HEY YOU! I'm 'playing around' with the blog layout, so please bear with the hideous look (if that's what you think of it) for the time being - Saya sedang 'bermain-main' dengan layout blog ini, jadi sila bersabar dengan rupanya yang buruk (jika anda fikir begitu) buat masa ini.
The Day I Look Back and Smiled, Laughed and Cried.

Age is just numbers. For some reason, women find it hard to chew, but seriously, it's true. Ada je orang yang umurnya dah banyak tapi masih tak berotak, macam budak-budak. Dan ada pulak yang umurnya muda tapi fikirannya dah melangkau jauh dari orang lain yang sebaya dengannya.

Pssttt… Jom Jadi Alien! :p

A quick update on what's new in STORE. Yes, store. *giggles*

Good Photos Makes Comfortable Cushions For Old Age

Kalau kita boleh berusaha menggembirakan dan membahagiakan orang lain, kita patut cuba sedaya-upaya juga untuk membahagiakan orang yang telah membahagiakan kita sepanjang hayat kita, walau dengan cara yang paling kecil sekali pun. Biarlah kecil, asal usahanya sedaya upaya.

Susun, Kunci, dan Bintangkan

Secara keseluruhannya, proses 'sorting', 'keywording' dan 'rating' bertujuan untuk memudahkan kerja mencari/mengasingkan gambar-gambar yang diproses mengikut kriteria yang kami kehendaki. Mungkin nampak seperti satu proses yang kurang penting bagi sesetengah pihak, tapi a little change can make a lot of difference, you know?

Hidup Akan Sunyi Tanpa Mangsa Untuk Dibuli

Mangsa buli saya dah jauh dari mata. Tidak ada kawan bergossip dan 'membahan' bila ada aksi-aksi dan gaya-gaya menggeletek ketiak sedang berlangsung di TV. Tidak ada lagi tempat saya tunjuk pandai bila diminta selesaikan soalan Matematik, walaupun kadang-kadang saya jadi mati kutu kerana soalannya berlainan bahasa di zaman saya.

Cinta Di Akhir Garisan

Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Kalau cinta berakhir di tengah jalan, jangan berhenti, teruskan perjalanan. Patah tumbuh, hilang berganti. Jangan jadikan cinta alasan untuk menyerah kalah dan mess up with whatever you are doing. Give yourself some time and space if you may, but don't get carried away.

Memilih Yang Terbaik

Peringkat post-processing dalam tugas seorang photographer perkahwinan seperti saya boleh jadi satu mimpi ngeri jika tidak dirancang dengan rapi. Apa saya lakukan selepas selesai membuat backup ke 6 tempat berlainan?

Pendedahan Yang Terdedah, Didedahkan dan Mendedahkan

Ada sesuatu yang sedang panas ketika ini, tentang lelaki ini, dalam persada fotografi. *Waaahhh, sedap pantun 3 kerat aku* Untuk yang belum tahu, saya tak akan beritahu. Untuk yang sudah tahu, mari kita tunggu.

BACKUP, BACKUP, BACKUP!

Kasut hilang, boleh diganti. Kereta hilang, boleh diganti. Pelamin, khemah dan bunga-bunga hiasan, semuanya dirancang untuk bertahan selama beberapa hari saja. Tapi gambar-gambar anda, adalah untuk simpanan dan kenangan selama mana yang mungkin. Kalau gambar-gambar detik-detik berharga itu hilang, wang ringgit berpuluh ribu pun tak akan dapat mengganti yang sama dengan apa yang telah hilang. Betul kan?

My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment

I thought I'd share with you a small part of my days/weeks as a wedding photographer.BUT NOT NOW. Sabar..sabar, jangan excited dulu...Kang kalau saya dah start blogging, siapa nak buat kerja-kerja saya ni pulak, kan..

