Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age
Susun, Kunci, dan Bintangkan
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
Perlukah Ucapan Happy New Year 2010?
Entry serius : Sedalam Mana Cintamu. Wahh…
Cinta Di Akhir Garisan
Isk..isk…semuanya berlaku hujung minggu yang lalu, ketika rakyat Malaysia beragama Hindu sibuk dengan perayaan Thaipusam dan rakyat berbangsa lain turut serta meraikan dengan berpusu-pusu ke Batu Caves untuk tidak lepas peluang untuk berfotografi. Dan katalah apa saja, kamu boleh labelkan saya tidak setia, kerana bertukar kekasih baru dalam masa kurang 24 jam selepas ditinggalkan kekasih lama. Zaman sekarang, semua harus cepat. :p
Perhubungan selama hampir 3 tahun, akhirnya kekasih saya menunjukkan tanda-tanda mahu berpisah dengan saya. Dia mula tidak memberi tidak balas kepada apa yang saya minta dia lakukan. Kadang-kadang dia mendiamkan diri dengan tiba-tiba ketika saya sedang sibuk berurusan dengannya. Bila ditegur semula, dia menyahut. Kemudian dia diam semula. Setelah berkali-kali, akhirnya dia terus tidak menyahut kembali dan tidak ada apa yang boleh saya lakukan untuk membawanya kembali kepada saya.
Terlalu banyak kenangan pahit manis kami bersama. Setelah kekasih saya yang dulu dikebas orang, kekasih yang ini muncul dalam hidup saya, memberi sinar baru. Kami kongsi macam-macam perkara bersama. Dengar lagu-lagu kegemaran, tonton wayang kesukaan, baca buku elektronik bersama-sama, menyelesaikan masalah perniagaan, berjumpa pelanggan, bersembang dengan kawan-kawan lama, bekerja bersama-sama hingga lewat malam dan kadang-kadang awal pagi…aaahh..semuanya indah belaka. Dia tak pernah mengecewakan saya atau membiarkan saya sepi.
Saya terus buntu. Isk..isk..Kenapa? Kenapa sekarang? Kenapa di saat saya amat memerlukannya, dia beralih arah?Sekejap, sekejap, pasang lagu background. Lagu Cik Ti Norhalija.
Kekasihku, hanya aku yang memuja sisa cinta ini, seandainya ombak laut surut lagi, aku pergi….
Fikiran saya terganggu, saya tak dapat buat kerja-kerja saya. Saya segera telefon Encik Padil dan beritahu berita sedih itu. Esok harinya Encik Padil segera bergegas bertemu saya, kerana saya sudah tidak keruan. Hidup saya rasa terputus dari dunia. Pada hari itu juga, kami buat keputusan bahawa saya perlukan pengganti. Saya adalah seorang insan yang tidak boleh hidup tanpa kekasih. Ohohhhh tidak…. Kenyataan yang sangat memalukan. Kami keluar berjalan-jalan, cuci mata dan cari calon yang sesuai.
Setelah berlegar-legar beberapa jam, akhirnya kami bersetuju bahawa ini adalah pilihan yang tepat, demi kebaikan kepada saya, Encik Padil dan Cherita Pictures. Kamu harus tahu, syarat paling utama dalam perhubungan saya dan kekasih adalah – dia haruslah boleh menyesuaikan diri dengan kerja saya dan dipersetujui oleh Encik Padil. Kalau dia tidak boleh tahan dengan kerja saya yang kadang-kadang tak tidur selama 2 hari, maknanya belum cukup bagus untuk jadi kekasih saya. Kalau dia tidak diluluskan oleh Encik Padil, bermakna dia juga tidak cukup bagus untuk saya. Kalau dia tidak boleh turut sama menanggung beban kerja saya dengan Cherita Pictures, maka tidak cukup bagus juga.
Akhirnya, saya berjaya move on. Dan inilah kekasih baru saya (maaf kualiti kamera telefon bimbit) :

- Skrin sahaja, ‘badan’nya di bawah meja
Ahhh, lihat betapa gagahnya kekasih baru saya, dengan skrin yang berlebih-lebihan ruang kosong di kiri dan kanannya.
Kepada kekasih lama : “Good bye my lover, good bye my friend, you have been the one, you have been the one for me” .Kekasih saya yang dulu, adalah sebuah komputer riba. Kini tiba masa untuk saya berkasih-kasihan dengan komputer yang lebih stabil dan mempunyai masa depan lebih cerah. Eh….siapa kata saya sedang cakap tentang manusia? Sedangkan perempuan ini pun boleh kahwin dengan laptopnya, saya baru kekasih je :p. Orang sekarang kate, “Chill lah, babe”…..
Patah tumbuh, hilang berganti. Demi kerja saya dan Cherita Pictures dan detik-detik yang telah diberi kepercayaan kepada kami untuk diabadikan di dalam bentuk gambaran digital, kekasih saya bertukar dalam masa kurang daripada 24 jam. Oh, sungguh tragik -(lah sangat).
Popularity: 10% [?]
4 comments
4 Commentsleave a comment
Leave a Reply
You need to log in to vote
The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.
Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.
Powered by Vote It Up



















































aku mula suspend bace ..mcm betul2 di tinggalkan kekasih.
Siapa yang tau fakta sebenar mesti dah perasan penipuan tu dari awal. Kekasih sebenar sudah 6 tahun, bukan 3. Hikhikhik…
tertipu.
so NOT funny cik aziel. haha.
Hihihiiii….