Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
Perlukah Ucapan Happy New Year 2010?
Entry serius : Sedalam Mana Cintamu. Wahh…
Bercakap Dengan Jin..Eh.. Gambar
Cepat Sangat Melatah, Kenapa?
Menukar stress kepada sesuatu yang best.
……..tapi saya tak akan ‘jerit’ di sini. Kadang-kadang rasa nak mengeluh, tapi saya tak nak mengeluh di sini. Tapi saya manusia biasa.
Dalam pada kesemakan otak dan sesi dialog bersama diri sendiri, Spongebob dan Patrick, sambil-sambil meneruskan kerja editing dan mengintai blog-blog orang lain, saya bertemu seperenggan tulisan yang membuatkan saya beristighfar banyak-banyak kali…
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahawa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”
Istighfar dengan segera. Peringatan untuk diri sendiri. Sekarang juga! Jangan mengeluh. Mengeluh cuma meningkatkan perasaan yang tidak best dalam diri kita. Rasa tak best tu akan menyebabkan kita rasa nak lempang orang, nak menjerit, nak maki orang, nak bunuh orang, dan sebagainya yang seronok dilakukan ke atas orang, dan bukan ke atas haiwan, kerusi, cawan atau kereta. Jadi, dah sah-sah kita tak boleh sesuka hati melempang-lempang orang, so rasa tak best tu tak dapat lepas, dan akan berbuku-buku dan bergumpal-gumpal dalam hati dan otak kita.
Jadi apa perlu kita buat, kawan-kawan yang kacak dan jelita sekalian? Angkat tangan sapa tau, kemudian berdiri dan jawab. Gelak lah, aku buat lawak tu. Berani kau tak gelak, nak kena lempang? Nampak? Nampak? Nampak tak kesan daripada gumpalan rasa tak best dalam diri orang yang tulis ni sekarang ni? Perlu lakukan sesuatu untuk membuang tenaga tak best itu jauh-jauh, supaya jiwa tidak terganggu lagi.
Bayangkan perasaan tak best itu seperti pakaian, disalin dan ditinggal saja di atas katil, kerusi atau lantai, atau lebih elok terus dihumban dalam mesin basuh. Kalau dah salin pakaian, mesti ganti pakaian lain kan, unless kamu merancang untuk kurung diri di dalam rumah saja owh ok :p, saya tak akan tanya kenapa. Jadi, bersalinlah dan teruskan hidup. Bukan bersalin yang di labour room tu sebab jika anda seorang lelaki yang mengandung berbulan-bulan, tentu tak akan berjaya bersalin, jadi contoh bersalin yang itu tak boleh digunapakai.
Yours truly cannot wait for this evening, sebab saya akan menari hiphop terbalik-balik di bilik kecil ini, rutin terbaru dalam jadual saya di petang hari sejak sebulan lalu untuk menyingkirkan ke-takbest-an harian. Fuh fuh. And I think it’s good sebab I love music, I want to work out tapi cepat bosan jika tak ada kawan, di samping tak nak berjogging keliling padang di mana abang-abang segak dan berdada bidang bermain bola sepak dan takraw kerana bimbang mengganggu konsentrasi mereka wtf :p. So dengan belajar menari hiphop saya tak akan mengganggu konsentrasi sesiapa dan tak sempat nak bosan sebab memang mencabar gila! Tak pernah dibuat seumur hidup, saya masa sekolah dulu pun jadi tukang karut kumpulan dikir barat je – See? Jenis ‘tarian’ yang saya pernah buat pun menggambarkan malasnya saya sebab mana ada orang berdikir barat sambil berdiri (kecuali ketika sedang ‘menukang karut’ sebab perlu berdiri dan pastikan lontaran suara yang tepat dan jitu :p ). Owh, sebenarnya pernah menari memandai-mandai bersama 4 orang rakan lain ketika darjah 4/5 kerana kegilaan terhadap NKOTB (New Kids On The Block) tapi itu memang poyo habis, tah hape-hapekebenda entah hahahha. Tak boleh blah.
Bila belajar menari hiphop, mula-mula ingat dah start lesson tarian rupanya baru warming up tapi steps untuk warming up dia pun dah wtf tak cukup nafas.
Ooohh, korang gelak, kan? Kan? Tiba-tiba aku masuk One In A Million lepas tu menang, lepas tu jadi hot stuff macam Agnes Monica, kau terhegeh-hegeh nak bergambar dengan aku, aku suruh kau hop-hop dulu baru bergambar. Ok? Fine! :p
Korang mesti nak tengok bukti kan? Tak dapek. Belum habis praktis complete untuk 1 lagu pun, macam mana nak tunjuk bukti? Kau ingat ini Sehati Berdansa?
Popularity: 53% [?]
No related posts.
No comments
You need to log in to vote
The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.
Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.
Powered by Vote It Up



















































