The Day I Look Back and Smiled, Laughed and Cried.
Pssttt… Jom Jadi Alien! :p
A quick update on what's new in STORE. Yes, store. *giggles*
Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age
Susun, Kunci, dan Bintangkan
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
Important But Not Urgent
Pernah baca dalam bulu…eh lihat, nak tulis buku tertulis bulu *dan sengaja tidak dipadam…hahaha*. Pernah baca dalam buku “The 7 Habits of Highly Effective People” tulisan Stepehen R. Covey? Salah satu bab dalam buku tu menceritakan tentang mengkategorikan tugasan harian kepada 4 kumpulan :
- Important and urgent
- Important but not urgent
- Not important but urgent
- Not important and not urgent
Generaly, saya rasa klasifikasi yang beliau cadangkan memang sesuai, tapi kenapa perlu dikategorikan begitu? Jawapannya, supaya kita beri keutamaan kepada yang sepatutnya. Jika anda malas membaca buku *bahahahahh, ayat tak berselindung di situ*, dan berharap saya akan ceritakan kandungan buku setebal 340 mukasurat itu di sini, silalah tunggu sampai berjanggut. Bagi yang memang sudah berjanggut, tunggulah sampai janggut tu gugur dengan sendiri.
Saya boleh cadangkan 1 alternatif yang menjimatkan masa pembacaan anda sebanyak 300 mukasurat daripada buku tersebut, iaitu dengan hanya membaca bab …errr..bab ke berapa, saya pun tak ingat sebab walaupun sudah berbulan-bulan mempunyai buku tu, masih belum habis membaca. Bahahaha, gelakkan diri sendiri, ada hati nak beri nasihat.
Hey, tapi saya jumpa senaskah e-book yang menerangkan 4 kategori tugasan di atas, dan bagaimana menguruskan masa dengan lebih baik. E-book “Time Management for Creative People” ditulis oleh Mark McGuinness. Cuma 32 mukasurat sahaja, itupun sebelum ditolak senarai isi kandungan dan gambar-gambar yang besar.

Owh, kalau anda tak kreatif pun boleh baca juga, sila jangan terasa dengan tajuk e-book ini, penulis tidak berniat menyinggung perasan anda, eh, kita yang tidak kreatif. Cuma, kalau anda memang malas nak membaca apa-apa yang bernama buku/book, *tapi rajin baca blog dan status-status dalam FB), orang nismilan (Negeri Sembilan) kato : tak dapek den nolong eh.
Mark beritahu saya, saya boleh buat salinan dan edarkan e-book ini dengan cara apa pun asalkan saya tidak mengubah kandungan asal, beri kredit kepada penulis asalnya dan tidak gunakan untuk tujuan komersil. Jika anda muat turun e-book itu, Mark juga beritahu anda perkara yang sama *dalam buku tu lah, that is…*.
Jadi tak usah cerdik sangat untuk membuat keuntungan daripada usaha orang lain ya? Kalau mahu, tulislah e-book sendiri, tapi usah pula gunakan publisiti murahan pula untuk menjual e-book sedangkan isi kandungannya tak seberapa. Oopppss..
Ok. Sila klik butang muat turun di bawah. Jangan lupa share dengan kawan-kawan, yang baik semuanya datang dari Allah. Saya perlu siapkan kerja yang ‘important but not urgent’ sekarang. Ciao..!
Popularity: 2% [?]
No comments



















































