Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age
Susun, Kunci, dan Bintangkan
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
Perlukah Ucapan Happy New Year 2010?
Entry serius : Sedalam Mana Cintamu. Wahh…
Cepat Sangat Melatah, Kenapa?

Ramai memperkatakan isu kenaikan 200% kadar maskahwin di negeri Selangor, daripada RM80.00 kepada RM300.00. Ada yang kata patut, ada yang mengeluh “lambat lagilah nak kawin”, ada yang minta pengecualian untuk golongan tertentu. Paling kelakar, ada pulak melatah kata jurunikah pun nak buat bisnes. What??? Garu kepala sekejap. Apa kena mengena jurunikah dengan maskahwin, sia-sia dapat dosa ‘kerin’ (Ahaha, sengaja eja kering=kerin, sebab nak rhyme dengan kahwin. Comel tak? :p ).
Sejak keluar berita ni, banyaklah forum-forum, blog-blog dan status update di FB berdiskusi sakan. Amboi, kalau bab nak melantun, cepat je korang ‘mengreply’. Berapa peratus agaknya daripada yang ‘melantun’ tu ambil inisiatif nak pergi cari sumber rujukan lanjut berita tu, contoh paling mudah dan di hujung jari, tak kira jari kau gemuk atau kurus – pergi ke laman sesawang (wahh, bahasa aku, kelasss) JAIS.
Ada status FB seorang encik (tak nak panggil mamat, kasi up sikit) kat FB , ada komentar yang lebih kurang macam ini ayatnya “Memang patut pun, maskahwin tu hal wajib dan hak si isteri, hantaran tu adat, mana patut diutamakan”, tapi ada pula yang jawab “..tapi jangan pulak naikkan hantaran..”. Hah, sah kau ni baca tajuk saja, tak tahu isi kandungan. Bukan kandungan ibu mengandung ye.
Abang-abang yang cepat melatah sekalian, tujuan kenaikan maskahwin tu untuk ‘memansuhkan’ istilah wang hantaran perkahwinan, sebab lepas ni (mulai 1 Januari 2010), apa saja nilai wang hantaran perkahwinan, akan dikira sebagai mas kahwin, maka akan disebut dalam akad nikah, dengan syarat minimum RM300.00.
Malaslah nak ulas panjang sangat pasal isu ni, sebab nanti korang tak nak baca sumber link JAIS yang saya dah tepek terang-terangan kat atas ni. Dah tepek pun tak baca jugak, tak dapatlah saya membantu, Cik Mat. Tukar ganti I-Pon, Berry-berry segala macam sikit punya mahal, belanja beli rokok riban-riban setahun, beli kamera sebab kena racun dengan kawan (padahal tak minat pun fotografi, ahakss..oopss) sanggup calit kad kredit macam sapu planta, pergi rumah urut atas alasan kesihatan sebulan 2-3 kali (ooppss, siapalah yang terasa itteww? :p), takkan belanja mas kahwin sekali RM300 untuk hadiah kepada isteri yang nak dikahwini sampai hujung nyawa (Insya Allah) kau nak kata tak mampu? Ada hati nak berbini dua, cheit pigidah! :p Saya kahwin nanti, mesti pastikan suami dah ada pelan Takaful untuk dirinya sendiri, dan mesti sediakan pelan Takaful untuk saya – baru betul namanya suami bagi perlindungan yang termampu untuk isteri (dan anak-anak), bukan setakat sediakan rumah, makan dan pakai, tapi pastikan keselamatan dan kesihatan terbela.
Confirm ada yang bangkang, kutuk dan ketuk statement saya yang terakhir tu. Nak buat macam mana, orang memang suka cepat ‘melatah’.
No comments
You need to log in to vote
The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.
Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.
Powered by Vote It Up


















































