Huhuhu…sepatutnye entri ini dah siap di’publish’ lebih kurang jam 9 pagi 15 Februari tadi, tapi masalah teknikal aplikasi mobile Scribe dalam telefon saya menyebabkan saya hanya dapat buat smiley senyum terbalik kerana kehilangan semua yang saya dah taip. Masa itu jugak saya nekad *wahhh, macam nak menempuh dugaan hidup nih*, untuk cari mobile blogging application [...]" /> Hari-hari Yang Mana Aziel Akan Rajin Menulis Blog | AADA
Feb 15 2010

Hari-hari Yang Mana Aziel Akan Rajin Menulis Blog

Advertisement

Huhuhu…sepatutnye entri ini dah siap di’publish’ lebih kurang jam 9 pagi 15 Februari tadi, tapi masalah teknikal aplikasi mobile Scribe dalam telefon saya menyebabkan saya hanya dapat buat smiley senyum terbalik kerana kehilangan semua yang saya dah taip. Masa itu jugak saya nekad *wahhh, macam nak menempuh dugaan hidup nih*, untuk cari mobile blogging application baru untuk telefon tangan saya, dan kini saya sudah bertukar daripada Scribe kepada Wordmobi . *Hohooo…aku boleh jadi duta produk lah macam ni :p*

Saya mungkin tidak layak digelar blogger, sebab nak tulis 1 entri dalam seminggu pun kadang-kadang hampir mustahil. Walaupun macam tu, saya tetap hargai usaha sesetengah pihak menjemput saya untuk turut serta dalam press conference atau konsert tertentu supaya saya dapat paparkan bahan hiburan yang menarik dalam blog ini seperti Konsert Pesta Malam Indonesia 3 , dan  PC  untuk Disagree band album launching. Bukan Personal Computer, tapi Press Conference *huh, macamlah kau orang tak tau, kan?Dak Ajiel nak tunjuk pandai lagi lah ni*. Terima kasih kerana sudi menjemput dan beri kepercayaan kepada blogger pemalas ini :p.

Ada masanya,saya tak dapat ikut serta press conference/event berkenaan atas tuntutan kerja, jadi tolong jangan serik menjemput saya ye? :p

Jadi, pada hari-hari begini, di mana saya habiskan banyak masa menjadi penumpang instead of pemandu, saya pasti akan menggunakan segala fungsi telefon tangan saya dengan cara paling optimum, termasuklah untuk blogging. Saya sebenarnya adalah antara spesis manusia yang selalu ada macam-macam untuk ditulis dan kongsi bersama, tapi sebab tak tulis, lepas tu terus lupa. Cheh, nak cakap diri sendiri seorang penulis yang banyak(lah sangat) idea lah sebenarnya konon. Hahaha.

Eh, serius ni. Nampak muka saya sekarang ni, jujur habis. Tak tipu.

Maka itulah, saya perlukan sangat mobile blogging application yang sangat reliable, supaya stress tidak memuncak secara tiba-tiba seperti pagi tadi akibat hasil tulisan hilang begitu saja. Owh ya, waktu saya menulis pagi tadi keadaan jalan agak berkabus, rujuk gambar di bawah *Sebenarnya nak tunjuk beza, guna Scribe dulu tak boleh insert gambar dalam post. Wordmobi boleh!*

15022010404.jpg

Oleh kerana sekarang boleh insert gambar kalau blogging dari dalam telefon *sambil baring dibungkus selimut, oh enaknya*, haruslah saya tunjukkan juga sarapan pagi yang paling enak sepanjang perjalanan pagi tadi :
15022010405.jpg
Karipap home made buatan emak. Gambar menunjukkan karipap yang dikapit menggunakan acuan karipap, tapi karipap yang dikelim sendiri dengan tangan tanpa guna acuan adalah lagi sedap, sebab itu saya yang buat :p.

Ok, percubaan insert link dan gambar sudah berjaya, terima kasih Wordmobi kerana mengindahkan pengalaman mobile blogging saya. Sekarang saya ingin bertukar kepada pengalaman lain, jadi entri ini berakhir di sini saja. Tunggu saya jadi rajin lagi, esok, Insya Allah. Owh, pengalaman lain yang saya maksudkan adalah – tidur. :p

Selamat malam ;) .

Related Posts with Thumbnails

   

Popularity: 5% [?]

Love it? Share it.
de.licio.usdiggemailfacebookfriendfeedgoogle bookmarkslinkedinmixxmyspacenetvibesnewsvineposterousredditrssstumbleupontechnoratitumblrtwitteryahoobuzzyahoomywebadd to favoritesmisterwongprint friendlyPDF
Posted in My works, Rojak on Feb 15 by Aziel Azhar | PrintText Resizer Text Resizer No comments

Leave a Reply

Back to Top
 
close

You need to log in to vote

The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.

Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.

Powered by Vote It Up