Jan 04 2010

Perlukah Ucapan Happy New Year 2010?

Mana saya sudah pergi, new year eve berlalu tanpa ucapan selamat tahun baru di rancangan Ada Apa Dengan Aziel. Cheh cheh, I’m telling my wish to the universe, konon boleh dapat talk show sendiri dengan tajuk AADA…harapppaaaann lah! Memang tak sempat-sempat lah nak mengarut sempena new year’s eve, sebab 2 hari sebelum new year saya dan Encik Padil menyambut kedatangan seorang kenalan dari Switzerland. Pasangan David dan Zsuzsana Temperli.

Mr&Mrs--2

Couple ni memang suka sangat buat Tahun Melawat Malaysia, every year, terutama sekali David. Kenalan Encik Padil sebenarnya, to be exact, sebab Encik Padil dah 3 kali jumpa David, saya baru sekali ni. Hahaha, tumpang glamour je ada kawan mat saleh. Khakk tuii! Kena diri sendiri.  :p Gambar di atas dan di bawah adalah gambar tahun lepas, waktu mereka baru beberapa hari berkahwin dan kemudian datang ke Malaysia untuk bercuti dan bulan madu. Encik Padil yang menjadi photographernya, saya tak wujud dalam pembikinan gambar berkenaan. Ada apa eh masa tu? Tak ingat la.

IMG_3959

Pasangan Temperli ni datang untuk celebrate new year kat sini dan lepas tu menjalankan misi menyelam di Kapalai, Sabah. Waaahhh… I wish I have the guts to swim di lautan dalam. Nak berenang dalam swimming pool pun masih kat bahagian kanak-kanak lagi, uolss… Hahahaha… Harap je ada bikini kaler pink, tak pernah pakai pun. Sebab nanti gaya lebih dari berenang. Lalu tepi pool nampak macam wah wah hot stuff nye, sekali terjun kolam kanak-kanak. Oh no, hot stuff terus melt. Hahaha…

So, 30 Disember tu angkut pasangan ni pergi makan kat Tupai-tupai. Seorang pun tak bawa kamera, jadi tiada bahan bukti di tempat kejadian. Yang pastinya, David dan Zsuzsana tidak lupa membawa Christmas present untuk kami, dan saya dapat ini :

IMG_0114

Sebuah army knive (adakah ini penjodoh bilangan yang tepat, sebab nak kata sebilah ada 3 bilah pisau dalam tu), yang saya tak pernah handal gunakan sebab tidak pernah memilikinya. Sehingga waktu blog ini ditulis, saya sudah 2 kali ‘terpotong’ jari, first jari telunjuk, second ibu jari. Eh, tapi sebab dia tajam sangat gila babs, masa terpotong tu tak rasa sakit tau, dah keluar darah baru rasa sakit. Memang betul lah rasional kalau sembelih binatang gunalah pisau yang sangat tajam, supaya tidak menyeksa binatang. *sudah-sudahlah melencong-lencong, tengah cerita pasal Christmas present nih*

Yang kelakar kan, masa terima hadiah tu. Both of us tak pasti patutkah kami terus buka hadiah tu depan David and Zsuzsana atau tak. Macam – erk, aku nak sangat bukak hadiah ni, tapi selalu kawan-kawan aku kalau bagi hadiah selalu suruh bukak kat rumah, aku pun kalau bagi kat orang sama jugak, sebab takut orang tu tak suka hadiah aku, malu nak tengok reaksi dia. Hahahaha.. seriously, lepas accept hadiah masing-masing, saya dengan Encik Padil macam terkudap-kudap nak bukak ke tak nak. Yelah, selalunya diorang bukak hadiah sama-sama pun kan. It’s a tradition, cuma kita ni macam *ah nanti balik rumah la kau bukak* selalunya kan. Hahaha, bengong maklumlah tak pernah dapat Christmas present kan, macam *yeay* sampai tercover-cover keterujaan. Hahhaa..Encik Padil pun dapat army knive tapi kaler merah and siap dengan pen. Tengok, pembalut hadiah tu pun saya simpan, sebab saya memang suka simpan sampah, eh I mean, pembalut hadiah. :p

