The Day I Look Back and Smiled, Laughed and Cried.
Pssttt… Jom Jadi Alien! :p
A quick update on what's new in STORE. Yes, store. *giggles*
Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age
Susun, Kunci, dan Bintangkan
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
Entry serius : Sedalam Mana Cintamu. Wahh…
Wahai Abang Bob, Abang Adam, Kak Limah, dan Cik Milah.. Hari ni kita sembang serius sikit, sebab dak Ajeel ni hari ni produktif yang amat, mungkin lepas insiden ‘tai-chi’ dalam telefon petang tadi, lepas update blog CP, sekarang update AADA pulak (Encik Padil pun baru je update BelajarKamera.com petang tadi, bagi tips macam mana nak ambik gambar hari sukan sekolah. Prosperity burger semalam buat kitorang ada telepathy kut :p) . Sebulan berapa hengget kita ketepikan untuk simpanan (Haha, terus straight to the point, tak payah lagi lawak-lawak kering)? 10% daripada income? 20%? 50%. Tiap-tiap kali dapat gaji pulak, yang mana kita dulukan, belanja dulu, atau simpan dulu?Huhu…macam cakap pasal diri sendiri, belanja dulu baru simpan (itupun kalau ada).
Hari tu saya tertengok cerita Kids & Cash, rancangan TV yang mengajar kanak-kanak menjadi financial literate. Walaupun mungkin tidak sepenuhnya, tapi setidak-tidaknya apa yang di ajar mungkin kurang atau tidak pernah diajar oleh ibu bapa zaman sekarang yang terlalu sibuk mencari rezeki. Kerja, kerja, kerja, berapa saja anak minta, kasi lah. Pembantu rumah, bukan lagi perkara luar biasa bagi golongan berpendapatan sederhana. Anak minta motosikal, kasi lah. Anak minta PSP, kasi lah. Anak minta belanja sekolah lebih, kasi lah. Anak minta handphone, kasi lah. Terbaru, anak buah saya umur 7 tahun dah ada handphone sendiri. Cuti sekolah lepak rumah nenek, hari-hari telefon mak & ayah kat rumah. Anak buah saya yang lagi satu, umur 11 tahun baru lepas potong, potong, potong. Sim cardnye terlock, mungkin salah tekan pin. Tak sabar tunggu maknya atau kakaknya uruskan dengan customer service, tau-tau dia dah beli sim card baru dengan duit yang orang sedekahkan masa kenduri ‘potong’.
Bertuah anak-anak buah saya, mereka tak perlu merasa makan nasi dengan belacan bakar. Tak perlu kongsi bubur nasi dari segenggam beras. Tak perlu belajar buat ayat kesian bila jalan kat supermarket, nampak anak patung cantik, lepas tu cakap kat mak “Cantik anak patung tu mak. Nanti kita ada duit kita beli, ye?” Boleh gugur bulu mata lentik saya (ketika itu) sebab buat muka kesian sambil kelip-kelip mata. Anak-anak buah saya nak buat ayat kesian macam tu? Bertuah sangatlah kalau dia tak tarik muka dengan muncung panjang sedepa. Kita mungkin generasi yang dah pernah merasa macam-macam kesusahan masa kita membesar, jadi kita tak mahu anak-anak kita merasa perkara yang sama.

Bagus niat kita nak membahagiakan keluarga dengan segala cara yang materi, bak kata orang, “Duit boleh dicari”. Tapi berapa ramai ibu bapa zaman sekarang yang serius mengajar anak mereka menyimpan? Zaman saya kecil dulu, korek tabung untuk beli barang dapur, memang perkara biasa. Zaman anak-anak buah saya sekarang, daripada 7 orang yang saya ada, mungkin 1-2 saja yang ada tabung. Kesimpulannya apa? Walaupun kadang-kadang kita pesan pada anak-anak ni, “Simpan duit, jangan belanja banyak sangat”, tapi kita lupa, budak-budak tak akan buat apa kita suruh, tapi dia akan buat apa kita buat.
