Jan 22 2010

Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan

Advertisement

mekanik

Sudah jam 11 pagi pun masih rasa macam jam 8 pagi. Macam semalam, 9 pagi berlangsung selama 4-5 jam, sebab dah jam 1.30 pun cuaca tak berubah. Tak…tak…bersyukur ni, bukan mengeluh. Selalu  panas, sekali-sekala redup/mendung apa salah, kan? Kang kalau panas cik Kiah komplen bil elektrik naik sebab siang kena pasang pasang penghawa dingin, panas yang amat. Tapi bila redup mendung selalu, cik Kiah komplen lagi, katanya baju-baju yang dibasuh semua tak sempat kering. Pulaakkkk… ada saja tak kena, kan.

Yeah, hari ini akhirnya saya berjaya menyingkirkan lagu Nobody-Wondergirls yang sudah 2-3 hari bermain-main di belakang kotak fikiran saya. Hoyeh..hoyeh….Semalam/kelmarin banyak kali ‘ter’nyanyi lagu tu masa dalam bilik air, ketika basuh pinggan dan bancuh kopi. Tak suka! Tak suka! Tak suka!*sila baca macam kuman/bakteria dalam iklan ape tah kat tv tu*.  Kat belakang saja, dalam kotak fikiran masih ada benda lain. Antara yang terkandung dalam kotak fikiran saya , tak lain tak bukan isu hangat dalam persada fotografi tanahair ketika ini. Waaahh..persada katanye…

Semuanya berpunca daripada perangai ’suka-tidak-menjawab-soalan-dan-melencong-dari-soalan-sebenar’. Orang tanya lain, kau jawab lain. Padahal kau patut bagi contoh yang baik sebab kau kan so-called yang terbaik dan cikgu besar yang disanjung tinggi dan THE ONLY one in many things. Haish… sekarang, kerana hal sekecil tu, banyak gunung berapi yang selama ini mati dan terpendam, tiba-tiba hidup dan meledak-ledak. Bermula dari isu flash, sekarang sudah terdedah soal itu ini, sana sini. Apa dah jadi? Mungkin patut tanya diri sendiri. Tapi saya rasa orang sebegini, kalau disuruh bermonolog dengan diri sendiri, tanya diri sendiri, sah-sah dia tak akan dapat jawapan sebab memang dia ’suka-tidak-menjawab-soalan-dan-melencong-dari-soalan-sebenar’. Itu satu kepandaian juga tu, satu skill yang adakalanya berguna, lebih-lebih lagi bila kita cuba mengelak daripada memperkatakan sesuatu yang sensitif atau menyinggung pihak lain, tapi bukan untuk disalahguna sebaliknya sampai menyinggung pihak lain. Ini sudah terbalik… :p

Tidak dinafikan, ‘lelaki ini’ telah jadi salah seorang yang memberi sumbangan besar dalam perkembangan persada fotografi tanahair sejak kebelakangan ini. Dia menjadi kebanggaan dan idola ramai orang  (dan adik-adik yang baru dapat *bukan beli ya, sebab dah tentu-tentu bukan duit sendiri kebanyakannya* DSLR) kerana popularitinya meledak-ledak. Seperti juga persada seni muzik, yang popular tak semestinya yang terbaik. Adik-adik yang baru kenal dunia mungkin terkinja-kinja sampai pengsan kerana taksub melihat persembahan penyanyi popular kecintaan mereka, tetapi bagi peminat seni muzik  yang punya apresiasi tulus terhadap muzik, mungkin mereka cuma lihat persembahan tu dengan senyum plastik tertampal di muka padahal dalam hati tuhan saja tahu. ;)

Saya suka untuk perhatikan apa kesudahannya, kerana saya tak kuasa mengulas lanjut sebab tak pernah mengalami ‘first-hand experience’ dengan lelaki ini. Paling tidak pun saya pernah mempunyai tanggapan kurang enak terhadap lelaki ini sewaktu dia terlibat dengan perkahwinan salah seorang sahabat saya. Ketika tu dia masih baru bermula dan tidak ’sepanas’ sekarang. Tapi apalah sangat tanggapan kurang enak saya ketka tu, dibandingkan dengan ‘pengalaman tangan pertama’ orang-orang lain yang telah saya dengar sendiri.