Lepas dah makan kenyang-kenyang kat kedai tupai tu, kitorang bawak diorang pergi clubbing Malaysian style yaww – lepak mamak :D . Sampai sakit belakang si Zsuzsana sebab duduk bangku takde back rest, pastu kitorang syok sembang sambil David pekena 2 teh tarik. Zsuzsana sampai excuse diri sendiri untuk jalan-jalan meluruskan pinggang, walaupun Encik Padil dah offer nak ambilkan dia kerusi yang ada penyandar, dia kata “Takpe, saya ok” *eceh, kononnya kalau dia cakap Melayu lah*. Antara conversation yang agak kelakar dan paling diingati malam tu, bila diorang tengok kat bil yang mamak tu tulis, air sejuk kosong harga 30sen, lepas tu diorang gelak. Mula-mula saya ingatkan diorang gelak sebab air kosong pun nak caj, rupa-rupanya sebab kat tempat diorang air kosong macam tu harga dia 6 ringgit, korang tau tak? Dia tak tau yang kita ni kalau boleh air kosong tu nak mintak free je. David pulak sampai hati buat lawak, kalau we both nak datang bercuti kat Swiss nanti tak perlu risau tempat tinggal sebab boleh tumpang rumah diorang tapi bawak air kosong banyak-banyak boleh jual, buat duit belanja kat sana. Isk..ok, tahun depan kitorang pergi Switzerland. Yeay! ;)

Malam esoknya, obviously, malam tahun baru, kitorang bawak diorang pergi makan kat look-out point kat Langat tu. Lepas makan, kitorang pun carilah spot untuk tengok dan ambil gambar bunga api kat lereng bukit sebelah restoran Panorama tu. Mula-mula memang tak ada orang pun yang nak ‘bertenggek’ kat situ, tapi lepas kitorang setup kamera semua, tiba-tiba ramai pulak fans datang mengekor nak ambil gambar kat situ jugak *cheh cheh nak kata kitorang cool sangat sampai ada pengikut.Bahahaha..boooo panjang di situ, silakan…*Owh, saya tak share gambar fireworks sebab saya tak bawa kamera, cuma Encik Padil je bawa kamera dia, saya dah prepare kamera saya cantik-cantik kat rumah untuk kerja esok paginya, jadi malas nak bawa kamera malam tu. Tapi saya nak curi juga gambar sendiri yang diambil oleh Encik Padil sebagai bahan bukti berada di tempat kejadian. Sila abaikan si itik gemuk muncung senget itu kerana dia hanya subjek untuk test shoot semata-mata yang nak jugak menglamerkan diri dalam blog ni.

IMG_9787

Masa tulis blog post ni, baru tahu yang group photo kami berempat rupanya bukan diambil menggunakan kamera Encik Padil sebaliknya menggunakan kamera David jadi kena tunggu sekurang-kurangnya lagi 2 minggu lagi kut baru dapat tengok sebab sekarang mereka berada di Kapalai :p. Lepas selesai ‘pertunjukan’ bunga api, we all cepat-cepat berangkat balik, sebab esoknya pagi-pagi nak kena kerja, ada orang nak tawen, yeay. Rasa macam tak best tak dapat sambung lepak dengan David dan isteri lebih lama lepas tu, terpaksa terus hantar diorang balik ke hotel.

So, itulah dia, sebab kenapa tiada blog post sempena tahun baru di AADA ini. 1 dan 2 haribulan dah sibuk dengan kerja, hari ni hari ahad sambung pula kerja mengedit, dan sekarang pukul 1.34 pagi , 4 Januari baru nak sampai ke penghujung blog post ini dengan ucapan selamat tahun baru 2010. Tak sempat nak cerita apa plan/azam untuk tahun 2010, tapi 1 thing for sure, mungkin kami akan mula offer khidmat merekabentuk laman web. Wah wahh…tunggu lah cerita selanjutnya bila rakan kongsi kami balik dari bercuti 2-3 minggu lagi, ya?

Advertisement

Popularity: 10% [?]

Related posts:

  1. Oh, Spongebob dan Patrick.
Love it? Share it.
de.licio.usdiggemailfacebookfriendfeedgoogle bookmarkslinkedinmixxmyspacenetvibesnewsvineposterousredditrssstumbleupontechnoratitumblrtwitteryahoobuzzyahoomywebadd to favoritesmisterwongprint friendlyPDF
Posted in Featured, Rojak on Jan 04 by Aziel Azhar | PrintText Resizer Text Resizer 1 Comment

One Commentleave a comment

Leave a Reply

Back to Top
 
close

You need to log in to vote

The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.

Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.

Powered by Vote It Up