Mar 16 2010

Susun, Kunci, dan Bintangkan

Advertisement

Hahahaha…hello hello pembaca senyap sekalian. Ha, jangan tipu, jangan tipu, saya tau anda sedang membaca. Jangan menyorok bawah meja, saya nampak dari skrin anda. Cheh, konon. Ooooo..baca senyap-senyap ye, tak nak komen kat sini, tau-tau hantar mesej kat inbox Facebook. Takpelah, sekurang-kurangnya saya tau saya bukan syok sendiri, ada jugak orang yang baca blog ni dan hopefully dapat benefit sikit. Bukanlah banyak sangat benefit yang saya kongsi dalam blog ni pun, banyak lagi entri merapu-rapu seperti entri mintak pelempang ni bila saya rasa macam dah berminggu tak tulis blog, lepas tu menggelabah sebab otak dah dibanjiri idea beras, eh, bernas, tapi tak sempat-sempat nak drafkan atau curahkan jadi entri blog terbaru. Sia-sia berbangga ada mobile blogging apps kat dalam handphone, tapi tak gunakan. Ah, busy like a bee lah sangat… :p

Ok, kali ni, saya nak sambung balik tentang topik My Days/Weeks As A Wedding Photographer – After The Assignment . Tengok balik tarikh tajuk tu mula diusulkan – January 4th, 2010, tapi sampai hari ni, baru cerita tentang kepentingan backup data dan proses pemilihan – itu baru 2 topic/point. Ada lagi 10 topik yang saya janji akan kongsikan di sini, walaupun lambat, saya mesti tunaikan. Itu sajalah sekecil-kecil perkongsian yang boleh saya lakukan. Walaupun tak ada orang yang tanya, saya sendiri yang perasan nak sangat kongsi dengan orang lain. Macamlah best sangat kan.  Tak best pun tak apa, janji saya bahagia. Eh eh, emosi lebih-lebih, apa hal. :p

Baiklah kawan-kawan. Straight to the point. Selepas selesai kerja-kerja memilih dan membuang gambar-gambar anda (jika anda belum baca topik pertama dan kedua, sila baca dulu supaya tak ‘sesat’. Itupun kalau mahu), ada 3 lagi proses ringkas yang nampak seperti tidak penting, tapi sebenarnya sangat berguna. Jadi, dalam entri ini saya akan tulis sekali gus tentang 3 peringkat yang saya selalu gunakan ini, supaya anda tak perlu tunggu lama untuk entri seterusnya memandangkan saya seorang blogger yang sangat sibuk seperti lebah. Yeah right. :p

Things are a lot easier to find if they are organised

Sorting (Menyusun)

Peringkat ini tidak selalunya memakan masa jika saya hanya menggunakan 1 kamera untuk satu tugasan. Secara automatik, gambar-gambar yang sudah dipilih akan tersusun mengikut masa ia di’capture’. Sepatutnya, kalau menggunakan lebih daripada 1 kamera sekali pun, kalau kita dah awal-awal semak dan ‘sync’kan date & time setting bagi kesemua kamera yang terlibat, maka tak  perlu luangkan masa untuk sorting gambar-gambar yang sudah diimport ke dalam komputer. Kesemua gambar akan secara automatik mengikut turutan masa yang betul, jadi walaupun gambar daripada kamera yang berbeza yang di’capture’ oleh photographer yang berbeza, bila saja diimport ke dalam komputer, cari saja butang/function untuk sort mengikut date/time, dan tadaaaa…! Yang menjadi masalah, bila terlupa nak semak setting kesemua kamera sebelum assignment bermula. Jadi bila gambar dah transfer ke dalam komputer, bila browse dalam program seperti Lightroom atau Bridge, tiba-tiba tengok gambar pengantin mekap 2 kali, dah bersanding lepas tu mekap lagi, padahal kejadian sebenar tak berlaku macam tu. Rupa-rupanya setting masa kamera A terawal 10 minit daripada kamera B. Terus hilang mood nak teruskan kerja editing sebab tengok gambar tak ikut flow event.

