Biasa dengar kan orang kata “Forgive and Forget”? Sebab banyak perkara yang kalau kita terlalu ingatkan, boleh menambah faktor dis-ease dalam badan, lepas tu lama-lama boleh bertukar jadi disease. Sebab tu orang zaman sekarang banyak penyakit berbanding tok nenek kita dulu-dulu. Dalam YM saya, saya biarkan settingnya supaya sentiasa simpan semua conversation dalam message archive. Sebab [...]" /> Maafkan Dan (Jangan) Lupakan (Terus) | AADA
Nov 14 2009

Maafkan Dan (Jangan) Lupakan (Terus)

forgive-4

Biasa dengar kan orang kata “Forgive and Forget”? Sebab banyak perkara yang kalau kita terlalu ingatkan, boleh menambah faktor dis-ease dalam badan, lepas tu lama-lama boleh bertukar jadi disease. Sebab tu orang zaman sekarang banyak penyakit berbanding tok nenek kita dulu-dulu.

Dalam YM saya, saya biarkan settingnya supaya sentiasa simpan semua conversation dalam message archive. Sebab kadang-kadang bila masa saya perlu rujuk balik perbualan tu, lebih mudah. Bukanlah saya ni tak ada kerja lain asyik nak baca balik conversation lama, tapi cuma simpan, manalah tau bila-bila diperlukan. Wohoooo, don’t get me wrong. Saya bukan jenis simpan conversation supaya boleh ditatap dan diratapi di kemudian  hari dan lepas tu emo lebih-lebih. NO WAY, I wont let myself stuck in the past sebab saya tak boleh cakap kat masa yang beredar supaya “Ehh, kau tunggu kejap kat situ, jangan bergerak, aku nak emo-emo sikit baca utusan-utusan cinta lama-lama ni..”. Hoi, mimpi pun kalau dia nak berhenti, dia berhenti je sesuka hati, tak ada nak tunggu kau. Macam mimpi saya malam tadi, wah syoknye uuuuuuu, rasa macam heroin filem cinta yang direbut 2 jejaka, lepas tu tengah klimaks cerita tu tiba-tiba boleh tersedar bunyi SMS masuk, dan Sodaqallahul’adzim..! Punah sudah mimpi indah, terus terjaga dari lena (eh macam sedap pulak bunyi ayat tu). Nak sambung tidur balik, tapi mimpi tu tak sambung lagi. Ahh, kecewa. OH, OK, AKU DAH BAWAK KORANG JAUH MENYIMPANG DARI ISI SEBENAR ENTRY NI. ZAASSSS…CANTASSS.

Setelah sekian lama, baru tadi saya menyahkan message archive tu, tapi dalam hati masih nak refer balik 1 conversation yang terbaru malam tadi. Bila semua conversation lain dah dinyahkan, dan tinggal 1 conversation yang ni,  chewah saya pun kononnya bersedia menarik nafas panjang, sitback kat kerusi kayu yang meleperkan punggung ini,  nak baca semula conversation yang saya target tu, bukan dengan niat untuk meng’dis-ease’kan diri sendiri tapi semata-mata untuk muhasabah diri. Sekali saya baca, eh ini bukan conversation yang tadi nih! Tengok tarikh, rupanya conversation yang bulan August 2008. Gila lama message archive ni tak disucikan.

Lepas tu, saya fikir balik, mungkin ada baiknya saya tak membaca conversation yang saya cari/target tu. Walaupun niat saya untuk mempelajari sesuatu daripadanya, tapi mungkin ini yang lebih baik – untuk tidak membaca terus. Walau apa pun yang cuba saya muhasabahkan diri daripada isi kandungan conversation tu, rasanya otak saya masih boleh ingat dan masih boleh learn something from it without even reading the conversation word by word. Siapa tau mungkin reading it line by line akan menimbulkan pemahaman/fikiran lain yang menambahkan sarat otak. This is the point  saya rasa, sebenarnya we should not forgive and forget, but we should forgive and learn.Yup, I’m telling this to myself, too. Because, kalau kita simply forgive and forget, nanti esok kita buat lagi mistake tu, tahun ni forgive and forget lagi, tahun depan timbul lagi masalah tu. Instead, kalau kita forgive and learn, hari ini kita akan forgive dan hari ini juga kita akan duduk diam dan fikir apa yang patut kita buat untuk perbaiki keadaan. Kan future boleh jadi lebih baik kalau macam tu?

Cuba bayangkan kalau hari ni kawan kita buat mistake, dia tak reti bawak motor, tapi dia nak bawak jugak lepas tu dia terlanggar kita. Kita pun forgive and forget. Esoknya, kita nampak dia datang lagi naik motor, tapi kita masih berdiri dengan handsome dan jelita kat tepi jalan tu, dan dia langgar kita lagi, hati mesti sudah panas kan? Mesti badan dah rasa menggeletar rasa nak maki syaitonirrojim, kan? Tulah, sapa suruh kau forget masa 1st time kena langgar tu? Patutnya kau forgive and learn. Kalau masa 1st time tu, kalau kita forgive and learn, patutnya kita perasan eh budak ni bawak motor terhoyong-hayang macam baru belajar. Jadi esoknya, bila kita nampak kawan yang sama, naik motor lagi, kita pun bersiap-sedia lah berdiri jauh sikit dari situ, supaya dia tak terlanggar kita. Barulah kehenseman dan kejelitaan masing-masing terpelihara. Jadi hati pun tak panas, dua-dua pun selamat.

Jadi, kesimpulan saya hari ini untuk terus kekal hensem dan jelita ialah :

  1. Forgive and learn. Not forgive and forget.
  2. Don’t get stuck in the past. You can learn from the past, but there’s no point being upset about it anymore. LEARN from it.
  3. Kalau jalan kaki, elakkan berjalan di atas laluan kenderaan untuk mengelakkan kemalangan. Unless kamu memang dah aim empunya kereta RX8 yang panas dan  hensem kemudian sengaja ‘mintak’ dilanggar olehnya supaya dia boleh hantar kamu ke hospital dan ada peluang untuk berkenalan. Hahahaha…so lame..! :p

To you (you know who you are), I’m just trying to be a better person for you and for myself. I’m learning to overcome my weakness, and I hope you do too. For there’s a bigger world waiting for us ahead, and a longer road for us to follow.

Advertisement
Related Posts with Thumbnails

   

Popularity: 5% [?]

Love it? Share it.
de.licio.usdiggemailfacebookfriendfeedgoogle bookmarkslinkedinmixxmyspacenetvibesnewsvineposterousredditrssstumbleupontechnoratitumblrtwitteryahoobuzzyahoomywebadd to favoritesmisterwongprint friendlyPDF

Leave a Reply

Back to Top
 
close

You need to log in to vote

The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.

Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.

Powered by Vote It Up