The Day I Look Back and Smiled, Laughed and Cried.
Pssttt… Jom Jadi Alien! :p
A quick update on what's new in STORE. Yes, store. *giggles*
Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age
Susun, Kunci, dan Bintangkan
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Cinta Di Akhir Garisan
Memilih Yang Terbaik
Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan
BACKUP, BACKUP, BACKUP!
My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment
Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli
Mangsa buli saya dah jauh dari mata. Tidak ada kawan bergossip dan ‘membahan’ bila ada aksi-aksi dan gaya-gaya menggeletek ketiak sedang berlangsung di TV. Tidak ada lagi tempat saya tunjuk pandai bila diminta selesaikan soalan Matematik, walaupun kadang-kadang saya jadi mati kutu kerana soalannya berlainan bahasa di zaman saya. Atin (my little sister, the youngest in the family) kini tinggal di sebuah pekan atas bukit di Perak. Pengkalan Hulu nama tempatnya, dulu namanya Kroh. Tak pasti pula kenapa ditukar nama. Mungkin atas faktor glamour agaknya, tapi ‘hulu’ pun taklah glamour mana :p. Saya memandai je. Cikgu sekolah tu kata, sebenarnya tempat tu sejuk, which I cannot tell whether betul ke tak sebab sekarang musim panas dan hangatnya sampai mencucuk tulang. Sepanjang 3 hari kami sekeluarga di sana, saya dilanda sakit kepala teruk, hasrat nak keluar petang-petang buat street shooting pun terbelangkai. Eh, terbengkalai :p.
Adik, boring la naik kereta jadi penumpang tapi kau tak ada kat belakang. Dah tak biasa jadi penumpang, jadi bila duduk sorang kat belakang ni masa Abah sedang memandu macam tak best. Tak ada juga orang nak geng membahan bila jumpa papan tanda jual ‘air minera’ macam ni:
Lepas ni kurang sikit dengar Abah kata “Eh, muka sama” bila kita duduk sebelah-menyebelah, padahal Chi’a (saya lah tu) tak berjaya spot tang mana yang fototostat pada kita, mungkin kerana faktor hidung kau macam penyanyi Aishah (sebab emak suka tengok penyanyi tu masa mengandungkan budak ni), hidung Chi’a tak. Hahaha :p. Tapi bila tulis entri ni, belek-belek gambar, baru rasa macam ada persamaan :
I guess it’s true that distance makes the heart grow fonder. Eh eh, betul ke cakap omputih ni! :p Gelama, errr….grammar semua bertempiaran. Ada aku kisah? :p
So my dear sister. Make Abah and Emak proud. Owh, I guess you already made them proud of you all these while. Well, make them even proud. Hang in there and be strong, our love will always be with you. If you ever miss home and if internet connection is permitted, check out this blog :p, coz yours truly will be writing a lot about home. I’m not gonna tell you how Emak has been in ‘jiwa kacau’ mode lately, coz that will only break your heart. We want you to have a great experience there, for the sake of your future, even though it means that we have to stay apart. All of us are in this together, we will get use to it, as this is only a phase. Lastly, I’m sorry I made fun of you when you cried when we were about to leave, because I did not want to add to the ‘jiwa kacau’ mode, and because I want you to know that everything is gonna be OK. As Emak once said, girls in our siblings are stronger than the boys…*Hahahahhaa, bukan macam Abang, cengeng :p*. Truth is, during our journey back home, I did shed tears.
*Tarik nafas dalam-dalam, hembus*OK, saya perlu berhenti di sini. Walaupun ada banyak lagi nak tulis dan ada gambar nak tunjuk, itu kita simpan lain kali, supaya saya tak akan ketandusan cerita untuk adik saya.
Posted by Wordmobi
Popularity: 5% [?]
No comments
You need to log in to vote
The blog owner requires users to be logged in to be able to vote for this post.
Alternatively, if you do not have an account yet you can create one here.
Powered by Vote It Up



















