Dia tengok kita belanja apa saja untuk dia (walaupun dia tak tau kita mungkin tahan diri nak beli beg tangan baru, atau nak beli baju kemeja baru untuk pergi kerja), jarang hampakan permintaan dia, jadi dia pun belanjalah apa saja untuk diri dia. Sebab mama dan papa dia pun tentu akan buat macam tu, fikirnya. Kerana perubahan gaya hidup ni, guna ‘kad sapu planta’ dah jadi perkara biasa. Siapa tak ada ‘kad sapu planta’ dia kira macam freak. Hahaha..Cakap pasal diri sendiri. Freak! :p
Ok, balik semula pasal berapa banyak yang kita simpan setiap bulan. Dah berapa tahun kita menyimpan? Sepanjang berapa tahun tu, adakah duit tu tak pernah surut sikit pun? Kalau jawapannya ya, syabas bethi. Bhohot aci, hey… (Entah betul tak aku cakap ni). Apa tujuan kita simpan tu? Untuk tujuan kecemasan, kereta rosak ke, paip rumah rosak ke, nanti anak nak mula sekolah, isteri nak bersalin, pegi klinik/hospital, dan segala macam kecemasan. Dalam banyak-banyak kegunaan simpanan tu, tau tak kegunaan apa yang paling besar sekali menghakis simpanan kita? Belanja perubatan lah.
Cuba korang research, berapa peratus kenaikan belanja perubatan setahun? Around 15% – 20% tau tak? Inflasi pun tak banyak tu. Habis tu, agak-agak kalau semalam ditakdirkan kita terpaksa masuk hospital, cukup tak simpanan kita nak bayar belanja perubatan tu? Makin susutlah simpanan yang kita perap selama ni, kan? Kalau saya cakap macam ni, ramai yang akan jawab “Aku kerja kerajaan, ada banyak benefit, tak perlu risau”, ataupun “Company tempat aku kerja dah provide semua tu, siap provide untuk anak isteri aku”. Ok, kalau kau keluar hospital terus tak boleh kerja, rasa-rasa sampai bila simpanan tu boleh bertahan? Kalau company tu decide untuk berhentikan kau kerja sebab cuti sakit panjang sangat, nak kata apa? Masa tu baru nak buat komplen, baru nak buat tuntutan sana sini. Abang Aman dan Kak Linda ooi (kena guna nama gen-x baby, Kak Kiah dgn Abang Setapa tu zaman oakcik/makcik kite), masa tak tunggu siapa-siapa, siapa lambat, dia tinggal kat belakang. Hari ni kau kat depan, esok belum tentu lagi. Penyudahnya, mesti kamu kata “Ish, janganlah cakap macam tu, jangan mintak pulak”. Macam orang tua-tua selalu kata, tak baik cakap pasal mati. Tapi apsal tak baik pulak? Pasal kita jarang ingat mati lah kita jadi tak beringat sekarang ni. (Heish dak ajeel ape kasor benor bahase kamu neh?)..ehehehehhe..acak mak enon, sergah je tu… *buat muke comel hidung kembang kuncup*kening-kening* :p
Sudahnya, apa jadi? Makin banyaklah musim rancangan Bersamamu TV3. Kalah rancangan realiti tv Akademi Fantasia atau One In A Million.
Saya cuma cakap, kita pentingkan kebahagiaan anak-anak kita dan kita hujani mereka dengan limpahan wang ringgit kita selagi kita mampu. Tapi kadang-kadang kita lupa nak fikir perancangan untuk jangkamasa panjang, untuk masa depan. Kita bertanggungjawab memastikan kebajikan anak-anak kita sentiasa terpelihara, after all itu kewajipan kita sebagai ibu bapa, dan kewajipan suami kepada isteri. Kita belikan rumah yang selesa, kereta yang selesa, makan pakai yang cukup, handphone yang canggih-manggih, semuanya atas dasar menjaga keselamatan mereka dan kita buat selagi kita mampu. Cuma kadang-kadang ada 1 perkara lagi yang mampu kita buat, tapi kita selalu rasa tak perlu – menyediakan Tabung Kecemasan yang tak akan susut jumlah simpanannya dan boleh beri kita perlindungan perubatan sehingga 0.5 juta seumur hidup, atau 50 ribu setahun! Sekarang yelah kita sihat, ada benefit daripada majikan, esok-esok dah pencen, duit EPF kita pun habis lesap lepas setahun. Anak-anak masa tu dah kahwin dan ada tanggungan sendiri, siapa yang kita nak harapkan?
“Gile 0.5 juta? Mana aku mampu?”. Dah kalau kau harapkan duit simpanan kau yang 10% daripada gaji bulanan kau tu, memanglah tak mampu. “Perlu ke sampai0.5 juta seumur hidup/50 ribu setahun?” Haaa, jangan tak percaya, bedah buang batu karang pun dah lebih kurang RM15ribu. Melainkan kau sanggup menderita sakit dan tunggu giliran untuk bedah di hospital kerajaan, silakanlah.
