dalam gambar lain) dan meninggalkan ahli kelab kipas geng Pichang yang sepatutnya dibawak buat julung-julung kalinya ke aktiviti geng Pichang.

Nampaknya kakchik dengan jayanya melepasi latihan memegang bayi 1 bulan. Pegang sebelah tangan je, uols... :p
Nampaknya kakchik dengan jayanya melepasi ujian memegang bayi berumur 1 bulan. Pegang sebelah tangan je, uols… :p. Itu baby Irfan, ahli baru Pichang Junior. ;) . Kakchik pun tak bawak ahli kelab sokongan. Kipas kau dengan kipas aku pakat kut, Kakchik?

Lepas tu, aku dah tak ingat dah siapa datang dulu, siapa datang kemudian.. sebab lama tunggu nak start makan. Hahahaha…Ala…lupa nak amik gambar makanan la, sebab aku sampai tak terlarat nak makan dah, dah kenyang dengan gelak. Aku rasa, aku banyak makan muruku dengan buah je, yang lain sumenye jamah sikit-sikit je, janji tak kempunan dan pulang dengan senyuman.

Tengok semua pandang Kakchik. Tengah mencekik pun boleh bergossip lagi masing-masing

Tengok semua pandang Kakchik. Rufie dengan End kusyuk dengar Kakchik temberang. Ishing, Inn & Ad plak dengar Sasri punya temberang. Berebut-rebut semua nak bercakap serentak.

Kelihatan Kakchik begitu bersungguh-sungguh memperkuatkan hujahnya, diperhatikan oleh setiausahanya Rufie. :p

Kelihatan Kakchik begitu bersungguh-sungguh membahaskan hujahnya, diperhatikan oleh setiausahanya Rufie, dan juga seekor monyet yang bergayut di langsir. Kalau monyet tu boleh bercakap, dia dah kata "Tipu....tipu....tipu..." :p

Ishing dengan Am menyembunyikan ketupat yang mereka anyam dengan menganyam secara halus di antara mereka berdua. Hahaha..

Ishing dengan Am menyembunyikan ketupat yang mereka anyam dengan menganyam secara halus di antara mereka berdua. Hahaha..

Memperkenalkan YB sate, cik Salwa. Dari jauh kau gelak, walaupun dalam gelap, aku boleh kenal itu kau sebab gelak tak berubah. Hahaha

Memperkenalkan YB sate, cik Salwa. Dari jauh kau gelak, walaupun dalam gelap, aku boleh kenal itu kau sebab gelak tak berubah. Hahaha

Sempat jugak jumpa Sai yang paling dirindui (Aku rindu chocolate moist cake yang selalu order kat ko, Sai. Takde bahan aku nak buat buah tangan Raya untuk mak & bakal mak mentua aku. Ahaks..) Kesian Luqman Hakim sebab terlock dalam kereta masa dorg on the way nak datang. Dapat jumpa Sai sekejap je sebab dah berjam-jam berhimpun kat rumah End kitorang tak reti-reti nak balik.

Sempat jugak jumpa Sai yang paling dirindui (Aku rindu chocolate moist cake yang selalu order kat ko, Sai. Takde bahan aku nak buat buah tangan Raya untuk mak & bakal mak mentua aku. Tahun lepas, aku buat sendiri choc moist cake untuk depa, sampai ada yang kata aku nak buat bisnes kek. Ahaks..) Kesian Luqman Hakim sebab terlock dalam kereta masa diorang on their way nak datang. Dapat jumpa Sai sekejap je sebab dah berjam-jam berhimpun kat rumah End, kitorang jadi segan sebab tak reti-reti nak balik. Hahaha...

Dan keseronokan geng pichang dikongsi jugak oleh pichang juniors. Kat luar nampak macam ‘kawan tipu-tipu’ je :

From left: Tisya (Inn junior), Filzah (End junior I), Farissa (End junior II)

From left: Tisya (Inn junior), Filzah (End junior I), Farissa (End junior II)

Tapi rupa-rupanya dalam bilik, diorang kemain ber’tawan-tawan’ sakan.

From left : Putri Z(Lupa lah nama penuh dia - Ishing junior I), Zalia (Ishing junior II), Farissa, Tisya & Filzah

From left : Putri (Ishing junior I), Zalia (Ishing junior II), Farissa, Tisya & Filzah

Bukan main 'photogedik' masing-masing. Nasib baik comel-comel dan cun-cun belaka, macam kawan-kawan mak diorang. Eh..? Hahaha..

Bukan main 'photogedik' masing-masing. Nasib baik comel-comel dan cun-cun belaka, macam kawan-kawan mak diorang. Eh..? Hahaha..