Penting sangatkah gambar-gambar tu mengikut susunan yang betul? Jawapan untuk soalan ni bergantung kepada citarasa dan preference masing-masing. Oleh kerana saya menulis entri ini dari sudut perspektif saya dan cara saya bekerja, jadi saya katakan, ya, penting. Sebab, bagi saya, bila saya ‘mengerjakan’ gambar-gambar majlis perkahwinan, saya sukakan setiap cerita di sebalik gambar tu. Adalah perkara biasa bila kadang-kadang saya mengedit gambar sambil sengih seorang diri, sebab kadang-kadang saya macam pergi balik ke tempat kejadian dan mengalami balik setiap situasi yang ditunjukkan dalam gambar tu. Bila saya dapat mood macam tu, ia akan membantu saya bila nak design album nanti.  Susunan yang betul juga akan memudahkan kerja saya dalam peringkat rating nanti *sambil fikir apa terjemahan bahasa Melayu untuk perkataan rating. Alaaaa, yang bagi bintang berapa banyak tu, nak 3 bintang ke, 5 bintang ke*. Macam mana susunan yang betul memudahkan kerja rating dan apa kepentingan rating? Sabarlah, baca satu-satu, kat bawah nanti saya terangkan.

IMG_2190-web600

Keywording (Meng-kata kunci)

Ahahahhaa. Memang penjahanam bahasa, tapi saya tak tahu apa perkataan yang paling sesuai untuk menggantikan istilah Bahasa Inggerisnya. Tujuan peringkat ini adalah untuk memberikan keyword yang bersesuaian untuk gambar-gambar anda. Some people couldn’t care less about this, sebab mungkin tak nampak apa kepentingannya. Mungkin mereka lebih concern about nak cepat mula dan siapkan kerja-kerja post-processing sebab banyak lagi job-job lain yang sedang beratur menunggu giliran. Tapi bagi saya,tambahan masa lebih kurang 15 minit untuk letakkan keyword pada 1000-3000 gambar tak akan melambatkan kerja post-processing saya, sebab keyword ni nanti akan memudahkan saya mencari gambar-gambar tertentu.

Kalau menggunakan Lightroom, boleh buat batch keywording Spray Can Tool. Tak perlu letak keyword seketul-seketul untuk setiap gambar. Semudah Spray saje..wiiiiiii… Well, I’m not gonna elaborate on how to use the Spray Can Tool in Lightroom, sebab entri ini bukan bertujuan untuk beri tutorial bagaimana menggunakan Lightroom, atau software lain, apa lagi tutorial bagaimana menggunakan DSLR anda to the max. Ermmm, itu mungkin boleh diajar bila BelajarKamera buat ONE-TO-ONE TUTORIAL/WORKSHOP nanti (Hiiihihihi…huruf besar hint tu. Siapa berminat nak tau lebih lanjut, you are most welcome to ask, menggunakan saluran yang betul lah… ;) ).

Penting sangatkah gambar-gambar tu diberi keyword? Lagi sekali, jawapan soalan ini adalah mengikut preference. Suka hati andalah nak bagi keyword mengikut apa yang anda nampak dalam gambar, atau apa yang anda rasa perlu. Sebagai contoh, keyword yang sangat selalu saya gunakan untuk gambar-gambar majlis perkahwinan, tentulah ‘wedding’, takkan ‘racing’ pulak, kan? Selain itu, mungkin saya tambahkan keyword mengikut bangsa, lokasi, dan sebagainya. Kalau gambar tu menunjukkan detail seperti pelamin, bunga, decorations dan sebagainya, saya tambahkan keyword ‘detail’ pada gambar-gambar sebegitu.

