Apr 19 2010

A Specialist In Plagiarism?

Sekitar awal tahun 2009, waktu saya dan Encik Padil sedang lepak di kedai mamak kecintaan beliau :p, kami diilhamkan idea untuk create satu website yang dapat contribute kepada orang lain yang berminat nak mempelajari asas-asas dalam bidang fotografi. Kami bukan sifu, cuma siput sedut yang enak bila dimasak lemak cili padi…eemmm…terliur sekejap. Slrrrppp. Habis dah air liur.  Harapan kami, bagi mereka yang selalu ada rasa intimidated by all the jargons in photography, akan lebih mudah faham dengan adanya website/blog  BelajarKamera.com (BK), sebab kami guna pendekatan bahasa yang mudah difahami, tapi taklah sampai tahap ‘bahasa SMS’ yang elok-elok orang faham, terus tak faham dan malas baca.

300x125-ad

Kami cuba update BK seboleh mungkin, memandangkan BK sekarang diselenggarakan oleh Encik Padil, yang pada awalnya bukanlah seorang yang gemar menulis blog. Saya je yang ada sampai 8 blog tapi yang ini je yang paling aktif, yang lain dah terbengkalai selamat bye-bye. We are grateful that sepanjang perjalanan kami dalam bidang ini, kami dikurniakan teman-teman yang sangat pemurah dan kaya dengan bermacam-macam ilmu. Kami juga bersyukur sebab dengan adanya internet kami dapat gunakan sebaiknya kemudahan itu untuk tujuan mencari ilmu sebelum minta di-spoon fed oleh orang lain. Allah saja yang dapat membalas jasa-jasa mereka ni dengan setimpal, sebab ilmu adalah kekayaan yang tak habis, dan boleh diganda hanya dengan dikongsi bersama.

Jadi, kalau anda rasa BK boleh menyumbang sedikit kepada kekayaan pengetahuan anda, by all means, silalah manfaatkan. Tapi harap-harap kita semua faham, apa nilainya sesebuah pengetahuan itu. BK tidak berdiri di atas hosting website percuma, dan tidak pula ditulis oleh robot. Entri-entri dalam BK ditulis oleh manusia, yang mana menuntut masa dan fokus, adakalanya tak cukup tidur dan hitam keliling mata. Badan pun makin naik sebab bila tak cukup tidur mudah rasa lapar *hah, memang kerja saya yang patut dipersalahkan, saya gemuk bukan salah saya hahahaha*. Wujudnya BK kerana adanya platform open-source WordPress dan theme percuma yang dicustomizekan oleh saya yang tidak pernah belajar tentang coding secara formal (hanya belajar melalui internet semata-mata), untuk menepati keperluan BK. Kalaulah semua itu boleh dipetik dari mimpi-mimpi saya ketika tidur dan dipublishkan di udara tanpa perlu bayar yuran hosting/domain, mungkin saya tak sesedih ketika ini. (Sedih ke? :p Sikitlah). Apahal kau sedih-sedih ni, Ajiel. Lama tak update, sekali tulis nak feeling lebih pulak.

Ecehhh, tipu je, tak sedih pun. Cuma geleng-geleng kepala sambil cakap “ish..ish..ish.. zaman sekarang orang berlumba-lumba menunjukkan kepandaian, tapi cuma kepandaian ‘kopipes’ saja semata-mata”. Hmmm..Cakap banyak tak guna…tengok dan bacalah seterusnya.

Artikel tentang sillhouette di BelajarKamera.com
Artikel tentang silhouette di BelajarKamera.com

Perlu baca dengan lebih jelas? Baca DI SINI

Komen seorang forumer di sebuah forum online. Ada nampak apa-apa link BelajarKamera.com di situ tak?
Komen seorang forumer di sebuah forum online. Adakah kelihatan apa-apa link BelajarKamera.com di mana-mana?

Boleh baca perbincangan selanjutnya DI SINI.

Saya seorang yang akan ambil masa yang lama untuk menulis sesuatu blog entri, sebab tu blog ni pun jarang dapat saya update, padahal artikel/entri draft dah banyak beratur dalam simpanan. Sangat susah untuk saya berpuas hati dengan kerja saya sendiri, walaupun cuma setakat sebuah blog entri. Tapi sangat mudah pula untuk orang lain ‘mengkopipes’ dan memperlakukannya seperti hasil tulisan mereka sendiri. Apalah sangat setakat menambah di hujung perenggan seperti ini : “Sumber : BelajarKamera.com”? .

Quoting an introduction paragraph I found on his website :

“…A specialist in his field of work, H***** started his career as a conceptual photographer and soon after branched out to immortalizing wedding memories on print in 2009….”.

My question to Mr. H***** is, are you sure you are a specialist? Coz to me, you don’t seem like one sebab anda telah ‘menyalin’ daripada seseorang yang self-trained dan tak punya ilmu setinggi gunung dalam bidang ini. Encik H***** mahu saya letakkan link website anda sebagai rujukan di sini? :D

Related Posts with Thumbnails

   

Popularity: 8% [?]

Love it? Share it.
de.licio.usdiggemailfacebookfriendfeedgoogle bookmarkslinkedinmixxmyspacenetvibesnewsvineposterousredditrssstumbleupontechnoratitumblrtwitteryahoobuzzyahoomywebadd to favoritesmisterwongprint friendlyPDF
Posted in My works on Apr 19 by Aziel Azhar | PrintText Resizer Text Resizer 7 comments

7 Commentsleave a comment

Leave a Reply

Back to Top