Jan 08 2010

BACKUP, BACKUP, BACKUP!

Advertisement

Bahagian pertama seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini : My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After the Assignment

My life as a wedding photographer taklah seronok sangat. Tak juga boring sangat. Tak juga mudah sangat, dan tak pula senang sangat. Jadi bagi sesiapa yang ingin terus membaca, jangan harapkan sesuatu yang wow atau impresive, sebab saya mungkin bukan orang yang patut anda jadikan rujukan jika anda perlukan cerita-cerita menyayat hati sehingga rasa nak komen 3-4 kali. Hihihii..Saya cuma menulis untuk mengingatkan diri saya, berkongsi dengan anda yang sudi membaca, dan mengisi masa senggang yang saya curi daripada keseluruhan 24 jam yang saya ada dalam sehari. Hey, everybody needs a break once in a while, kan?

So here it is, part 1 of apa yang saya dan Fadhil lakukan selepas selesai sesebuah assignment.

Satu masa dulu, waktu kami baru bermula, dengan hingus hijau meleleh *yaiks*, kami tidak punya banyak peralatan sokongan dan tambahan. Bila 1 CF card penuh, salah seorang akan mula cari sudut-sudut yang sesuai untuk buka laptop dan transfer isi kandungan CF card, sementara seorang lagi akan teruskan bekerja. Nak ditinggal laptop tu tak dijaga, nanti takut apa-apa perkara tak diingini pulak- orang terlanggar laptop tu ke, laptop jatuh terhempas berkecai ke, dan sebagainya *kita kan kena sentiasa berjaga-jaga, things can happen, and sometimes it happen when we least expect it*. Belum lagi hal nak cari powerpoint, lagi-lagi kalau lupa nak caj bateri laptop malam sebelumnya, atau faktor bateri-laptop-saya-tak-tahan-8-jam-sebab-laptop-saya-cap-ayam.

Kami tak prefer guna CF card berkapasiti besar seperti 10-20 GB untuk sumbatkan keseluruhan gambar-gambar daripada 1 event, sebab takut nanti kalau lah malang tiba-tiba datang *maklumlah, malang tak ada bau, minyak wangi pun dia tak pakai*, tiba-tiba corrupt pula 1 CF card tu, huuuiiiiii……tak dapat nak digambarkan penganiayaan yang berlaku ketika itu. Seram nak fikir. So, backup, backup, backup. Kalau guna filem, lain kes ya, hence, entri ini tak sesuai dijadikan panduan.

Selepas melalui zaman hingus hijau meleleh *eeuuwwww* itu, kami sekarang selalu bawa bersama sebuah alat yang dinamakan media storage viewer – digunakan sebagai storage, dan boleh juga digunakan untuk melihat gambar-gambar yang disimpan. Kami punya yang biasa-biasa saja, model lama, beli pun yang ‘tangan kedua’ je, kapasiti pun cuma 40GB. Sekarang dah banyak yang beratus-ratus GB, terpulang citarasa dan keperluan masing. Saya dan Fadhil biasanya menggunakan beberapa keping CF card berkapasiti kecil dan menggunakan media storage untuk backup ketika kami sedang bekerja. Salah seorang kami akan meminjamkan sebahagian daripada tali pinggangnya untuk disangkutkan storage tu, jadi kami mudah bergerak ke mana-mana, tak perlu lagi risau nak cari sudut atau  sumber elektrik. Cuma cucuk CF card dan jalan. Jadi, kerja kami boleh diteruskan dengan mudah.. Tak gitu? :)

P-6000-(550-x-310)

Photo source : www.epson.com.my

Kami jadikan satu kemestian, supaya semua gambar daripada satu-satu event itu terlebih dahulu disimpan dalam media storage viewer tu tadi. MESTI *capital letters lagi tu… :) *. Bila kami dah selesai tugas dan pulang ke markas, kami akan buat sekurang-kurangnya 5 lagi backup - 2 di komputer berasingan, 3 lagi di external hard drive berasingan, dan berada di lokasi berasingan. Bermakna, untuk setiap tugasan, kami simpan 6 backup. Banyak? Sikit je tu. Pencegahan kan lebih baik daripada menepuk kepala selepas malang datang melawat ;) . Kami takut jika kami terkhilaf dalam kerja kami, dan kami tidak sanggup meletakkan sebarang risiko ke atas detik-detik berharga dalam hidup client kami. It’s a personal thing, therefore we treat it like our personal affair as well. Kasut hilang, boleh diganti. Kereta hilang, boleh diganti. Pelamin, khemah dan bunga-bunga hiasan, semuanya dirancang untuk bertahan selama beberapa hari saja. Tapi gambar-gambar anda, adalah untuk simpanan dan kenangan selama mana yang mungkin. Kalau gambar-gambar detik-detik berharga itu hilang, wang ringgit berpuluh ribu pun tak akan dapat mengganti yang sama dengan apa yang telah  hilang. Betul kan?

All these backups will stay there selagi kami belum selesai kerja editing and deliver album/gambar kepada client. Selepas semuanya dah selesai, barulah 6 salinan backup yang kami simpan tadi berkurangan menjadi 2 (tidak termasuk salinan yang mungkin kami simpan di dalam server).

So yeah, that’s a tiny part from our workflow as wedding photographer. At some point, I must say that this part of our workflow will need to be changed as time changes, but for now, this is how we do it. That’s all for now. Let’s hope I’ll be able to continue the 2nd part of this entrythe selection process. Kalau anda tak mahu ketinggalan *macamlah saya tulis best sangat sampai semua orang tak sabar nak tunggu :p*, silakan follow blog saya di Facebook  NetworkedBlogs jika anda mahu terus kacak dan jelita >>*sila lihat kotak besar di sidebar sebelah kanan anda, tuan-tuan dan puan-puan* :) .

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 13% [?]

Love it? Share it.
de.licio.usdiggemailfacebookfriendfeedgoogle bookmarkslinkedinmixxmyspacenetvibesnewsvineposterousredditrssstumbleupontechnoratitumblrtwitteryahoobuzzyahoomywebadd to favoritesmisterwongprint friendlyPDF
Posted in Featured, My works on Jan 08 by Aziel Azhar | PrintText Resizer Text Resizer 6 comments

6 Commentsleave a comment

Leave a Reply

Back to Top
 
close

You need to log in to vote

The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.

Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.

Powered by Vote It Up