IMG_2198-web600

Oleh kerana client kami tidak terhad kepada yang berbangsa Melayu sahaja, 1 keyword seperti ‘wedding’ sahaja tidak cukup untuk menerangkan tentang sesebuah gambar. Oleh itu, saya juga meng’keyword’kan gambar-gambar dari majlis perkahwinan mengikut segmen dalam majlis itu sendiri. Contohnya : ‘preparation’, ‘nikah’, ‘bersanding’, ‘group photo’, dan lain-lain keyword yang sesuai berdasarkan ritual tertentu dalam majlis tersebut. Kepentingan keyword ni akan ‘timbul’ bila satu masa kita perlu ‘korek dan gali’ 1 gambar daripada beribu-ribu gambar yang ada dalam simpanan, ketika tulah baru korang tau betapa bergunanya keyword. That, can be considered as another advantage as well as disadvantage of digital photography. You can shoot as many photos as you wish and perhaps have greater chances to get the picture that you wanted, but you will also find it difficult for you to choose among all umpty images you bring back home and end up keeping them in you hard disk for the sake of “just in case” :) . Kalau anda antara salah seorang yang seperti ini, rajin-rajinkanlah meng’keyword’ gambar-gambar anda, untuk kesejahteraan masa depan . :D

Rating

Biasa dengar orang tanya ” Berapa bintang kau bagi untuk filem ni?”, dan yang ditanya mungkin akan jawab “5 bintang” atau “setengah bintang” *apahal kedekut sangat kan? :p* dan sebagainya. Makin banyak bintang, menunjukkan sesuatu itu makin bagus lah, walaupun ia agak subjektif sebab persepsi setiap orang berbeza-beza. Bintang-bintang ni salah satu daripada cara untuk memberi ‘rating’ kepada sesuatu perkara. Biasa juga kita dengar, ‘rating’ sesebuah stesen TV mendadak naik oleh kerana sesebuah rancangan yang menjadi fenomena seperti ‘Menuju Puncak’. Yang itu saya tak taulah macam mana sistem yang dipakai untuk menunjukkan rating, yang pasti, bukan pakai bintang-bintang lah hihihi. Jadi, ‘rating’ ini berfungsi menunjukkan kepentingan, kelebihan, kebagusan, kehebatan, dan  ‘ke-macam-macamlagi-an’ dengan tujuan untuk membezakan antara satu sama lain. Begitulah lebih kurang menurut kaca mata saya (walaupun saya tidak memakai kaca mata :p ).

Jadi, proses ini juga terlibat dalam kerja-kerja post-processing Cherita Pictures. Contohnya, saya akan berikan ‘rating’ 5 bintang untuk gambar-gambar yang sangat ‘ummmpphh’ menurut pandangan saya dan perlu/penting/harus dimasukkan/ditonjolkan ke dalam album. Gambar-gambar ini biasanya adalah gambar yang menunjukkan detik-detik penting yang tidak boleh tidak ada dalam sesebuah majlis perkahwinan mahupun album perkahwinan. Semakin rendah rating, semakin kurang kepentingannya untuk ditonjolkan. Itu preference kami, preference anda terpulanglah.

Secara keseluruhannya, proses ‘sorting’, ‘keywording’ dan ‘rating’ ni bertujuan untuk memudahkan kerja kami untuk mencari/mengasingkan gambar-gambar yang diproses mengikut kriteria yang kami kehendaki. Contohnya, kalau kami mahukan 1 gambar pengantin perempuan yang mempunyai ‘rating’ 5 bintang bagi setiap segmen majlis berkenaan (waktu mekap, nikah, bersanding, makan, berbual dengan tetamu, dan sebagainya), kami akan ‘filter’ pencarian kami kepada gambar-gambar yang ada keyword ‘wedding’ + ‘bride’  dan ada 5 bintang, dan oleh kerana gambar-gambar itu sudah di susun mengikut turutan ‘flow’ majlis, dengan mudah saya boleh pilih 1 gambar bagi setiap segmen yang saya mahu.