I mean, alangkah bagusnya kalau kita dapat simpan duit setiap bulan, dan dapat peace of mind sebab kita tahu kita sentiasa akan ada RM50ribu sekiranya kita perlu dimasukkan ke hospital, dan kalau kita tak sakit langsung, duit yang kita simpan tiap-tiap bulan tu tak akan luak dan kita boleh keluarkan bila-bila kita nak? Eheheheheh…. saya cakap pasal duit-duit ni, kang ada pulak yang chop saya buat bisnes-tanpa-modal-tak-perlu-jumpa-orang-duit-masuk-berkepuk-kepuk-wtf….
Hahhahaa..no, no, no, saya cukup anti bisnes melingkupkan macam tu. Sila remove diri kamu dari friends list saya di Facebook kalau kamu tiap-tiap hari update status seumpama bisnes itu, occay? Senang sikit kerja saya. =p
I am talking about saving and protection. You save money every month, and in case you kena masuk hospital, atau sakit tak boleh bekerja, you boleh tampung kos perubatan dan saving you tetap ada di situ. Maknanya, perubatan kamu terjaga dan anak/isteri kamu confirm tak akan merana. Boleh ke buat macam tu dengan duit simpanan kita sekarang ni, Cik Nani oooiiii… (hahahha, guna nama Cik nani, mesti dia tersedak-sedak sambil tengok discovery channel sekarang ni…). After all, bukankah itu yang kita mahu, membahagiakan orang-orang yang kita cintai?

"Apa pasal sebut-sebut nama gua, haaa?"
So if you already have one, dont be happy just yet. Find out dulu, is that what you need. If you realise that it’s not what you need, atau kamu baru sedar yang kamu memang tak ada langsung Tabung Kecemasan seperti tu dan mencari seseorang yang boleh ceritakan pada kamu lebih lanjut, let me know, I’ll be happy to assist you, FOC yawwww…. If you are not happy or not interested dengan penerangan saya, no obligation, I’ll just walk away happily. Happy because dapat menyebarkan sedikit cubaan membuka minda. A big change starts with small ones. Ehh,…cik kiah, cik tipah, saya memang suka bercerita. Nak-nak kalau ada kopi o panas sambil makan goreng pisang, uish, bukan main panjang muncung saya bercerita. Tapi kalau nanti Abang Khairil dengan Abang Andi kata company dia dah ada semua tu dan dia tak berminat, saya tak kisah, saya balik jelah. Yang rugi bukan saya… Eh eh…psiko nampak? Oh tidak, jauhkan saya dari sindrom kaya cepat ‘Lamppujer’.
“Ala, sekarang aku tak perlukan benda ni, nanti aku dah dekat nak pencen nanti barulah aku perlu”. Haaaa cubalah try test. Kalau by the time umur 50 tu kamu masih sihat tak ada penyakit darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, memang nasib baiklah. Sebab kalau by that time kamu dah ada penyakit-penyakit tu dan yang sewaktu dengannya, jangan mimpilah nak dapat peluang buat Tabung Kecemasan ni, sebab kamu memang confirm tak layak dah masa tu.
Kesimpulannya, apa benda Tabung Kecemasan yang saya cakapkan ni? It’s Prudential BSN Takaful plan, bebeh. Ooopps, dah ada yang mula kata “ooooooo..patutlah, nak promote rupanya.” Well, you can say anything, tapi terimalah kenyataan, yang orang kita masih sempit pemikirannya bila datang perkara-perkara begini. Paling cliche’ jawapan “Dah takdir”. Kita lupa Allah tak akan ubah nasib kita selagi kita tak cuba ubah nasib kita. So, selagi kita tak pasti sama ada kita dah habis mencuba atau belum, please y’all, jangan sesekali salahkan takdir. Fikir, fikir.
Dah, pergi buat kerja, atau baca blog yang lebih berfaedah. Jangan asyik baca blog gossip atau forward email gambar terlampau je, tapi benda ‘berpekdah’ macam ni kau tutup mata tutup telinga. Jentik kang… :p
No comments
You need to log in to vote
The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.
Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.
Powered by Vote It Up



















































