Dec 05 2009

Segalanya Macam Nak Naik Gunung Hujung-hujung Tahun Begini

Tak mau tulis banyak-banyak. Banyak kerja, banyak kerja, sedikit masa, sedikit tidur, banyak makan. Eh? Sikit je… Ehehehh..

1.Blog stat menunjukkan peningkatan yang mendadak selepas 5 hari tidak diketahui punca ‘kehilangan’ di alam maya selepas saya upgrade WP. Akhirnya saya bertemu ‘kulit’ baru dan gigih meng-downgrade versi blog ini semata-mata kerananya. Kau memang gila kan, Ajeel? Kalau kau suka, sanggup bersengkang mata pun tak apa, asalkan siap. So, bila annouce saja blog dah dapat kulit baru dan boleh didapati semula di alam maya, tiba-tiba ‘mencanak’ naik bilangan visitornya, tapi komennya? Haraaammm..nan ado. Habis, kau fikir kau artis?

'Mencanak' naiknya,  bukan?

'Mencanak' naiknya, bukan?

2. Mulanya nak tukar rim saja (sejak pertama memilikinya, ini ‘rim sukan’ pertama si kumbang selepas 6 tahun). Alaaa, itupun yang biasa-biasa sangat. Dari tukar rim, tukar tayar lagi. Tak lama lepas tu, ‘tali pinggang masa’ (timing belt, lah) pula sudah sampai masa, serentak dengan masa untuk servis. Brake pad pun haus time-time macam nilah sekali, kan. Fine, korang nak mogok serentak, silakan. 2 hari selepas itu semua selesai, balik dari rumah Adeq, si gojesku, tayar belakang pula bocor. Haish… Itu tak apa, lagi. Saya tahu tukar sendiri tayar kereta saya. Ehem..ehem..*clap*clap* (ape ke poyo sangat minah ni?). Tapi yang tak syoknya, 3 nat dah berjaya dibuka, yang seketul lagi pulak tak lepas. Bikin panas.  Dah la saya jenis cepat berpeluh, muka dah basah lencun, dah tak boleh control cun lagi kat abang yang baru pandu masuk keretanya di petak parking sebelah. Ahaks.

Abang tu pun tanya sambil cuba berdiri gagah ” Boleh ke, dik?”. Saya seperti biasa jawab “Boleh”, tapi Adeq dengan pantas menjawab “Satu je lagi ni ha tak boleh tanggal”. Cik abang tu pun rapat untuk hulur bantuan. Tapi bila dekat saja sebelah saya, bau dia, tu diaaaa…. Saya cuma cakap dalam hati “boleh ke mamat ni tolong aku ni? Macam tak pass jugak, je?”  Get it? Kaitan bau dengan kebolehan seseorang? Ahhh, lambat lah korang ni, dah tebalkan dah kata kuncinya. Malas nak suap, lu pikirlah sendiri!

Sudahnya, brader tu pun tak pass jugak. Aku dah cakap dengan kau, Ajeel, dia tak akan pass punya, sebab nat tu pun sebenarnya dah haus, tak boleh pusing lagi dah! Kah kah kah. Terpaksalah tinggalkan kumbang tu di tepi jalan untuk malam tu, minta Bucacit hantar saya untuk tumpang tidur rumah Nani, dan esoknya kumbang menjadi kura-kura untuk seketika, sebab saya terpaksa pandu perlahan gila ke bengkel kereta berhampiran sebab tayar dah meleper habis. Sampai bengkel, terus koyak.

So, apa yang naik macam gunung dalam situasi no.2 ini? Perbelanjaan untuk si kumbang tu la, kali ni kau ketuk kami habis-habisan, ye? Nasib baik buat kat bengkel Ejam Motorsports kat Meru tu (group di Facebook ini dikendalikan oleh saya as a token of appreciation. Bukan Abang Ejam yang handle group tu, jadi jangan tanya saya tentang piston, atau macam mana nak join geng Abang Ejam, sebab itu semua kena tanya sendiri tuan punya badan). Aih, promote baik nampak…? :p

3.Errmm..apa lagi ye? Tadi macam ada banyak yang boleh masuk dalam senarai. Tiba-tiba, kapisshh! Hilang semua.

Dah lah. Tidur lagi baik. Esok nak sambung kerja – nak pergi bengkel Abang Ejam pagi-pagi, ada bunyi tak tau apa, kat sekitar enjin kumbang tu, lepas tu nak pergi kelas, lepas tu mungkin balik kampung rumah Uteh, nak tolong kenduri ‘potong’. :p

Selamat malam.

P.s: Nak naik Gunung Nuang (lagi) lah. Larat ke? :p

Advertisement
Related Posts with Thumbnails

   

Popularity: 4% [?]

Love it? Share it.
de.licio.usdiggemailfacebookfriendfeedgoogle bookmarkslinkedinmixxmyspacenetvibesnewsvineposterousredditrssstumbleupontechnoratitumblrtwitteryahoobuzzyahoomywebadd to favoritesmisterwongprint friendlyPDF
Posted in Featured, Know How, Rojak on Dec 05 by Aziel Azhar | PrintText Resizer Text Resizer No comments

Leave a Reply

Back to Top
 
close

You need to log in to vote

The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.

Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.

Powered by Vote It Up