Walaupun sekarang banyak ‘pendedahan’ sudah berlaku di sebuah fan page Facebook yang ditujukan khas untuk lelaki ini, tapi fan page ini bukanlah sumber utama saya mengetahui tentang cerita-cerita tentang lelaki ini. Saya ada ramai kenalan yang kenal sendiri dengan lelaki ini, dan menceritakan sendiri pengalaman mereka dengan lelaki ini. Jadi, adakah kesemua kenalan saya itu bersekongkol untuk menjatuhkan lelaki ini (walaupun kenalan saya itu semua tidak berada pada masa dan tempat yang sama), atau adakah sememangnya lelaki ni yang bermasalah?

Hmmm..saya bukan suka ambil tahu gosip tak berasas. Sedangkan surat berantai pun saya tak kuasa nak forward email sebab saya tak tahu sumbernya sahih atau tak. Pernah satu ketika, waktu saya bekerja di organisasi ‘goyang-kaki-gaji-masuk-jugak’, ramai staffnya ‘kurang kerja agaknya’, suka hantar forward email berantai (dan tidak berantai juga), ada yang mengaibkan orang itu dan ni, ada yang menakutkan jika tak diforward bala besar akan menimpa. Satu hari hangin taufan sudah masuk dalam badan saya agaknya, saya hantar email kepada semua orang yang suka hantar forward email pada saya, beritahu mereka berhenti menyebarkan perkara yang kamu tak tahu sumber sahihnya, kamu sendiri pun tahu daripada orang jadi simpan saja untuk diri sendiri melainkan kamu yakin dan berani tanggung apa saja pahala dan dosa yang dibawa bersama email itu.  Ada berani?

Haish…jadi, tidaklah saya menulis ini kerana terpengaruh dengan cakap-cakap orang yang tak tentu sumber sahihnya. Saya diberitahu sendiri oleh orang-orang yang pernah merasa terpalit hidung oleh lelaki ini. Apa pun, saya tunggu saja ke mana sudahnya cerita ini, dengar cerita sudah jadi kes polis (tapi isi kandungan adalah rahsia polis, katanye….). Hmm….kita lihat sajalah nanti siapa yang terdedah dan mendedahkan.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 16% [?]

Love it? Share it.
de.licio.usdiggemailfacebookfriendfeedgoogle bookmarkslinkedinmixxmyspacenetvibesnewsvineposterousredditrssstumbleupontechnoratitumblrtwitteryahoobuzzyahoomywebadd to favoritesmisterwongprint friendlyPDF
Posted in Featured, Rojak on Jan 22 by Aziel Azhar | PrintText Resizer Text Resizer 6 comments

6 Commentsleave a comment

  • bior je la dia. nak mendedahkan aib org pun satu dosa juga. apa kita lagi sanggup berdosa dari berbaik2? Mudah-mudahan kita masing2 diberi petunjuk

    • Memang betul. Setuju sangat. Bagi kita mungkin mudah lah. Tapi bagi orang yang dah berpasir periuk nasinya kerana lelaki ini, kesian lah jugak. Sebab tu saya cuma perhati saje…

  • tak pernah plak baca pasal dia tabur pasir ni. tp kalau pasal fan club tu, bleh la. sapa yg rajin bg komen kat sana, mesti org akan berduyun dtg nak tgk hasil dorg juga. marketing juga tu. tp serius bro, dua bidang ni (wed photog or press) mmg jauh la sgt hasilnya. mmg tak boleh disamakan langsung. seninya lain, walaupun asasnya tetap sama.

  • anyway, aziel. saya cemburu dengan gambar2 kamu ;)

  • kahkahkah itu la salah tune. dah mmg tau pmpuan, tp ter-sound bro plak. sori.

Leave a Reply

Back to Top
 
close

You need to log in to vote

The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.

Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.

Powered by Vote It Up