Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age
Susun, Kunci, dan Bintangkan
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
Perlukah Ucapan Happy New Year 2010?
Entry serius : Sedalam Mana Cintamu. Wahh…
Memilih Yang Terbaik
Terbakar kampung nampak asap, wassap wassappp…!
Sekali lagi dalam rancangan Ada Apa Dengan Aziel? Aada laahhh. Hoyeahh….Ok , cukup, cukup, cukup tepuk tangan. Boleh duduk sekarang. I’m going to make this one very quick, supaya saya tidak dituduh hanya menanam tebu di tepi bibir, walaupun nampak nyata tidak ada batas tebu pun pada bibir saya, kecuali bulu roma halus yang kadang-kala kelihatan seperti misai. Saya sendiri pun tak tau dengan siapa saya berjanji, kerana tak tau siapalah yang membaca blog saya ini sebab yang memberi komen di sini boleh dikira dalam hati je, confirm tak silap kira. Bagaimana menyedihkankah itu *adakah translasi ‘how pathetic is that?’ ini kedengaran seperti wajar dilempang penulisnya?* :p .
Siri kedua dalam janji manis saya untuk menceritakan work flow kami selepas selesai melenjan beribu-ribu shutter count *oh so gear head*, adalah berkenaan selecting. – pemilihan. I’m gonna be quick on this one, because I’ll just be talking about bagaimana gambar yang beribu-ribu tadi kini menjadi kurang ribu atau mungkin menjadi beratus-ratus sahaja. Tak ada apa yang special. Ok, kalau dah tak sudi baca, sila pangkah window ini :p . Selepas saya pastikan semua backup cukup, saya akan import gambar-gambar berkenaan ke dalam catalog Lightroom. Dulu saya gunakan Adobe Bridge, tapi sejak wujudnya Adobe Lightroom, hidup jadi lebih mudah dan indah *senyum sampai telinga, sambil jungkit kening 2 kali seolah-olah berbunyi ‘kening-kening’*.

Bagi saya, proses selecting ni sangat penting untuk dilakukan sebelum kerja-kerja ‘pencantikan’ seterusnya, sebab ia akan meng’eliminate’ segala gambar-gambar yang dirasakan kurang bagus, atau tak bagus langsung, atau tak boleh diselamatkan langsung, atau gambar yang berulang-ulang hasil daripada petikan shutter seperti machine gun. Contohnya kalau flash not firing sehingga gambar jadi terlalu gelap, atau exposure salah hingga muka orang nampak seperti tak ada hidung dan telinga, biasanya saya consider gambar-gambar tu sebagai gambar yang tidak dapat diselamatkan dan tidak akan cuba membuang masa saya menyelamatkannya. Kesilapan ini mungkin berlaku akibat recycling time batteri flash anda tidak mampu untuk cope dengan kelajuan menembak tahap machine gun yang anda suka lakukan, atau mungkin juga sebab terlupa menukar setting exposure indoor kepada outdoor. Ok, kita bukan nak cerita pasal kesilapan exposure di sini, so let’s move on.
Secara tidak langsung, proses selection ini akan memastikan saya kurang tertekan ketika proses pencantikan nanti, sebab saya tahu saya mesti terus melakukan proses pencantikan satu-persatu sebab inilah batch gambar-gambar yang terbaik telah saya pilih. Percayalah, mood kamu akan jadi lebih baik untuk meneruskan proses post-processing gambar-gambar kamu, jika kamu awal-awal menyahkan gambar-gambar yang tidak sesuai/perlu. Tidak ada sebab untuk saya tidak mencantikkan KESEMUA gambar-gambar itu sebelum saya kembalikan kepada client. Kenapa saya bold kan ayat itu eh? Sebab saya tahu ada sesetengah service provider (photographer, that is), hanya mencantikkan gambar-gambar yang dimuatkan dalam album sahaja. Dalam kata lain, cuma gambar yang dipertontonkan saja yang akan dicantikkan, selebihnya dikembalikan ‘bulat-bulat’ seadanya kepada client. Tak jadi masalah, that’s your prerogative. And this is ours, sebab kami rasa lebih elok kalau seluruh gambar mempunyai tona warna yang sekata, seperti yang ditunjukkan dalam album mahupun blog dan web gallery? Ada juga yang mempunyai sebab tertentu tidak berbuat demikian kerana style pencantikkannye menggunakan effect ‘asap kepul kepul’ dan ’sinar cahaya turun dari langit’ misalnya, jadi mungkin tidak sesuai digunakan untuk keseluruhan gambar lain. Well, itu sebabnya saya tak buat ‘asap kepul’ dan ‘cahaya turun dari langit’ *kening-kening*.
Eh eh, jangan salah sangka. Kami juga menggunakan effect pelbagai dalam gambar kami, tapi bukan ke atas gambar majlis-majlis perkahwinan. Gaya seni yang kami pilih untuk merakamkan sesebuah majls perkahwinan adalah yang dengan memperbaiki apa yang sedia ada tetapi tidak dengan cara mengadakan apa yang tidak ada. Lagipun, itulah kelebihannya menggunakan software yang boleh melakukan batch editing. Kita perlu not just work hard, but work smart as well. Tidaklah pening kepala nak mencantikkan satu persatu gambar hingga jadi kurang rajin untuk edit gambar yang lain. Eh, anda bukan salah seorang daripada yang berbuat begitu kan…?
Jadi, demi memastikan tahap stress dapat dikurangkan, pilihlah dengan bijak di peringkat ini. Tak lama pun, cuma beberapa minit saja, bergantung kepada kecekapan anda, software dan komputer yang anda gunakan. Untuk lebih santai, anda boleh melakukannya sambil makan kuaci dan minum milo ais kaww yeahh… Saya tak pernah pun buat sambil makan kuaci sebab itu adalah habit yang paling sukar nak dihentikan bila dah mula. Cuma milo ais kaw dan lagu-lagu kegemaran saya yang boleh membuat saya rasa nak berjoget sambil duduk. Allright, that’s all for now. Watch out the next blog post untuk membincangkan tajuk ‘Sorting’ (penyusunan) pula.
Popularity: 14% [?]
4 comments
4 Commentsleave a comment
Leave a Reply
You need to log in to vote
The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.
Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.
Powered by Vote It Up



















































seyeyly tak suka bahagian ’selection’ ni sbb rasa mcm syg sangat tgk all the pixies dlm DVDs tuh. aneh kan? rasa mcm tataw which one yg leh guna utk start editing utk buat coffee-table book.
haha.
btw… apekebendenye efek asap kepul dan cahaya turun dari langit? tak faham.
*garu kepala*
Untuk menerangkan effect ‘asal kepul’ dan ‘cahaya turun dari langit’ perlukan gambar untuk dirujuk. I can’t do that, boleh jadi sensitif. Itu hak masing-masing. Kalau kau biasa tengok gambar-gambar orang lain, mesti kau akan perasan effect sebegini.