Oleh kerana baby Irfan kecik lagi, jadi satu-satunya junior lelaki, Luqman Hakim, berkepit je dengan mak dia. Obviously, Hakim tak boleh nak main-main dengan Irfan lah, sebab Irfan tak reti main apa-apa lagi, kan. Dan takkan Hakim nak main anak patung dengan all the girls pulak.  So, Hakim memang stick with mama dia je lah.

Dan jangan haraplah geng pichang yang cun-cun dan hot-hot meletops tebabow belaka ni dapat bersidang dengan rancaknya kalau tak ada ahli kelab kipas nya yang  hensem-hensem belaka (haruslah puji, boleh buat selalu :p), cukup sporting dan setia menjaga pichang juniors berjam-jam lamanya. Cuma kali ni, ahli kelab kipas kurang kehadiran, sebab ada ahli senior yang ponteng.

Ni kira ahli senior Kelab Kipas Geng Pichang. Kiri : husband Ishing, kanan : tuan rumah, merangkap husband End

Ni kira ahli senior Kelab Kipas Geng Pichang. Kiri : husband Ishing, kanan : tuan rumah, merangkap husband End

Ni pulak kira ahli-ahli baru kelab kipas. Welcome to the club lah ye..

Ni pulak kira ahli-ahli baru kelab kipas. Welcome to the club lah ye..

Maka, tak sah pengakhiran persidangan tu kalau tak ada group photo. The camera loves us, sebab kami sangat dabom belaka. Ouch! :p

Mula-mula aku tak paham apa motif Sasri terselit kat belakang tu. Lepas tu baru aku tau, rupenye Sasri dengan Ad ada hati nak switch tempat kat belakang tu, tapi tak sedar bumper Skyline belaka, tak muat! Hahaha

Mula-mula aku tak paham apa motif Sasri dengan Ad terselit kat belakang tu. Lepas tu baru aku tau, rupenye diorang ada hati nak switch tempat kat belakang tu, tapi tak sedar bumper Skyline belaka, tak muat! Hahaha

Sasri teringat zaman panjat bumbung 'Aspuuuri Harmuuuni' (sila muncungkan mulut bila membacanya) dulu kot... :p

Sasri teringat zaman panjat bumbung 'Aspuuuri Harmuuuni' (sila muncungkan mulut bila membacanya) dulu kot... :p

Setelah bertungkus lumus mengecilkan bumper masing-masing

Setelah bertungkus lumus mengecilkan bumper masing-masing. Masya Allah, lengan aku, macam peha!

Pose "Pichang!". Aku baru perasan, tengok Filzah (End junior I), die cuba nak suruh adik dia pandang kamera. Hahahaha...

Pose "Pichang!". Aku baru perasan, tengok Filzah , beria die cuba nak suruh adik dia pandang kamera. Hahahaha...

Akhir sekali, pose yang paling glamer dalam album zaman sekolah dulu, pose 'pandang ke syurga'. Tapi syurga masing-masing berbeza kedudukan nampaknya. Ahahaha..

Akhir sekali, pose yang paling glamer dalam album zaman sekolah dulu, pose 'pandang ke syurga'. Tapi syurga masing-masing berbeza lokasi nampaknya. Ahahaha..

Gitulah ceritanya perhimpunan kat rumah End hari tu. Lepas tu, sebahagian kecil sambung pergi karaoke, tinggalkan End, walaupun End kata dia sanggup pergi pakai stokin tinggi. Jangan End, tunggu kau habis pantang, nanti kita second round. Ada yang sempat lagi ‘pos’ anak balik rumah, on the way nak pergi karaoke. Tidaklah aku nak pose gambar-gambar karaoke tu sekali di sini, cukuplah hanya di muka buku saje. Hahaha… Saje, tak nak nanti korang sibuk nak mintak sign kat dada kalau jumpa kitorang kat tengah jalan. Ahaks.. I’m going to hit the sack now. Esok, berderet lagi list kerja Cherita Pictures yang nak kena diselesaikan ASAP berkepul-kepul, uols. Harus Encik Padil marah nanti tengok aku asyik update blog sendiri. Ahahaha… Ok, gua chow dulu lah!

Nota toyol : Kakchik, blog kau dah bersawang, bila nak update? Oopss.. :p

Advertisement

Related Posts with Thumbnails

   

Popularity: 15% [?]

Love it? Share it.
de.licio.usdiggemailfacebookfriendfeedgoogle bookmarkslinkedinmixxmyspacenetvibesnewsvineposterousredditrssstumbleupontechnoratitumblrtwitteryahoobuzzyahoomywebadd to favoritesmisterwongprint friendlyPDF
Posted in Featured, My love on Nov 24 by Aziel Azhar | PrintText Resizer Text Resizer 1 Comment

One Commentleave a comment

  • huarghhhhhh..masa mencemburuiku yg jelita rupawan ini…kakakaka…
    btw…ohhhh..i likeeeeeee this entry…

Leave a Reply

Back to Top
 
close

You need to log in to vote

The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.

Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.

Powered by Vote It Up