Tadi saya ada sebut, proses ‘sorting’ sedikit sebanyak akan membantu proses ‘rating’. Macam mana tu? Ok, cuba bayangkan, kalau gambar tak bersusun, tiba-tiba je nak letak rating. Katakan kamu bagi ‘rating’ 5 bintang untuk gambar pengantin sedang ketawa dengan manisnya. Kemudian, kamu ‘jalan-jalan’ lagi dalam gambar-gambar kamu yang beribu-ribu tu, kemudian terjumpa satu gambar lagi dalam ‘babak’ yang sama tapi kali ini senyuman pengantin tu lebih manis dan mood gambar tu lebih menarik, dan composition gambar tu lebih dinamik. Dah tentu gambar yang kemudian ni lebih layak diberi ‘rating’ 5 berbanding gambar yang tadi.  Apa akan jadi seterusnya, kalau rajin- anda akan pergi ubah ‘rating’ gambar yang pertama tadi, atau, kalau kurang rajin – anda akan biarkan dan bila tiba masanya nak pilih gambar untuk untuk dimasukkan ke dalam album, tuuu dia…. Orang kata, dah 2 kali kerja la. Tujuan proses ni nak memudahkan kerja, sort of short-listing your photo selections, but you end up repeating the same process, only because – you did not think sorting is important!

Pepatah dahulu kata “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”! :D

See you in the next entry .  I’ll be writing about our editing process. Please bear with my slowness, as I can’t promise you when will the next entry be ready, coz I definitely have to give priority to my works, kan? Kan? Kan?. If I dont complete my work, I’ll have nothing to share with you, right? So, till then. Ciao…!

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 7% [?]

Love it? Share it.
de.licio.usdiggemailfacebookfriendfeedgoogle bookmarkslinkedinmixxmyspacenetvibesnewsvineposterousredditrssstumbleupontechnoratitumblrtwitteryahoobuzzyahoomywebadd to favoritesmisterwongprint friendlyPDF
Posted in Featured, My works on Mar 16 by Aziel Azhar | PrintText Resizer Text Resizer 7 comments

7 Commentsleave a comment

  • Waahhh.. Interesting article..
    Basically most of us did the same thing.. :D
    And its very useful.. Especially for the future reference..
    Those who didnt do workflow something like this..
    Maybe they should give it a try..

    Anyway..
    Sy tertarik kat bahagian sorting tu..
    Same like u.. I’m using lightroom..
    But just want to know.. How did u handle such cases..?
    I mean.. Kes “Captured Datetime” berlainan dari 2~3 kamera..
    I think lightroom can handle that.. but I dont know how..
    Maybe u can explain to me on how to do that.. :D

    • ‘Captured date/Time’ berlainan dari multiple camera : Jawapannya memang kena sorting manually lah – click and drag je ke bahagian mana yang kite nak mengikut flow yang sepatutnye. Itulah yang kadang-kadang rasa nak marah diri sendiri. Juling bijik mata nak tengok satu-satu.

      Btw, in case you don’t know, or maybe others tak tau, if u are using Lightroom to handle all your photos and you need to manually sort your image files dengan cara click-and-drag tu, but you tak dapat nk move around gambar tu, besar kemungkinan lokasi asal gambar tu terbahagi dalam sub-folder yang berbeza.

      So, in order to do this, masukkan semua final selection of your photos into a Collection. Kat dalam collection boleh move around file image tu dengan senang. Sebab tu saya suka buat selection dulu. Hope that helps. ;)

    • I baca balik komen U for the 2nd time lepas tu confuse sekejap. DO u mean, how do I handle sorting the images or how do I change/modify the date/Time?. Kalau yang pertama tu, dah jawab kat bawah. Tapi kalau yang kedua tu, basically kalau cuma sikit perbezaan Time, I just rely on manual sorting method macam yang I explain kat bawah ni. Tapi kalau too big a difference and I really want the images to carry the correct metadata, I just modify within LR itself. No problem.

  • mioi says:

    good and very useful articles..keep up a good werk gal..

Leave a Reply

Back to Top